Anda di halaman 1dari 10

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

i) Cabaran pengunaan internet dalam kalangan pelajar


Cabaran dapat didefinisikan sebagai sesuatu unsur atau faktor yang menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi berdasarkan daripada Kamus
Dewan Edisi Keempat (WONG, 2015). Dalam pengunaan internet juga, para pelajar
menghadapi cabaran. Cabaran yang dihadapi oleh pelajar memberi kesan yang baik mahupun
kesan yang buruk. Dunia dengan pengunaan internet kini merupakan sebahagian daripada
kehidupan manusia moden. Pengunnaan internet memainkan peranan penting dan banyak
mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, pengunaan internet
bukan sahaja memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif kepada
masyarakat terutamanya golongan pelajar yang mudah terdedah dan terpengaruh dengan
segala perkara yang tidak baik yang dipamerkan di media social melalui pengunaan internet.

Cabaran pengunaan internet dalam kalangan pelajar yang pertama ialah kebanyakan
golongan pelajar yang mengunakan internet sebagai sumber untuk menjalikan hubungan
sosial atau mencari kawan baharu menerusi laman web seperrti Facebook, Twitter, Instagram
dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan
menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para pelajar untuk menyertainya (Malek,
2010). Pengunaan internet untuk media social memang tidak dinafikan memberi banyak
kebaikan dan kesan positif seperti dapat membincangkan isu-isu semasa serta dapat
memperoleh pengetahuan, akan tetapi ianya juga memberikan keburukan serta kesan negetif
kepada para pelajar dengan mengunakan internet tanpa kawalan. Sesetengah pelajar tidak
menyedari pengunaan internet perlu mengunakan maklumat diri pada sesetengah waktu.
Maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon mahupun gambar peribadi boleh diakses
oleh orang lain melalui internet.

Cabaran pengunaan internet yang kedua dalam kalangan pelajar adalah sikap para
pelajar itu sendiri (Malek, 2010). Berdasarkan laman web Wikipedia, sikap dapat
didefinisikan sebagai pelakuan atau tingkah laku seseorang. Sikap tidak dapat diubah oleh
orang lain melainkan diri sendiri. Pengunaan internet yang tidak baik sering dikaitrapatkan
dengan pelajar yang mempunyai sikap yang buruk dan negatif. Sikap pelajar yang sering
dikaitkan dengan pengunaan internet adalah pelajar yang mengunakan internet sebagai
tempat untuk melayari perkara yang tidak baik seperti video lucah dan gambaran yang tidak
baik yang boleh merosakkan mida para pelajar (Had, 2014). Sikap para pelajar sukar untuk
diramal menyebabkan sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu berkaitan dengan pengunaan
internet yang baru mereka pelajari. Selain daripada itu, kebanyakkan pelajar menjadi
pengguna tegar internet menyebabkan negara mengalami dan merasai ledakan pengaruh
internet ini apabila perkara in berlaku. Pelajar yang ketagih dengan pengunaan internet juga
merupakan satu cabaran. Ketagihan merupakan satu masalah otak di mana berlakunya
kehendak terhadap suatu perkara meskipun mendatangkan keburukan yang menyebabkan
kemudaratan diri sendiri (Wikipedia, 2021). Ketagihan pengunaan internet menyebabkan
pelajar lupa tentang hal-hal lain seperti menjaga pemakanan yang boleh menyebabkan
penyakit gastrik berlaku. Tambahan pula, ketagihan bole menyebabkan pelajar mengalami
kemurungan dan emosi tidak stabil jika internet tidak berfungsi dengan baik.

Intihanya, cabaran dalam apa-apa perkara adalah penting untuk dilihat dan dalam hal
ini pengunaan internet dalam kalangan pelajar adalah penting. Hal in kerana para pelajar
inilah yang akan membimbing di masa akan datang. Jika cabaran penggunaan internet dalam
kalangan pelajar ini gagal diambil peduli, banyak perkara negatif yang akan berlaku di masa
akan datang. Cabaran pengunaan internet ini tidak ada jalan singkat untuk mengatasinya
dalam kalangan pelajar. Hal ini memerlukan memerlukan pembabitan semua pihak seperti
keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah ataupun universiti, pihak berkuasa, dan badan-badan
kerajaan serta badan bukan kerajaan. Oleh itu, terdapat beberapa kesan positif dan negatif
penggunaan internet dalam kalangan ahli pelajar dan terdapat banyak cabaran yang perlu
dihadapi dalam pengunaan internet demi untuk kebaikan dan kesejahteraan umat Islam.
ii) Faktor penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar

Penyalahgunaan boleh didefinisikan sebagai satu perkara yang disalahgunakan.


Internet pula ialah satu teknologi yan merupakan rangkaian komputer yang berhubung
menerusi beberapa rangkaian. Penyalahgunaan internet belakukan disebabkan pengunaan
inetrnet yang menyebarkan maklumat dengan meluas dan mudah dicari termasuklah perkara
yang memudaratkan.

Faktor penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar adalah faktor kecanggihan


teknologi. Pelajar lebih suka berinteraksi dengan media berbanding bergaul dengan keluarga
dan menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang (Othman, 2011). Teknologi
semakin canggih menyebabkan banyak perubahan yang baik berlaku dalam kehidupan
manusia seharian. Oleh sebab itu, kecanggihan teknologi merupakan salah satu faktor
penyalahgunaan internet di kalangan pelajar. Golongan pelajar lebih suka meluangkan dan
menghabiskan masa mereka dengan melayari laman sosial atau bermain games online. Selain
itu, faktor persekitaran juga perlu diambil berat sebagai faktor penyalahgunaan internet dalam
kalangan pelajar. Pelajar cenderung untuk berasa bosan dan rasa terpinggir atau terbiar oleh
ibu bapa dan orang lain. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa yang kurang mengambil perhatian
terhadap anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan para pelajar suka meluangkan masa
mereka dengan kawan-kawan pada masa terluang. Oleh kerana itu, pelajar mudah untuk
melakukan perkara yang negatif kerana kurangnya pengawasan daripada ibubapa.

Faktor penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar seterusnya ialah kekurangan


pendidikan agama dan sosial. Hal ini kerana pelajar sering terpengaruh dengan sikap rakan
sebaya dan mengikuti sikap atau perilaku yang buruk daripada pelajar lain. Pelajar yang
sering melakukan penyalahgunaan internet ini merupakan pelajar yang tidak mempunyai
akhlak yang baik sehingga mahu melakukan perkara yang negatif dan melakukan perkara
yang dilarang oleh agama (Lokkong, 2017). Jika faktor ini terus diimplementasikan kepada
pelajar, majoriti tidak dapat tidak dapat menghadapi tuntutan hidup dengan cara yang matang
dan bertanggungjawab terutama dalam pengunaan internet. Agama merupakan sumber paling
utama bagi mempelajari etika dan moral kerana agama menganjurkan kepercayaan kepada
Tuhan dan kehidupan akhirat berdasarkan tulisan W.M. Dixon dalam bukunya. Oleh itu, etika
penting dalam penggunaan internet. Di samping itu, lingkungan masyarakat bagi setiap
pelajar juga merupakan salah satu faktor penyalahgunaan. Teknologi yang semakin maju
menyebabkan hampir semua rakyat mempunyai ‘mindset’ yang sama iaitu kita perlu
mengunakan internet agar tidak ketinggalan dalam segala perkara. Pelajar yang cenderung
mengunakan internet sebagai sumber untuk melakukan hal yang negatif maka pelajar lain
yang tinggal di sekitar lingkungan tersebut akan melakukan hal yang sama (Lokkong, 2017).
Sebagai contoh, menggunakan Facebook untuk alat komunikasi akan tetapi disalahgunakan
untuk dijadikan laman penyebaran maklumat yang salah atau meninggalkan komentar dengan
bahasa yang kasar terhadap orang yang lebih tua.

Kesimpulannya, banyak lagi faktor yang menyebakan berlakunya penyalahgunaan


internet dalam kalangan pelajar. Kajian pembelajaran ini dijalankan untuk mengenalpasti
faktor-faktor penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar di malaysia. Dapatan kajian,
mendapati bahwa faktor – faktor ini merupakan punca kepada pelajar terlibat dalam salah
laku internet. Disebabkan faktor-faktor tersebut, semua pihak perlu bekerjasama dalam
mengatasi masalah salah laku dalam penggunaan internet. Penggunaan internet perlu dikawal
agar tidak memberi kesan yang negatif kepada semua pelajar
iii) Kesan penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar

Penyalahgunaan media sosial merupakan perkara yang kerap berlaku dalam kalangan
pelajar pada zaman ini. Penyalahgunaan media sosial ialah satu tindakan di mana individu
atau sekumpulan orang menggunakan bahan teknologi maklumat untuk tujuan negatif yang
boleh menyebabkan kemudaratan seperti fitnah, kemusnahan dan lan-lain kepada diri sendiri,
masyarakat atau maruah negara . Contoh rangkaian sosial ialah Facebook, Wechat,
Whatsapp, dan sebagainya. Pelajar hari ini menghabiskan lebih banyak masa pada aplikasi
media sosial, yang menyebabkan mereka meluahkan apa sahaja yang mereka fikirkan di
media sosial sebagai contoh menghina dan menyalahgunakan kerajaan serta menggalakkan
kebencian perkauman atau perkauman (Hakim, 2011). Dengan menggunakan rangkaian
sosialatau internet, pelajar boleh mengiklan atau berkomunikasi dengan lebih cekap. Begitu
juga, orang ramai tidak perlu bergantung kepada media atau televisyen untuk mendapatkan
berita harian mereka, semuanya boleh diperolehi daripada laman web sosial. Pelajar boleh
menjejaki atau menerima maklumat dari seluruh dunia. Pelajar bebas menggunakan media
sosial untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Kebanyakan pelajar mengabaikan etika
apabila menggunakan media sosial. Jika anda bertanya kepada semua pelajar, kebanyakan
mereka tidak tahu apakah etika yang harus dipatuhi apabila menggunakan rangkaian sosial.
Disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat tentang etika di rangkaian sosial, ia boleh
mencetuskan beberapa isu sosial (Jalanan, 2021).

Masalah penyalahgunaan dalam rangkaian internet mempunyai banyak kesan negatif


baik kepada pelaku sendiri mahupun masyarakat negara kita. Ini termasuklah melibatkan
belia negara kita seperti pelajar dalam gejala tidak bermoral. Peningkatan masa yang
diluangkan pelajar di internet meningkatkan kemungkinan buli siber, kebimbangan sosial,
kemurungan dan pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur. Rangkaian
sosial juga merupakan ketagihan (Jalanan, 2021). Contohnya, apabila seseorang bermain
permainan atau menyelesaikan tugasan dan cuba menyelesaikannya dengan sebaik
mungkin.Walaupun buli bukanlah konsep baharu, internet telah membawa buli ke tahap yang
baharu. Ia telah menjadi ancaman yang lebih berterusan seperti buli siber terutaanya dalam
kalangan pelajar (Afandi, 2017).
IV) Langkah menangani penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar melalui
penerapan etika

Dalam menempuh era modenisasi yang semakin mencabar ini, isu penyalahgunaan
internet telah menjadi api dalam sekam di kalangan para pelajar. Disebalik kelebihan internet
yang sering diwar warkan oleh orang ramai, tampaknya ketidaksedaran masyarakat dalam
penyalahgunaan internet akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti dan adab.
Mempraktikan adab dalam kehidupan adalah perkara yang amat penting untuk melahirkan
masyarakat yang seperti aur dengan tebing. Etika juga bermakna tanggung jawab sebab tidak
mungkin etika itu tumbuh tanpa dilandasi sikap tanggung jawab. Etika merupakan suatu
suatu rancangan atau perencanaan menyeluruh yang mengintegrasikan kekuatan alam dan
masyarakat dengan bidang tanggunhjawab manusiawi. Tanggung jawab hanya dapat dituntut
apabila ada kebebasan untuk memilih. Oleh karena itu yang diharapkan dari setiap individu
masyarakat adalah kebebasan yang bertanggung jawab. Artinya kebebasan yang dibatasi
dengan etika moral yang berlaku pada masyarakat tersebut (Alinurdin, 2019). Lalu,
bagaimana hendak melahirkan pelajar yang beradab dengan penerapan etika dalam
menangani penyalahgunaan internet?

Terdapat beberapa cara yang dapat diambil oleh semua lapisan masyarakat dalam
menangani penyalahgunaan internet di kalangan pelajar. Ibu bapa, guru, masyarakat serta
pihak berwajib bertanggungjawab dalam usaha menangani isu ini selaras dengan peribahasa
mencegah lebih baik daripada mengubati. Pertama, adalah peranan ibu bapa dalam
menerapkan etika pada diri anak anak. Di dalam isla, kasih sayaang ibu bapa kepada anak
telah diatur dalam kandungan lagi. Seorang anak mempunyai hak untuk menerima rawatan
dan pemeliharaan (al-hadanah) daripada ibu bapa difahami sebagai pemeliharaan secara
menyeluruh dari segi kesihatan, fizikal, mental dan perkembangan pengetahuannya (Ibrahim,
Mustapha, & Sawai, 2018). Rasullah SAW bersabda dalam riwayat Bukhari & Muslim;

َ ‫ص َرانِ ِه َأ ْو يُ َم ِّج‬
‫سانِ ِه‬ ِّ َ‫ فََأبَ َواهُ يُ َه ِّودَانِ ِه َأ ْو يُن‬،ُ‫سانُه‬
َ ِ‫ َحتَّى يُ ْع ِر َب َع ْنهُ ل‬،‫ُك ُّل َم ْولُ ْو ٍد يُ ْولَ ُد َعلَى ا ْلفِ ْط َر ِة‬

“Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah hingga ia fasih (berbicara). Kedua orang
tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”

Ibu bapa adalah uswah hasanah kepada anak anak. Dengan menunjukkan nilai
tauladan yang baik ketika melayari internet antaranya ialah tidak sewenang wenangnya
berkongsi maklumat dan video tidak sah (Placeholder1)ih kepada anak anak, tidak mudah
tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui media sosial dan tidak mudah
mendedahkan anak kepada kandungan internet yang tidak berfaedah dapat menjadi panduan
kepada anak anak dalam menelusuri media massa. Bak kata pepatah, seperti ketam mengajar
anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring, tidaklah anak dapat
mempraktikkan etika dalam melayari internet jika ibu bapa tidak menjadi contoh tauladan
yang baik kepada mereka. Ibu bapa juga dapat bekerjasama dengan Forum Kandungan
Komunikasi dan Multimedia (CMCF) iaitu badan penyeliaan industri komunikasi dan
multimedia di yang mengawal kandungan siaran di Malaysia. Anak anak yang berfikiran
kudus akan mudah terjebak dengan penyebaran info yang tidak tepat di media massa, oleh
yang demikian ibu bapa dapat memuat naik aplikasi yang berkerjasama dengan SKMM
seperti FamiKit, MMGuardian, Kids360, ESET parental control dan google family link for
parents. Aplikasi yang bekerjasama dengan SKMM ini akan menapis penyebaran video,
gambar dan maklumat sebelum disebarkan di media sosial. Dengan memuat naik aplikasi ini,
anak anak akan dilindungi daripada terdedah dengan kandungan internet yang negatif seperti
penyebaran berita yang tidak sahih, video lucah, dan sebagainya.

Kedua ialah peranan sekolah dalam memupuk etika ketika melayari internet. Di
peringkat sekolah rendah, murid akan diperkenalkan dengan mata pelajaran sivik. Pendidikan
sivik ialah ilmu mengenai tatarakyat dan bagaimana memupuk wargenegara malaysia untuk
menjadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap negara. Berbeza dengan matapelajaran
lain, Pendidikan sivik memberi fokus kepada praktikal iaitu bagaimana para pelajar
mengaplikasikan ilmu sivik di kehidupan seharian. Diintegrasikan melalui empat nilai teras,
iaitu hormat-menghormati, kasih sayang, kegembiraan dan bertanggungjawab, pelajar akan
lebih mengindoktrinasikan pucuk pucuk hijau dengan nila murni dan tatasusila yang baik.
Pendidikan sivik acuan Malaysia sememangnya berbeza dengan negara-negara luar di mana
kita mempunyai masyarakat yang bersifat multietnik. Masyarakat kita bukan sahaja berbeza
dari segi etnik, Bahasa, agama budaya mahupun cara hiduo, tetapi masyarakat kita turut
mendapat acuan Pendidikan dan aliran yang berbeza beza dengan adanya sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan. Dengan itu, sememangnya wajar pendekatan Pendidikan sivik
di negara ini lebih memusatkan perhatian dalam pembentukan semangat patriotism dan
kesedaran sivik (Husna, 2018). Perkara ini secara tidak lansung akan diaplikasikan oleh para
pelajar apabila melayari internet. Ini kerana, etika yang dipelajari di dunia nyata akan
menjadi teras kepada sikap pelajar di dunia maya. Sebagai contoh, berkomunikasi secara
sopan, menghormati satu sama lain dan tidak mudah menyebarkan fitnah di dunia siber.
Selain daripada Pendidikan sivik, murid juga dapat belajar mengenai Pendidikan etika
daripada subjek Pendidikan moral, Pendidikan islam dan tasawwur islam. Perlaksanaan
kempen kesedaran juga amat penting di sekolah.

Ketiga ialah peranan kerajaan dan pihak berwajib dalam menerapkan etika di
kalangan pelajar ketika melayari internet. Undang-undang merupakan salah satu dasar
kerajaan yang diwujudkan untuk kebaikan negara. Hal ini kerana melalui undang-undang kita
dapat mengatur dan mengawal masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat
tidak menyukai undang-undang kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak bebas.
Dalam konteks Internet pula, undang-undang siber dicipta bagi memastikan netizen
menggunakan ruang siber dengan baik dan berhemah. Antara langkah yang baik dalam
menangani isu ancaman siber adalah melalui penguatkuasaan undang-undang siber. Walau
bagaimanapun, netizen masih tidak menyedari tentang kewujudan undang-undang siber dan
peningkatan angka kes jenayah siber setiap tahun. (Omar, 2019). Kerajaan perlu
menambah akta akta baharu mengikut perkembangan semasa dan menaik taraf undang
undang siber sedia ada bagi membendung penyalahgunaan teknologi maklumat dan media
sosial. Dengan memperkasakan undang undang multimedia 1998 di mana jika seseorang
individu didapati bersalah, individu tersebut boleh dedenda sebanyak lima puluh ringgit atau
dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua duanya sekali. Selain itu, masyarakat juga
dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam membendung penyebaran berita palsu iaitu dengan
membuat aduan tentang berita palsu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) dengan penguatkuasaan undang undang ini, pengguna internet akan lebih
berwaspada dalam melayari dan menyebarkan berita tidak sahih di media sosial. Selain itu,
dengan penguatkuasaan undang undang ini, para pelajar akan dilatih untuk beretika ketika
melayari internet dengan perlu berfikiran lebih kritis sebelum memuatnaik siaran yang akan
memudaratkan diri sendiri seperti video, gambar dan status yang berunsur negatif. Kerajaan
juga dapat melatih minda pelajar dalam beretika ketika memuat naik siaran dengan
mengadakan kempen kawalan seperti kempen kawalan penggunaan gadget dan kempen
keluarga bijak siber yang bertujuan untuk mendidik masyarakat beretika ketika melayari
internet.
References
(n.d.).
Afandi, M. (2017, Januari 5). Blogspot Afandi. Retrieved from KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR:
http://afandikebaikandankeburukaninternet.blogspot.com/
Alinurdin. (2019). Etika Penggunaan Internet (Digital Etiquette) Di Kalangan Mahasiswa.
pendidikan dan kewarganegaraan, 128. doi:10.32493
Had, A. (2014). Dakwah melalui internet di Malaysia: Masalah dan cabaran. Seminar
Antarabangsa Dakwah dan Etnik: Perspektif Multi Disiplin. Pusat Kajian Dakwah
Orang Asli dan Pribumi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia., 8.
Hakim, M. (2011). Ketagihan Pengguna Internet Di Kalangan Pelajar Di Bandaraya Johor
Bahru. Academia , 29.
Husna, N. M. (2018). Tahap Pengetahuan Sivik Golongan Belia-Remaja Malaysia: Kajian Ke
Atas Mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 429.
Ibrahim, H., Mustapha, M., & Sawai, J. (2018). Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam
Pengasuhan Anak dan Remaja. Asian Social Work Journal, 18-24. doi:10.47405
Jalanan, P. (2021, November 23). Kesan Negatif Penggunaan Internet. Retrieved from
Pendidik Jalanan Blogspot : https://pendidikjalanan.blogspot.com/2021/11/kesan-
negatif-penggunaan-internet.html?m=1
Lokkong. (2017, September 26). Lokkong's Blogspot. Retrieved from FAKTOR
PENYALAHGUNAAN INTERNET: http://lokkong.blogspot.com/2017/09/faktor-
penyalahgunaan-internet-1.html
Malek, M. D. (2010). Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan realiti
dunia siber. Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan realiti
dunia siber, 8.
Omar, S. Z. (2019). Dasar Keselamatan Siber Malaysia: Tinjauan Terhadap Kesedaran
Netizen dan Undang-Undang (Cyber Security Policy: Review on Netizen Awareness
and Laws). jurnal komunikasi, 103-119.
Othman, F. L. (2011). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENYALAHGUNAAN. Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej
Perniagaan, Universiti, 9.
Wikipedia. (2021, August 28). Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Retrieved from Ketagihan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ketagihan
WONG, W. (2015, March 10). ARTIKEL 4 : CABARAN. Retrieved from BPME2013
KEMAHIRAN DAN GELAGAT USAHAWANAN:
http://yeeping92.blogspot.com/2015/03/artikel-4-cabaran-dan-cara-bertahan.html

OBJEKTIF

1. Menjelaskan penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar.


2. Menjelaskan cabaran, faktor, kesan dan langkah mengatasi penyalahgunaan internet
dalam kalangan pelajar.
3. Menganalisa kaitan etika dan internet dan peranan etika kepada penggunaan internet
dalam kalangan pelajar melalui langakh mengatasinya

Anda mungkin juga menyukai