Anda di halaman 1dari 4

Topik 5

Tahap-Tahap Dalam Kaunseling Individu


Terdapat pelbagai pandangan mengenai tahap-tahap dalam sesi kaunseling.
Perbezaan tahap ini adalah bergantung kepada pendapat penulis atau pengkaji
itu sendiri.

TAHAP-TAHAP KAUNSELING

PRASESI
Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk
memberikan khidmat membimbing atau kaunseling.(Mizan & Halimatun)
Persediaan merangkumi aspek:
(a) situasi di mana khidmat kaunseling diberikan.
(b) jenis klien (dirujuk atau datang secara sukarela.)
Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru Bimbingan atau
Kaunselor untuk memastikan sesi kaunseling berjalan lancar.
Sebelum sesi kaunseling dimulakan,kaunselor hendaklah:
1. Menyediakan borang yang berkaitan,contohnya borang maklumat
latarbelakang murid,borang temujanji, borang rujukan dan lain- lain.
2. Maklumat latarbelakang- umur,darjah,ahli keluarga, masalah ingin
dibincang,rujukan kes dll.
3. Menyemak diskripsi tugas klien.
4. Menyemak rekod- rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
5. Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi
kaunseling.

MEMBINA HUBUNGAN
Shertzer dan Stone (1968)
menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai
hubungan bagi menolong.


Tujuan :
1. menimbulkan kemesraan, keakraban, saling mempercayai , membina
keyakinan dan membentuk suasana selamat serta selesa antara
kaunselor dan klien
2. Membina persefahaman yang baik
3. Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong
Beberapa Perkara Yang Perlu Dititikberatkan
Suasana terapeutik
Topik 5
Ruang untuk berkomunikasi
Penampilan diri
Ekspresi muka
Pertemuan mata
Cara duduk dalam sesi kaunseling
Pergerakan tangan dan kaki


Menurut Sipora (2003), sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah
pembolehubah penting, persekitaran fizikal yang kondusif, dilengkapi perabot
dan susunan yang selesa adalah asas menggalakkan perhubungan.
Kemesraan kaunselor akan menunjukkan minatnya, perhatiannya, kerelaa dan
kesediaannya terhadap persoalan klien.

Pada tahap ini juga penstukturan digunakan bagi membantu klien mengetahui
jangkaan sebenar mengenai kaunselor dan kaunseling dan memberitahu klien
beberapa idea yang terlibat dalam metod dan tujuan kaunseling.


MENEROKA, ANALISIS MASALAH

Membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai,
kepercayaan, harapan, cita-cita, aspirasi, sikap, helah bela diri serta kemahiran
coping yang digunakan
Penerokaan perlu bergerak daripada permukaan (surface) ke tahap yang
mendalam
Tujuan:
supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul
membantu klien menganalisis masalah dengan lebih objektif
Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan kelemahan diri


satu perkara penting dalam tahap ini ialah, begitu banyak maklumat mungkin
diperolehi, kaunselor perlu membawa klien meneroka satu masalah yang
dirasakan penting secara lebih mendalam.

MENGENAL PASTI MASALAH
Tahap klien bersama kaunselor mencapai kesepaduan mengenai masalah
yang dihadapi oleh klien.
Klien menyedari kelemahan dan masalah yang dihadapi selama ini.

Sipora (2003) menyatakan dua kemahiran utama yang digunakan oleh
kaunselor dalam mengenalpasti persoalan adalah kemahiran mendengar dan
meneroka.
Proses meneroka harus menekankan aspek kemahiran menyoal.
Topik 5


Pada tahap ini 2 tugasan mesti dilaksanakan iaitu:
1. Matlamat kaunseling telah sama-sama dipersetujui.
2. Kaunselor bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana
serta apakah strategi yang hendak digunakan
Kepentingan tahap ini ialah ia merupakan satu persetujuan antara kaunselor
dan klien mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Dengan persetujuan
ini, maka mudah bagi menentukan satu matlamat yang boleh merungkai
persoalan yang dinyatakan. Persetujuan ini akan menentukan halatuju
kejayaan klien.
MEMBINCANG ALTERNATIF
Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan
langkah yang boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif
hanya dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang
dibincangkan dengan jelas. Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan
dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu di ambil.
Jelas di sini bahawa dalam fasa membincangkan alternatif, memerlukan klien
membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih.
Matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak
kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah dipersetujui
bersama. Tahap ini akan menyediakan klien untuk merangka alternatif
mengikut kemampuannya sendiri yang mana ia akan merasa selesa dalam
mengurus masalah yang dialami.

MENGAMBIL TINDAKAN
Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan
membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif tersebut.
Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira keupayaan klien
untuk melaksanakan tindakan tersebut.
Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan
tekanan kepada diri klien untuk dilaksanakan.

MENAMATKAN SESI
Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. (Selepas klien dapat
menentu dan memilih alternatif yang dirasakan dapat mengatasi masalah yang
dihadapinya)
Penamatan dapat dilakukan apabila klien menunjukkan tanda-tanda bahawa
dia tidak lagi memerlukan kaunseling.
Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor menganggap diri tidak lagi
dapat membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor merujuk klien
kepada pihak lain.
Topik 5
Menurut Mizan (2002), semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Penamatan
dapat dibuat sekiranya klien merasakan sudah membuat keputusan dan dapat
menghadapi masalahnya berdasarkan tindakan yang telah dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai