Anda di halaman 1dari 7

BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP BERCERITA SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Oleh yang demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0

OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulispenulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan rangsangan.

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

3.0

PENGELOLAAN Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0

PENYERTAAN Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3 sahaja) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di sekolah rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu: 4.1 4.2 Bahagian Pertama : Bahagian Kedua : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan bergambar berdasarkan Sukatan Pendidikan Bahasa Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh PPD/JPN/KPM

5.0

PELAKSANAAN PERTANDINGAN 5.1 PERINGKAT DAERAH 5.1.1 Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini pada peringkat daerah masing-masing. 5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Daerah. 5.1.3 Pertandingan pada peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat negeri. 5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

5.2

PERINGKAT NEGERI 5.2.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini pada peringkat negeri masing-masing. 5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri. 5.2.3 Pertandingan pada peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat kebangsaan. 5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

5.3

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU 5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3 sahaja) dan Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). 5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan. 5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut: 5.3.3.1 5.3.3.2 5.3.3.3 5.3.3.4 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran. cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain. cerita-cerita daripada bahan elektronik / Internet. hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita 5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

5.3.4.2

Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid. Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema, serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja. Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja yang dibenarkan menyampaikan cerita haiwan.

5.3.4.3

5.3.4.4

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit. 5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat. 5.3.7 Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. 5.3.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut). 5.3.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan. 5.3.10 Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang peruntukan markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan. 5.3.11 Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris. Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran. 5.3.12 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta: 5.3.12.1 5.3.12.2 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama; membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus; dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita; menggunakan prop, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

5.3.12.3 5.3.12.4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

5.3.13 5.3.14

Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri. Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah Pendidikan Negeri berserta salinan sijil kelahiran. Bilangan panel hakim pada peringkat kebangsaan ialah lima atau tujuh (05 atau 07) orang manakala pada peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang. Pada peringkat daerah pula, sekurangkurangnya tiga (03) orang hakim menghakimi pertandingan. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.3.15

5.3.16 5.3.17

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN) 6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama. 6.2 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan cerita bahagian pertama . (Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tiga (03) minit untuk persembahan) 6.3. Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas bahan rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. 6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan. 6.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid berkenaan akan ditayangkan.

6.6 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan. 6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat masa persediaan 1 minit. 6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat cerita spontan. yang disediakan untuk memulakan

6.9 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita. 6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat. 6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum tamatnya masa persediaan. 6.12 Prop,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. 6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut). 6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERCERITA SEKOLAH RENDAH KERTAS KONSEP

tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

7.0

KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 Teknik Persembahan 20 markah Bahasa dan pertuturan 20 markah Penghayatan cerita 20 markah Interaksi dengan audiens 15 markah Mesej/nilai dalam cerita 05 markah Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah Kawalan suara 10 markah Jumlah 100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN) 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Persembahan dan kreativiti 25 markah Bahasa dan Pertuturan 25 markah Penghayatan cerita 20 markah Interaksi dengan audiens 15 markah Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah Jumlah 100 markah

9.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai