Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke- 9 : 31 MAC HINGGA 4 APRIL 2014 (Minggu 9)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 31 MAC HINGGA 4 APRIL 2014 Tajuk Jurnal : MASALAH PENGURUSAN MASA SEBELUM DAN SEWAKTU PELAKSANAAN PENGAJARAN.

1. Masalah /Peristiwa: Pada minggu ini, masalah besar yang dihadapi oleh saya ialah dari segi pengurusan masa bagi pengajaran yang dijalankan. Boleh dikatakan kesemua kelas yang saya hadiri, berlaku kekangan dari segi pengurusan masa. Pada hari Isnin (31 Mac), saya hanya sempat mengajar kelas 3 Cemerlang selama 50 minit sahaja kerana murid-murid dilepaskan lambat untuk kelas sebelumnya. Keadaan ini menyebabkan beberapa langkah pengajaran terpaksa dipendekkan waktu

pengajarannya. Kebetulannya, pada hari tersebut saya diselia oleh guru pembimbing saya. Keadaan bertambah kelam-kabut kerana saya perlu bijak mengatur masa bagi langkah-langkah pengajaran tersebut agar kesemua isi pelajaran dapat disampaikan mengikut perancangan yang telah dibuat. Komen utama bagi penyeliaan pada kali ini adalah berkaitan pengurusan guru sewaktu pengajaran. Disebabkan pengurusan masa saya yang kurang baik, beberapa langkah yang sepatutnya saya lebihkan masanya, tidak dapat saya jalankan. Antara langkah yang perlu dilebihkan masanya ialah langkah pada fasa penstrukturan semula idea dan aplikasi idea.

Keadaan yang sama juga turut berlaku sewaktu saya mengajar kelas 5 Cemerlang (3 April), saya menghadapi masalah pengurusan masa yang tidak tepat sehingga menyebabkan objektif pengajaran saya tidak tercapai. Ada kalanya, disebabkan masalah pengurusan masa yang kurang baik ini, ada langkah yang tidak dapat dijalankan kerana masa tidak mencukupi. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa yang tidak mencukupi. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


kerana sukar untuk mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya objektif yang terakhir dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya terpaksa memotong langkah yang terakhir atau menyingkatkan fasa penstrukturan semula idea dalam rancangan yang telah dibuat untuk memastikan langkah yang terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan. Kelas pada hari Khamis tamat agak lambat iaitu lambat 10 minit. Keadaan ini telah menyebabkan guru yang mengajar matapelajaran seterusnya terpaksa menunggu saya untuk habiskan pengajaran saya. 2. Analisis Masalah pengurusan masa yang tidak mencukupi ini timbul kerana saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di Bilik Sains. Jadi murid-murid mengambil masa lebih kurang 5 hingga 7 minit untuk mereka bergerak, berkumpul dan masuk ke dalam bilik ini. Saya juga terpaksa meminta wakil murid untuk memanggil beberapa murid lain yang lambat hadir ke bilik Sains tersebut. Sebagai contohnya, masalah ini timbul sewaktu pengajaran Sains bagi kelas 3 Cemerlang, pada masa yang sama pada hari tersebut saya perlu diselia oleh guru pembimbing saya.

Selain itu, masalah pengurusan masa juga timbul sewaktu saya menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Murid-murid akan mengambil masa yang lebih untuk menyiapkan aktiviti yang diberikan. Mungkin disebabkan beberapa perkara ini, ia telah menggangu peruntukkan masa yang telah saya rancang. Tambahan pula, sewaktu pengajaran pada hari tersebut, saya banyak menyediakan aktiviti yang berbentuk aktiviti kumpulan. Seperti mana yang kita tahu, apabila melibatkan aktiviti berkumpulan, murid-murid akan menggunakan masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan mereka. Selain itu, murid-murid juga perlu membentang apa yang telah dilakukan mereka. Jadi, masa yang lebih telah digunakan murid-murid bagi sesi pembentangan yang dijalankan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya akan menulis pada buku rancangan pengajaran harian mengikut jam bukannya tempoh masa yang ditetapkan iaitu jika 5 minit masa yang diperuntukkan, masa yang akan ditulis ialah 9.00-9.05 pagi. b) Saya akan meminta kerjasama guru yang mengajar di kelas tersebut sebelum waktu saya mengajar agar dapat mengarahkan murid supaya segera bergerak ke bilik Sains supaya tidak berlengah dalam bilik darjah tersebut c) Saya akan pergi menjemput murid-murid di kelas mereka dan membawa mereka ke bilik Sains jika PnP pada hari tersebut dijalankan di bilik Sains. d) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, Saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat perbincangan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Tempoh masa untuk melakukan tindakan susulan bermula 7 April dan seterusnya. Disemak oleh Guru Pembimbing (major) Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :..................................... Nama Tarikh :................................... :....................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :...........................................

Disemak oleh Guru Pembimbing (minor) Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :..................................... Nama Tarikh :................................... :....................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :...........................................

Anda mungkin juga menyukai