Anda di halaman 1dari 11

I. 1.

PENDAHULUAN Latar Belakang

Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu kentara sejak zaman terawal lagi. Sejak sekian lama sektor pertanian senantiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka. Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi apabila hasil industri ini turut menyumbang kepada hasil makanan negara selain merupakan sumber pendapatan petani. Kegiatan di dalam bidang ini merupakan di antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Taala di samping mendapat manfaat atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian. Ulama berselisih pendapat mengenai usaha yang paling baik, adalah usaha daripada perniagaan, pertukangan ataupun pertanian. Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, pekerjaan yang baik dan afdhal ialah pertanian. Inilah pendapat yang sahih kerana ia merupakan hasil tangannya sendiri dan ia juga memberi manfaat kepada diri sendiri, umat Islam dan kepada binatang. Di samping itu bidang pertanian juga membawa para petani kepada sifat tawakkal. (Al-Majmuk: 9/54 & Shahih Muslim Syarh Imam An-Nawawi). Kepentingan bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai. Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuhtumbuhan atau tanaman. Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya. 1.2 1.3 Rumusan Masalah Bagaimana pandangan atau perspektif pertanian dalam islam? Bagaimana hukum pertanian dalam islam? Bagaimana teknologi yang digunakan dalam pertanian islam? Bagaimana kemajuan pertanian dalam sejarah islam? Tujuan Untuk mengetahui pandangan atau perspektif pertanian dalam islam? Untuk mengetahui hukum pertanian dalam islam? Untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pertanian islam? Untuk mengetahui kemajuan pertanian dalam sejarah islam?

I. 2.1

PEMBAHASAN Perspektif Pertanian dalam Islam

Di zaman sekarang kita dihadapkan pada banyaknya jenis dan macam pekerjaan. Pekerjaan atau mata pancaharian seseorang kian bertambah banyak sesuai dengan bertambahnya penduduk dan semakin khususnya keahlian seseorang. Namun sebenarnya pada asalnya hanya ada tiga profesi sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Mawardi. Dia berkata: Pokok mata pencaharian tersebut adalah bercocok tanam (pertanian), perdagangan dan pembuatan suatu barang(industri). Para ulama berselisih tentang manakah yang paling baik dari ketiga profesi tersebut. Madzhab As-Syafii berpendapat bahwa pertanian adalah yang paling baik. Sedangkan Imam Al-Mawardi dan Imam An-Nawawi berpendapat bercocok tanam lah yang paling baik karena beberapa alasan: Pertama: Bercocok tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Shohih AlBukhori dari Miqdam bin Madikariba rodhiyallohuanhu dari Nabi shollallohualaihiwasallam, Beliau bersabda:

Tidaklah seorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil usaha tangannya, dan adalah Nabi Dawud alaihi salam makan dari hasil tangannya sendiri. Dan yang benar adalah apa yang di-nash-kan oleh Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam yaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercocok tanam adalah profesi terbaik dan paling utama karena merupakan hasil pekerjaan tangan sendiri. Kedua: Bercocok tanam memberikan manfaat yang umum bagi kaum muslimin bahkan binatang. Karena secara adat manusia dan binatang haruslah makan, dan makanan tersebut tidaklah diperoleh melainkan dari hasil tanaman dan tumbuhan. Dan telah shohih dari Jabir rodhiyallohu anhu dia berkata: telah bersabda Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam: Tidaklah seorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, dan tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah. (HR Muslim).

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan Tidaklah seorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu manusia, binatang, dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat Ketiga: bercocok tanam lebih dekat dengan tawakkal. Ketika seseorang menanam tanaman maka sesungguhnya dia tidaklah berkuasa atas sebiji benih yang dia semaikan untuk tumbuh, dia juga tidak berkuasa untuk menumbuhkan dan mengembangkan menjadi tanaman, tidak lah dia berkuasa membungakan dan membuahkan tanaman tersebut. Tumbuhnya biji, pertumbuhan tanaman, munculnya bunga dan buah, pematangan hasil tanaman semua berada pada kekuasaan Alloh. Dari sinilah nampak nilai tawakkal dari seorang yang bercocok tanam. Sedangkan Abu Yahya Zakariya Al-Anshori As-Syafii menambahkan: Seutama-utama matapancaharian adalah bercocok tanam karena lebih dekat dengan sikap tawakkal, bercocok tanam juga memberikan manfaat yang umum bagi semua makhluk, dan secara umum manusia butuh pada hasil pertanian. Berkata Az-Zarkasyi, bahwa semua orang memperhatikan makanan karena tidak ada yang tidak butuh kepada hasil bercocok tanam (makan) dan tidaklah kehidupan tegak tanpa adanya makanan. Menurut sejarah Islam, setelah Nabi Shallallahu alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda telah menggalakkan usaha pertanian agar ditingkatkan. Bumi Madinah ketika itu sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Dalam hubungan ini, kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian. Hal seumpama ini sesuai dengan riwayat Rafi bin Hadij bahawa di zaman Rasulullah telah diingatkan oleh beberapa orang bapa-bapa saudara Baginda iaitu Rasulullah melarang daripada perkara yang memberi manfaat kepada kami, lalu kami bertanya: Apakah perkara tersebut?:

Maksudnya: Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi.(Hadis riwayat Abu Dawud) Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas daripada peruntukkan yang ada di dalam syariah. Sebagai contoh, sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Peruntukkan ini jelas memberi intensif kepada pengusahapengusaha bidang pertanian yang mengusahakan tanah terbiar atau mati. Perkara ini disebutkan dalam riwayat AisyahRadhiallahu anha, Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya. (Hadis riwayat Al-Bukhari) Walau bagaimanapun kita telah pun mempunyai peraturan atau undang-undang tanah, maka tidaklah boleh menggunakan tanah dengan sewenang-wenangnya melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa. 2.2 Hukum Pertanian dalam Islam

Dalam Islam, jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya, maka hukum bertani itu adalah fardu ain baginya. Sementara itu, adalah menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua. Menurut Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan pertanian menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat pribadi. Kebanyakan fuqaha' Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek-projek Mega-Mega kerana manfaat pertanian lebih meluas dan menjangkau kehidupan rayat justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepadaumat. Sebagaimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 27 32 yang bermaksud : Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma (29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu(32). Tentulah menjadi masalah yang besar sekiranya sesebuah negara itu banyak bergantung kepada sumber luar untuk mendapatkan bahan makanan. Ini kerana dibimbangi sekiranya berlaku peperangan, berlaku bencana alam di negara pengeluar atau sebarang sabotaj menyebabkan bekalan makanan sukar didapati. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini disetengah negara dimana sekatan-sekatan ekonomi, peparangan dan kemusnahan disebabkan oleh bencana alam

menyebabkan kekurangan makan dan kebuluran. Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: "Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad). Demikianlah pentingnya kegiatan pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan kerana ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan. Allah Subhana Wa Taala menjanjikan insentif istimewa kepada pengusaha sektor pertanian sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada Allah Swt telah menjanjikan insentif yang lumayan bagi petani dan pengusaha sektor ini, sama ada ia dilihat dari sudut kebendaan atau kerohanian. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal.. Rasulullah bersabda bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Imam Ahmad) Sabda Nabi lagi: "Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani) Rasullallah sendiri adalah contoh unggul. Baginda SAW sejak kecil sudah terlibat dengan aktiviti ternakan. Baginda sendiri adalah seorang penggembala kambing. Baginda pernah menyebutkan saat-saat yang dialaminya pada waktu menggembala itu: "Nabi-nabi yang diutus Allah itu gembala kambing." Dan sabda Baginda lagi: "Musa diutus, dia gembala kambing, Daud diutus, dia gembala kambing, aku diutus, juga gembala kambing keluargaku di Ajyad." Pada masa baginda Rasulullah SAW baru tiba di Madinah, Baginda telah menggalakkan agar usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian. Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya:"Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud) Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas dilihat daripada peruntukan dalam syariah berdasarkan hadis Nabi yaitu sesiapa saja yang mengusahakan tanah kerajaan dengan jayanya sewajarnya mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Berdasarkan pendapat mazhab Malik, hak milik yang diperoleh itu adalah hak milik sementara saja, jika selepas mendapat hak milik tanah itu, dibiarkan semula terbiar, orang

lain yang mengusahakannya akan memperoleh hak milik dengan menjayakannya. Hukum di atas adalah berdasarkan kepada hadis Nabi bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari) 2.3 Teknologi yang Digunakan dalam Pertanian Islam Mengkaitkan teknologi pertanian dan Islam tidaklah hal yang mudah. Hal ini disebabkan teknologi Pertanian merupakan ilmu pengetahuan terapan sebagai cabang dari ilmu pertanian. Dalam Al Quran perihal pertanian banyak dibicarakan mulai dari macam tumbuhan hingga zakat yang harus dikeluarkan. Teknologi pertanian sendiri diartikan sebagai penerapan ilmu pengetahuan dalam rangka pendayagunaan sumber daya alam (pertanian) untuk kesejahteraan manusia. Tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi terkait dengan sumber daya alam dapat dirujuk pada QS Yaasiin: Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan (QS 36: 33). Ayat di atas menunjukkan bahwa pada awalnya bumi ibarat planet yang mati karena tidak ada kehidupan didalamnya. Namun dalam perkembangannya bumi menjadi tempat yang sesuai bagi kehidupan dan Allah menyediakan tanaman bagi manusia. Selain berfungsi sebagai suplai oksigen bagi kehidupan, dari tanaman juga dapat dipanen misalnya diambil bijinya untuk dikonsumsi. Ayat di atas juga menunjukkan bahwa pada dasarnya tanaman mestinya dibudidayakan agar dapat digunakan sebagai makanan. Tanpa adanya budidaya maka tanaman yang ada tidak akan mampu memenuhi kebutuhan manusia. Oleh sebab itu ayat ini diikuti dengan ayat berikutnya: Dan kami jadikan padanya kebun kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air (QS Yaasiin 34). Dijadikannya kebun kebun menunjukkan Allah membimbing manusia untuk budidaya. Saat ini Peran saudara-saudara kita dari Teknik Pertanian sangat penting karena mereka memperbaiki cara budidaya dengan menemukan alat-alat budidaya sehingga produktivitas tanaman dapat optimal juga mata air tidak sekedar dimaknai secara harfiah adanya mata air semata namun dapat pula dimaknai pemanfaatan air. Pada awalnya mereka mengambil air dari mata air untuk menyirami tanaman dan memberi minum ternak, kemudian mengalirkannya menjadi saluran irigasi dan Allah menurunkan hujan bukanlah tanpa makna apalagi hanya menyebabkan banjir tapi Allah menurunkan hujan agar manusia dapat berkpikir dan memanfaatkan misal menjadi cadangan air untuk sawah tadah hujan dan saat ini diciptakan pula bendungan-bendungan yang mampu menampung air hujan sehingga air hujan ini memberi makna bagi manusia sebagaimana firman Allah dalam QS Al Baqarah 22: Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buahbuahan sebagai rizki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.

Proses budidaya menjadikan produksi pertanian dapat melebih dari yang dibutuhkan oleh pemilik kebun sehingga memunculkan teknologi baru yaitu pengolahan hasil pertanian. Sebagaimana dalam ayat selanjutnya: Supaya mereka dapat makan dari buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur? (QS Yaa Siin 35). Ayat di atas secara struktural menjelaskan bahwa hasil dari budidaya adalah panen yang dapat dikonsumsi yang kemudian karena ada dalam jumlah lebih maka tangan mereka mengusahakan sesuatu yaitu melalui olah pikirnya mereka manusia mencoba memanfaatkan hasil panen agar dapat lebih awet. Kemampuan manusia dalam pengolahan hasil pertanian yang cukup medapat sorotan Al Quran adalah pengolahan buah/biji menjadi minuman bukannya makanan: Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rizqi yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan (QS An Nahl: 67). Pada awal perkembangan teknologi pengawetan makanan, maka teknologi yang berkembang adalah pengeringan dan pembuatan minuman. Pembuatan minuman menjadi perhatian dalam Al Quran karena adanya kemungkinan untuk menjadi minuman yang diharamkan yaitu yang mengandung alcohol, dan itu berlangsung hingga kini. Rizqi yang baik menjadi pilihan yang harus dikembangkan dan ini yang mestinya menjadi landasan bagi calon-calon ahli pengolahan pangan untuk menjadikan makanan yang baik dan halal. Makanan yang kita produksi haruslah makanan yang baik dan halal, inilah inti ayat di atas. Saat ini banyak sekali bahan makanan tambahan yang dibuat oleh orang-orang non muslim yang tidak memahami tentang kehalalan bahan makanan sehingga kita harus hati-hati apalagi jika kita berlaku sebagai produsen. Seorang produsen makanan harus memperhatikan setiap bahan yang digunakan. Perhatikan dan cari tahu dari apa bahan tersebut dibuat. Makanan dari hewan banyak yang diharamkan (berdasarkan hadits), sedang dari tumbuhan umumnya diperbolehkan. Penyembelihan hewan harus dengan cara yg baik dan menyebut nama Allah saat penyembelihan. Hasil pertanian dan olahannya yang tidak kita konsumsi maka semestinya menjadi bagian untuk diperjual-belikan agar dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan manusia. Dari Rifaah bin Rafiah ra. Bahwasanya Nabi SAW pernah ditanya: pekerjaan mana yang paling baik? Beliau menjawab: karya tangan seseorang dan tiap-tiap penjualan yang baik (HR Bazzar. Hadits shahih menurut Akim) Hadits di atas menunjukkan bahwa pekerjaan yang baik ada dua yaitu memproduksi dan menjual yg baik. Memproduksi sendiri (atau menjadi produsen) menjadikan kita yakin tentang kehalalan bahan yang kita produksi. Apabila kita tidak mampu melakukannya maka jadilah penjual yang baik yaitu mengetahui kehalalan barang yang dijual dan cara penjualan yang halal (ini penting bagi calon ahli teknologi industry pertanian). Kadangkala produk yang kita jual adalah produk halal namun karena dijual pada saat yg tidak tepat menjadikan kiat melakukan penjualan yang tidak baik. Misalnya coklat adalah produk yang baik dan halal sehingga menjadi barang dagangan yang baik, namun jika kita menjual dalam kaitan dengan

perayaan hari besar agama lain atau valentine day yang merupakan perayaan cinta bebas yg tidak diajarkan dalam Islam, maka kita telah melakukan penjualan yang tidak baik. Dalam jual beli juga harus memperhatikan kaidah-kaidah agama. 1. Tidak menjual barang yang diharamkan: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan jual minuman keras, bangkai, babi dan berhala.(HR Bukhari dan Muslim); kucing, anjing (kecuali untuk berburu) (HR Muslim dan Nasai), 2. Tidak menjual dengan dua harga. Rasulullah SAW melarang dua jual beli dalam satu akad jual beli (HR Ahmad dan Nasai). Tidak halal dua syarat dalam satu akad jual beli (HR Lima Imam). 3. Memuji barang yg dijual melebihi kondisi bahan. Rasulullah SAW melarang najay (memuji yang berlebihan terhadap barang dagangan agar pembeli tertipu) HR Bukhari dan Muslim 4. Tidak menimbun barang. Barang siapa yang menimbun barang pangan selama 40 hari, ia sungguh telah lepas dari Allah dan Allah telah berlepas darinya (HR Ahmad); Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan menimbun kecuali orang yang salah (HR Muslim) 5. Benar dalam takaran/timbangan Dasarnya ada di beberapa ayat antara lain QS 6 : 152: ----- dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil; QS 17 : 35: dan sempurnakanlah takaran apabila kamumenakar dan timbanglah dengan neraca yang benar.. dan QS 83 : 1 3: Kecelakan besarlah bagi orang-orang yang curang (yatu) orang-orang yg apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. Demikian yang dapat kami sampaikan, mohon maaf atas segala khilaf yang ada karena kemampuan kami yang terbatas. Subhanaka Allahumma wabihamdika, Ashadu anla ala illa anta astaqfiruka alluhuma waatubu ilaika. - Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memujiMu aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Engkau, aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu 2.4 Sejarah Kemajuan Pertanian dalam Islam

Kemajuan menyentuh ranah pertanian. Serangkaian teori ditemukan oleh kaum intelektual dan dipraktikkan hingga membuahkan hasil melimpah di tanah-tanah negeri Muslim. Panen pun mengerek tingkat kesejahteraan. Ini semua bermuara pada pengetahuan umat Islam yang memadai tentang pertanian. Tak hanya soal cara memanen. Mereka telah tahu bagaimana memilih lahan bagi tanaman mereka. Mana yang cocok dan mana pula yang tidak. Sistem pengairan bermunculan dan memicu perkembangan teknologi di bidang ini. Mereka hapal bagaimana membuat pupuk dan komposisi penggunaannya. Dalam bukunya yang terkenal, Kitab al-Filaha (Buku tentang Pertanian), cendekiawan dari Andalusia atau Spanyol, Ibnu al-Awwan, menjelaskan sejumlah langkah memulai bertani. Hal pertama yang perlu diketahui mengenai pertanian adalah lahan pertanian itu. Apakah lahan tersebut baik atau tidak untuk ditanami. Ia mengingatkan, siapa yang mengabaikan masalah itu tak akan menuai keberhasilan saat menggarap lahan pertanian. Ini bermakna para petani perlu memiliki pengetahuan tentang lahan, karakteristiknya, jenisnya, tanaman.

Selain itu, al-Awwan mewanti-wanti pula agar memahami betul tentang tingkat kelembapan tanah yang berdampak pada semua tanaman. Perlu pula mengetahui jenis tanah, apakah lembut, keras, berpasir, hitam, putih, kuning, merah,kemerah-merahan, Pengetahuan dasar tentang lahan harus didukung dengan langkah lain untuk mencapai hasil pertanian memuaskan. Untuk hal ini, umat Islam telah mengembangkan teknologi sistem irigasi. Bentuknya memang berbeda-beda di setiap wilayah, ada yang sederhana dan ada pula yang lebih canggih. Sejarawan al-Hamdani mengisahkan salah satu bentuk sistem irigasi yang ada di Yaman, yang disebut dengan alSamman. Ini merupakan sumber air terkenal. Kedalamannya mencapai tiga meter. Di sekitarnya, terdapat sejumlah sumur dan telaga buatan sebagai penampung air. Sisi-sisinya dibatasi dengan batu. Pengembangan sistem irigasi lainnya untuk keperluan pertanian terdapat di Irak. Tepatnya, di Fowkhara Gate di tepi Sungai al-Nahrawan, Samarra. Adam Mitz, dalam Al-Hadarah alIslamiyyah, menyebutkan bahwa ilmuwan Muslim saat itu telah mampu mengalirkan air dari sumbernya dengan menggunakan pipa. Mereka mempunyai sejumlah alat-alat teknik yang bermanfaat untuk mengukur ketinggian tanah dan menggali saluran irigasi di bawah tanah. Akhirnya, ujar Mitz, para ilmuwan itu menemukan sejumlah mesin untuk mengukur tingkat air sungai. Dengan berbagai penemuannnya, pertanian islam telah berkembang. Pupuk Pupuk telah sejak dini menjadi perhatian. Bahkan, telah muncul pemikiran komposisi penggunaan pupuk. Ilmuwan Muslim, Ibnu al-Hajjaj al-Ishbili, melalui bukunya Al-Muqni' fi al-Filahah, menjelaskan bahwa seorang petani mesti tahu jika lahan pertanian tak dipupuk, kemampuannya akan melemah. Di sisi lain, ia berkata agar penggunaan pupuk tak berlebihan. Bila ini terjadi, tanah akan terbakar oleh pupuk. Dengan pandangan yang disampaikan Ibnu al-Hajjaj ini, pengetahuan pertanian umat Islam saat itu telah mencapai taraf yang tinggi. Sejalan pada masa sekarang, penggunaan pupuk harus sesuai aturan pemakaian. Pentingnya pemupukan untuk lahan pertanian; Ibnu Bassal, Ibnu Hajjaj, dan Ibnu alAwwam memberikan penjelasan luas mengenai tipe pupuk dan tingkat kecocokan pupuk pada tanaman dan lahan tertentu. Mereka menyinggung pula penggunaan daun-daun pohon untuk menyuburkan lahan pertanian dan pemakaian pupuk kompos.Penjelasan mengenai pupuk kompos ini di antaranya terdapat dalam buku yang disusun Ibnu al-Awwam yang berjudul Kitab al-Filaha al-Andalusiyyah. Manuskrip karyanya tersimpan di British Museum. Sedangkan, Ibnu Bassal menjelaskan bagaimana membuat pupuk kompos itu. Paling tidak, Ibnu Bassal membagi kompos menjadi tiga jenis. Salah satunya adalah kompos yang terbuat dari campuran rumput, jerami, dan abu. II. 2.1 PENUTUP Kesimpulan

Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi apabila hasil industri ini turut menyumbang kepada hasil makanan negara selain merupakan sumber pendapatan petani. Kegiatan di dalam bidang ini merupakan di antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Taala di samping mendapat manfaat atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian. 2.2 Saran

Seharusnya pertanian digalakkan karena pertanian merupakan pekerjaan yang mulia. Selain mendapat ganjaran pahala dari Allah Subhanawataala dan mendapat manfaat atau pendapatan.

DAFTAR PUSTAKA Anonim. 2009. Pertanian Dalam Perspektif Islam. http://bemjagribisnisuin.blogspot.com/2009/03/pertanian-dalam-perspektif-islam.html. Dalam www.google.com. Pukul 09.24 Wita. Arkib. 2006. Pertanian Menurut Islam. http://www.aspirasindp.com/arkib/PertanianmenurutIslam.htmv. Dalamwww.google.com. Pukul 17.55 Wita.

Azam, zainal. 2012. Islam Tuntut Umat Usahakan Pertanian Hingga Akhir Zaman. http://pasbukitbendera.com/index.php?option=com_content&task=view&id=147&Itemid=45 . Dalam www.google.com. Pukul 17.56 Wita. Irsyad, pelita. 2002. Pertanian dan Islam. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic44_2002.htm. Dalamwww.google.com. Pukul 17.54 Wita. 2002. Nurhidayat.2012. Teknologi Pertanian Dalam Perspektif Islam.http://nurhidayat.lecture.ub.ac.id/files/2011/11/Teknologi-Pertanian-dalam-PerspektifIslam.pdf. Dalam www.google.com. Pukul 10.18 Wita.

Anda mungkin juga menyukai