Anda di halaman 1dari 1

Nama : ________________________________________ Tarikh:_____________

Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan rakyat Malaysia. Mereka datang ke sini kerana
terdapat pelbagai peluang pekerjaan, seperti kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada
semut.
Setiap orang mempunyai kebebasan untuk memohon pekerjaan di Kuala Lumpur.
Mereka boleh memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.
Namun demikian, ada antara mereka yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang
sesuai. Usaha yang bersunguh-sungguh untuk mencari maklumat tentang peluang pekerjaan
yang ada perlu dilakukan oleh mereka. Mereka juga perlu yakin akan kebolehan diri sendiri.
Mereka yang telah mempunyai pekerjaan pula hendaklah tekun bekerja. Mereka juga
perlu sentiasa berusaha untuk berjaya dalam pekerjaan serta memajukan diri masing-
masing.




Peluang Pekerjaan di Kuala Lumpur
Ciri untuk Berjaya dalam Pekerjaan
Kita perlulah melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati yang mulia dan ikhlas.
Pekerjaan yang dilakukan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mengharapkan
pujian orang lain.

Kita hendaklah sanggup melakukan pekerjaan itu secara berkumpulan. Bekerja
secara berkumpulan dapat memberikan hasil yang lebih baik. Semasa bekerja kita
akan saling membantu dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Kita haruslah bekerja bersunguh-sungguh tanpa mengharapkan belas kasihan
orang lain. Pekerjaan yang kita usahakan sendiri lebih mulia daripada meminta-
minta kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai