Anda di halaman 1dari 2

SOALAN FORUM TAJUK: Faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat institusi

pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga,masyarakat dan negara. Pengerusi Forum : Mohd Salahuddin bin Mat Amin Panel 1 : Shamimi (Penolong Pengarah Pentadbiran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Panel 2 Panel 3 : Eizzat (Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia) : Intan (Kaunselor Universiti Sains Malaysia)

SOALAN 1: (Panel 1) Adakah faktor ini boleh menjadi punca kepada permasalahan ketidakseimbangan ini,ataupun persepsi masyarakat itu sendiri yang menjadi punca kepada

ketidakseimbanganpeluang pendidikan di universiti-universiti tempatan masa kini? SOALAN 2: (Panel 3) Bercakap tentang isu gender dan peluang pendidikan di Malaysia pada masa kini,masyarakat umum mungkin menyedari bahawa pendidikan sangat penting sebagai jaminan masa hadapan. Tetapi bagaimana pula dengan pihak keluarga? Adakah factor keluarga dan latar belakang seseorang individu itu memainkan peranan dalam isu iniatau mungkin juga bagi sesetengah keluarga anak perempuan tidak seharusnya mendapat pendidikan yang tinggi dengan alasan alih-alih ke dapur juga. Jadi apa pandangan Puan Intan berkenaan isu ini? SOALAN 3: (Panel 2) Puan, jika kita lihat fenomena yang berlaku dewasa ini, pelajar perempuan ternyata memonopoli tempat di IPT berbanding pelajar lelaki. Dengan keputusan akademik yang cemerlang, tidak hairanlah pelajar perempuan boleh menguasai tempat di IPT. Jadi,adakah faktor pencapaian akademik pelajar perempuan yang cemerlang tadi menyumbang kepada lambakan pelajar perempuan di IPT dan bagaimana pula dengan kedudukan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi sekarang?

SOALAN 4: (Panel 3) Sebenarnya, ketidakseimbangan gender di IPT boleh juga dikaitkan dengan kursus-kursus yand ditawarkan. Kalau dilihat secara kasar, bidang pendidikan banyak diceburi oleh wanita manakala bidang kejuruteraan dan teknikal banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. Persoalannnya, adakah kursus-kursus yang ditawarkan di IPT sekarang boleh dijadikan faktor gender bias ini ataukah keupayaan pelajar yang menjadi ukuran? Bagaimana pula halnya dengan pasaran kerja? Dipersilakan Puan Intan untuk memperkatakan isu ini. SOALAN 5: (Panel 2) Tadi kita telah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari aspek jantina. Ada yang mengatakakan faktor keluarga, pencapaian akademik pelajar yang cemerlang dan persepsi masyarakat yang menjadi punca kepada permasalahan ini. Jadi sekarang kita hendaklah melihat sejauh mana ketidaksamaan jantina di universiti-universiti tempatan memberi kesan terhadap diri individu itu sendiri.Jadi En. Eizzat, sebagai seorang kaunselor yang semestinya banyak terlibat dalam permasalahan pelajar, bagaimanakah isu gender ini boleh mempengaruhi pencapaian dan prestasi seseorang individu itu? SOALAN 6: (Panel 1) Jika kita lihat dari sudut realitinya, relatif gaji wanita dikebanyakan sektor pekerjaan dilihat lebih tinggi berbanding lelaki. Pernah suatu ketika dahulu, timbul isu di manalelaki hari ini takut untuk meminang wanita dengan alasan segala-galanya yang tinggi.Gaji yang tinggi, hantaran nya tinggi, lulusannya juga tinggi. Jadi bagaimana Puan Shamimi menilai isu ini serta kesannya terhadap masyarakat? SOALAN 7: (Panel 3) Isu kuota di IPT-IPT tempatan dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf pencapaian wanita.Ada wanita yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi dinafikan haknya dengan alasan untuk memenuhi kuota. Bagi lelaki pula mereka seolah-olah tidak diberi peluang oleh pihak majikan untuk membuktikan keupayaan diri dalam bidang pekerjaan dengan alasan tiada pencapaian akademik yang tinggi. Jadi bagaimana isu ini boleh memberi impak kepada perkembangan ekonomi khasnya untuk kesan jangka panjang.

Anda mungkin juga menyukai