Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA PERTANDINGAN FUTSAL ( LIGA )

ANJURAN
3PISMP PJ/ BM/ PK AMBILAN JAN 2013

TARIKH 28 APRIL 2014

TAJUK: KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL 1.0 PENDAHULUAN

Sukan merupakan satu medium untuk mempersatukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, dan budaya. Penglibatan yang aktif dalam sukan bukan sahaja mendatangkan kebaikan malah dapat mengalakkan gaya hidup yang sihat. Futsal merupakan salah satu sukan yang sangat diminati ramai dan diharapkan agar kertas kerja pertandinagn futsal ini mampu menarik ramai golongan belia melibatkan diri dalam sukan.

2.0

RASIONAL

Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari cara mengelolakan sesuatu pertandingan sama ada peringkat sekolah/ daerah/ bahagian/ negeri/ peringkat negara. Seterusnya,peganjuran pertandingan futsal ini juga tidak langsung dapat membentuk sahsiah keguruan dalam diri pelatih dan sebagai persediaan awal untuk menghadapi suasana baru bila ditempatkan mengajar kelak.

3.0

MATLAMAT

Pengolalaan pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk memperkayakan pengalaman agar ilmu ini dapat digunakan semasa di sekolah nanti. Seterusnya, guru-guru pelatih juga dapat melengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan Standard Guru Malaysia(SGM) disamping dapat melatih dan membina kekuatan fizikal,emosi dan mental guru pelatih.

4.0 4.1

OBJEKTIF Memberi peluang kepada guru pelatih untuk meneroka kebolehan mereka dalam mengelolakan suatu pertandingan dan Mencungkil bakat dalam diri guru pelatih untuk mengendalikan sesuatu pertandingan.

4.2

Dapat memberi pengalaman yang berguna kepada guru pelatih untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.3

Membina kerjasama dan semangat patriotik antara guru pelatih.

5.0 5.1 5.2 6.0

TARIKH DAN MASA Tarikh Masa TEMPAT Dewan terbuka Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor : 28 April 2014 : 9.30 am hingga 11.00 am

7.0

PENYERTAAN Terbuka kepada semua guru pelatih 3PISMP PJ/ BM/ PK ambilan januari 2013

8.0

KEEWANGAN

SUMBER KEWANGAN BIL 1. PERKARA Yuran ahli kumpulan 20 orang x RM 7.00 2. Yuran pendaftaran pasukan 4 pasukan x RM 10.00 Sumber kewangan keseluruhan RM 180 PERBELANJAAN 1. Makanan dan minuman 20 orang x RM 5.00 2. Hamper RM 40 x 1 (Johan) RM 25 x 1 (Naib Johan) RM 15 x 1 (Ketiga) RM 80 RM 100 RM 40 RM 140 jumlah

3.

Air minuman

Memohon daripada pihak stor

9.0

JAWATANKUASA -JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG

:TN HAJI MOHD SAID BIN HASRAN (Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim )

TIMBALAN PENAUNG

:PN RUBIAH BINTI AHMAD ( Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Perkhidmatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

KETUA PENASIHAT

: PN. RASHIDAH BINTI SUIB (Ketua Unit Jabatan Pendidikan Jasmani)

PENASIHAT

:EN. KAMALUDDINI BIN MOKRI (Pensyarah Pembimbing)

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi: Naib Pengerusi: Setiausaha:

Razian rashid Hawari Ismail Zulhilmi Rahazat Anasuhana

Bendahari:

Akma

Dokumentasi: Pengelola Peserta: Hadiah : Kesalamatan:

Stefaenus olver sabin Amirah, Hafhzan Suhadah, Brenda Hamiduddin , Vincent , Nurazura

Alatan: Pengadil: Makanan:

Aiman, Anas Marylyne Haziq, Hafiz, Faris, Asyraf Furqan , Fidauddin

10.0

ATURCARA PERTANDINGAN

Jadual masa: 28 April 2014 Masa 9.00- 9.30 am 9.30-11.00 am 11.00-11.30 am 11.30-12.00 am 12.00- 1.00pm Perkara Pendaftaran Pertandingan dijalankan ( Sistem Liga ) Penyampaian hadiah Rehat ( makan ) bersurai

11 PENUTUP Diharapkan agar kertas kerja pertandingan futsal ini dapat memberikan pendedahan kepada guru pelatih tentang cara mengelola sesuatu pertandingan sekaligus mendapat pengalaman berharga untuk bekalan apabila mengajar di sekolah kelak.

PERATURAN FUTSAL

PERATURAN UMUM: Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

PERATURAN TAMBAHAN: Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSAK Malaysia.

PENDAFTARAN PEMAIN: a. Setiap pasukan wajib menghantar 5 orang pemain yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan b. Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. c. Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan

kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan. d. Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat penguruspengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum tarikh pertandingan bermula. e. Untuk memulakan permainan bilangan minimum pemain untuk satu pasukan ialah lima orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar

padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga permainan hendaklah dibatalkan.

pemain, maka

SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem pertandingan liga MASA PERTANDINGAN -Tempoh pertandingan adalah selama 1 hari - jumlah masa bermain bagi setiap satu perlawanan adalah 11 minit iaitu 5:1:5

KESALAHAN-KESALAHAN & KELAKUAN TIDAK BERSOPAN: Seseorang pemain yang sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahankesalahan berikut:a. Menendang atau cuba menendang pemain lawan. b. Membentes pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba menjatuhkannya dengan menggunakan kaki atau dengan membongkok di hadapan atau di belakang. c. Melompat ke pemain lawan. d. Merempuh pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya. e. Merempuh pemain lawan dari belakang. f. Memukul atau cuba memukul pemain lawan atau meludahnya. g. Memegang pemain lawan. h. Menolak pemain lawan. i. Merempuh pemain lawan dengan bahu.

j. Menggelunsur (sliding tackle) untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain lawan. (Dibenarkan kecuali pengadil mengatakan sebaliknya)

k. Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau mengawalnya menggunakan dengan tangan atau lengan (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri).

Hendaklah dihukum dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak lawan dari tempat di mana kesalahan berlaku. Sekiranya seorang pemain dari pasukan bertahan sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahan tersebut dalam kawasan penaltinya, ianya akan dihukum dengan satu sepakan penalti tanpa mengira kedudukan bola, asalkan bola berada di dalam permainan.

Seseorang pemain yang melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut: i- Pada pendapat pengadil ia bermain dengan cara bahaya, contohnya cuba menendang bola dalam pegangan penjaga gol. ii- Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pemain lawan iaitu berlari antara pemain lawan dengan bola atau menggunakan badan untuk menghalang pemain lawan. 5 iii- Merempuh penjaga gol kecuali setelah keluar dari kawasan penalti. iv- Apabila bermain sebagai penjaga gol:-

a. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah dengan sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan kepadanya. b. Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.

c. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di mana-mana bahagian gelanggang, melebihi 4 saat.

d. Dari hantaran gol ia menerima semula bola dari rakannya sebelum disentuh atau dimainkan oleh pemain lawan.

Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan 6 meter paling hampir dengan tempat kesalahan dilakukan.

Seorang pemain diberi amaran jika: a. Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum pemain yang hendak diganti sempurna keluar dari gelanggang permainan atau pengganti masuk dari tempat yang tidak sepatutnya. b. Sentiasa melanggar undang-undang permainan. c. Membantah dengan perkataan atau perbuatan mengenai sebarang keputusan pengadil. d. Bersalah kerana tidak bersemangat kesukanan.

Untuk sebarang kesalahan di atas, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat kesalahan dilakukan (melainkan kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di garisan 6 meter, paling hampir dengan kesalahan) sebagai tambahan kepada amaran berkaitan dan dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang lebih berat berlaku

Seseorang pemain akan diperintah keluar gelanggang, jika pada pendapat pengadil, ia:a. Bersalah kerana bermain dengan amat kasar. b. Bersalah kerana berkelakuan ganas. c. Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat. d. Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.

Jika permainan dihentikan untuk beri perintah keluar gelanggang kepada pemain di atas kesalahan para 12.2 (iii) atau (iv) tanpa pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus hendaklah diambil dari garisan 6 meter yang paling hampir dengan tempat kesalahan berlaku.

PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN: Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasar kepada format berikut:a) Menang - 3 Mata

b) Seri - 1 Mata c) Kalah - 0 Mata d) Menang Protes - 3 Mata Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak akan menjadi naib johan kumpulan.

Jika dua atau lebih pasukan terikat kedudukannya dengan memperolehi jumlah mata yang sama maka perbezaan gol akan digunakan untuk memutuskan kedudukannya:a) Jika masih seri, maka pasukan yang telah menjaringkan lebih banyak gol akan melayakkan diri untuk pusingan seterusnya;

b) Jika selepas menggunakan semua langkah di atas dan keputusan masih seri maka kedudukan pasukan akan ditentukan oleh lentikan duit syiling atau sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur dan

Keputusannya adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai