Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Sahabat Setia

Assalamualaikum dan selamat pagi,


Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif, penjaga masa, guru-guru pencetus
ilmu serta rakan-rakan yang saya kasihi.
Anak2 bermain guni,
Bermain pula di tengah halaman
Izinkan saya bercerita disini,
Mana yang baik jadikan teladan.

Ya kawan-kawan,
Cerita saya pada kali ini mengisahkan dua orang sahabat yang bernama Nurul dan Hayati. Nurul dan
Hayati bersahabat baik sejak kecil lagi tambahan pula mereka tinggal di kawasan kejiranan yang sama.
Sekarang ini mereka berdua belajar di kelas yang sama iaitu kelas 6 Mulia. Kedua-duanya mempunyai
cita-cita yang besar untuk menjadi murid yang berjaya.
Setiap hari , nurul dan hayati akan pergi dan pulang sekolah bersama-sama. Mereka tidak ubah seperti
adik-beradik. Cuma yang membezakan mereka adalah latar belakang keluarga. Hayati merupakan anak
orang berada manakala nurul pula dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Ayah nurul pula lumpuh
menyebabkan ayahnya tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga. Oleh itu, terpaksalah ibunya
bekerja kilang untuk menyara mereka sekeluarga.
Walaupun nurul miskin Hayati tetap suka berkawan dengannya kerana nurul merupakan seorang murid
yang rajin belajar dan tudak suka membuang masa. Lagipun Nurul selalu membantunya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian
Pada suatu hari, ketika nurul dan hayati makan di kantin sekolahbeberapa orang murid telah
mentertawakan nurul kerana memakai pakaian sekolah yang bertampal. Hayati melihat nurul mengesat
air matanya. Sakit hati hayati melihat perangai murid-murid yang kurang sopan itu. Hayati segera
bangun lalu memarahi mereka.
Kamu semua jangan hina dia. Kenapa kamu suka menyakitkan hati orang lain? Apakah kamu tidak
mempunyai perasaan? Kalau kamu buat lagi saya akan laporkan kepada guru disiplin, marah Hayati.
Murid2 itu segera beredar dari situ sambil tersenyum sinis.
Hayati memujuk nurul agar tidak mempedulikan segala perbuatan murid2 tadi. Nurul berterima kasih
kepada Hayati kerana selalu bersamanya ketika suka dan duka. Bagi hayati pertolongan itu hanyalah
perkara kecil sahaja jika hendak dibandingkan apa yang telah dilakukan oleh nurul kepadanya.

Hayati masih ingat lagi ketika mereka bersama-sama bermain bola jaring di padang. Semasa leka
bermaintiba2 kepalanya terasa seperti berpusing kerana terkena bola yang disepak padu oleh seorang
murid lelaki.

Kawan-kawan masih sudi mendengar kisah Hayati dan Nurul..
Seperti biasaseawal paginya.Hayati akan menunggu Nurul di sebatang pohon rendang untuk pergi ke
sekolah bersama-sama. Namun demikianJam di tangan sudah menunjukkan hampir pukul 7.20 pagi.
Hayati mula resah. Selalunya Nurul tidak pernah lewatHayati bimbang sesuatu telah menimpa
sahabatnya itu. Hayati meneruskan perjalanan ke sekolah bersendirian kerana bimbang akan lewat
sampai.dalam perjalanan Hayati tetap memikirkan tentang nurul. Nurul tidak pernah beginijika tidak
datang ke sekolahawal2 lagi nurul akan memaklumkan kepada Hayati. Dek kerana memikirkan
sahabatnya itu.nyaris sahaja Hayati terjatuh akibat tersadung batu besar di tepi jalan.

Semasa di dalam kelasHayati tidak dapat menumpukan perhatian nya terhadap pelajaran. Sudah
beberapa kali dia ditegur oleh cikgu anis kerana asyik termenung. Risau hatinya bukan kepalang.
Semasa murid-murid tahun 6 mulia membuat latihan yang diberi tiba2guru besar telah datang dan
bercakap sesuatu dengan Cikgu anis yang berada di dalam kelas. Hayati melihat muka cikgu anis begitu
cemas
ermmmapa agaknya yang sedang dibualkan oleh merekabisik hayati dalam hatinya.
Sejurus selepas guru besar beredarcikgu anis telah memaklumkan kepada mereka bahawa rumah
salah seorang rakan telah terbakar awal pagi tadisemua harta benda tidak dapat diselamatkan. .bagai
luruh jantung hayati mendengarnyapatutlah puas ditunggu tetapi kelibat nurul langsung tidak
kelihatanrupa2nya nurul dan keluarga telah ditimpa malangsayu hayati mengenangkan nasib
rakannnya...tanpa disedari air matanya mengalir .namun demikian hayati besyukur kerana nurul dan
keluarganya selamat.
Selaku pengawas di sekolah itu, hayati telah ditugaskan membuat kutipan derma dari kelas ke kelas bagi
membantu keluarga nurul.
Petang itu.apabila pulang dari sekolah nurul segara memberitahu ayah dan ibunya. Rupa2 nya ayah
dan ibunya belum mengetahui berita sedih itu.petang itu juga hayati dan keluarganya pergi menziarah
keluarag nurul.
Sampai di rumah nuruljelas kelihatan tiada apa yang tinggal kecuali tiang batu rumah yang tidak
terbakarnurul dan keluarganya telah menumpang di rumah jiran buat sementara waktu. Apabila
melihat hayati..nurul terus berlari dan memeluknyakedua2 sahabat itu menangis sedih.

Nurul memberitahu hayati bahawa mereka sekeluarga tidak tahu akan tinggal di mana selepas ini.
Kasihan sungguh hayati mendengarnya.
Pada malam ituhayati telah menceritakan kerisauan dan simpatinya terhadap nurul kepada ibu dan
bapanya.
Hayati jangan risauayah dan ibu bercadang untuk membenarkan keluarga nurul tinggal di rumah
sewa kita yang telah kosong itu.tentang bayaran sewanya tak perlulah risaumereka boleh bayar
sekiranya telah mampu nanti
Hayati sungguh gembira mendengar berita itutak sabar rasanya untuk berjumpa dengan nurul bagi
Ya kawan-kawan,
Kerana terlalu simpati dengan keadaan nurulHayati mengambil keputusan untuk berjumpa dengan
Puan Azah iaitu guru kelas mereka. Hayati menceritakan segala perihal kesusahan keluarga Nurul
kepada gurunya itu. Setelah mendengar cerita hayati, Puan azah telah berbincang dengan pihak
pentadbiran sekolah untuk membuat kutipan derma bagi membantu nurul dan keluarganya.
Petang itu, hayati telah mengajak ibu dan ayahnya ke hospital untuk menziarah nurul. Sebelum itu
mereka terlebih dahulu membeli sedikit buah tangan untuk nurul dan keluarganya. Semasa sampai di
hospitalhayati melihat cikgu azah dan beberapa orang rakan sekelas mereka juga ada di situ.
Nurul begitu gembira menyambut kedatangan sahabat baiknya itu. Nurul mengucapkan terima kasih
kepada atas apa yang telah dilakukan oleh hayati kepadanya.
Terima kasih ya hayati kerana kamu sudi datang menziarah saya di siniwalaupun ada rakan kita yang
takut penyakit saya akan berjangkit kepada merekatetapi kamu tetap datang, kata nurul sedih.
Nurul, sahabat setia ialah sahabat yang selalu ada ketika kita suka mahupun duka..kata hayati. Nurul
tidak dapat menahan air matanya daripada berguguran apabila mendengar kata2 hayati itu. Nurul
bersyukur kerana mempunyai sahabat setia seperti hayati. Nurul berdoa agar persahabatan mereka
akan kekal sampai bila2.
Ya hadirin sekalian
Itu lah tadi kisah tentang sahabat setia. ..banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini.
Yang pertama kita janganlah menghina orang lain kerana semua manusia itu sama saha disisi allah. Yang
kedua kita mestilah menjadi sahabat yang baik dan menyenangkan.
Saya akhiri cerita ini dengan serangkap pantun..

..
..
.
Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai