Anda di halaman 1dari 1

PENYATAAN PROFESIONAL

SEMASA PRAKTIKUM
PRAKTIKUM FASA 3/2014


MINGGU : KEDUA
TAJUK : PEMBINAAN JAWAPAN BAGI AKTIVITI PEMAHAMAN TAHUN 3

Pemahaman merupakan salah satu dari latihan yang memerlukan murid untuk
memahami soalan berpandukan petikan. Sepanjang tempoh dua minggu pengajaran,
saya mendapati murid mengalami masalah dari aspek pembinaan jawapan bagi soalan
atau aktiviti pemahaman. Oleh itu, saya telah mengubai suai aktiviti pengajaran saya
denga melakukan kaedah atau teknik iaitu:-
1. Baca petikan dengan teliti.
2. Baca soalan pemahaman dengan teliti.
3. Potong kata tanya dan tanda soal.
4. Cari isi dalam petikan
5. Tulis jawapan dengan menyambungkan ayat.
Sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya telah
mengaplikasikan kelima-lima teknik diatas semasa aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
Hasil dapatan, murid-murid dapat mengaplikasikan teknik yang saya gunakan di dalam
kelas untuk pembinaan jawapan bagi aktiviti soalan pemahaman. Melalui teknik dan
kaedah menjawab soalan yang telah saya kemukakan, saya berharap murid dapat
membina jawapan dengan lebih mudah dan difahami.

Hasil dapatan daripada penghasilan teknik menjawab soalan diatas, murid-murid
Tahun 3 dapat menguasai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Melalui
pemerhatian ketika sesi menjawab soalan, saya mendapati murid Tahun 3 dapat
menggunakan teknik menjawab dengan lebih baik dan mudah difahami. Penggunaan
kaedah yang telah diajar diharap dapat diaplikasikan dalam sesi pengajaran yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai