Anda di halaman 1dari 16

CARA MENGAJAR PETA BULATAN

Edarkan Peta Bulatan dan


beritahu murid supaya menulis
proses pemikiran di bahagian
atas edaran MENDEFINISIKAN
MENGIKUT KONTEKS
Murid menulis nama/meletakkan
gambar mereka di tengah
bulatan kecil.
Kongsi Peta Bulatan dengan
murid yang lain atau tulis satu
perenggan pendek berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam
Peta Pemikiran tersebut.
Peta Pemikiran ini ialah PETA
BULATAN. Tuliskan nama peta
ini di bahagian bawah edaran.
Antara bulatan kecil dengan
besar, sumbangsarankan idea
tentang maklumat diri sendiri:
hobi, perkara yang disukai, dll.
Antara bulatan besar dengan
Bingkai Rujukan, tuliskan nama
orang/perkara yang
mempengaruhi atau penting
kepada mereka.
CARA MENGAJAR PETA BUIH
Agihkan Peta Buih dan murid
diminta untuk menulis Proses
Pemikiran - MENERANGKAN
atas muka surat
Peta Pemikiran ialah PETA
BUIH. Tuliskan di bahagian
bawah.
Murid menulis nama atau
meletakkan gambar mereka di
dalam bulatan di bahagian
tengah.
Di dalam bulatan luar, tuliskan
kata sifat yang menerangkan
diri murid itu.
Murid diminta melukis bingkai
rujukan dan menyatakan bukti
untuk menyokong kata sifat
tersebut.
Kongsikan Peta Buih dengan
rakan dan tuliskan karangan
pendek berdarkan maklumat
di dalam peta buih tersebut.
Cara Mengajar Peta Buih Berganda
Agihkan Peta Buih Berganda
dan murid diminta untuk menulis
Proses Pemikiran MEMBANDING
BEZA di bahagian atas edaran.
Peta Pemikiran ini ialah PETA
BUIH BERGANDA. Tuliskan
nama peta ini di bahagian
bawah edaran.
Lukiskan Peta Buih Berganda.
Murid membina secara
berpasangan. Letakkan nama
mereka di dalam 2 bulatan utama
(biru).
Tuliskan persamaan 2 orang
murid itu di dalam bulatan
hijau. Tuliskan perbezaan di
antara mereka dalam bulatan
merah.
Murid diminta melukis
Bingkai Rujukan dan menulis
bagaimana mereka tahu apa
yang mereka tahu.
Minta setiap pasangan
berkongsi 1 perbezaan dan 1
persamaan yang mereka
telah pelajari daripada rakan.
Cara Mengajar Peta pokok
Edarkan Peta Pokok dan beritahu
murid untuk meletakkan Proses
Pemikiran MEMBUAT PENGELASAN
- di bahagian atas edaran.
Peta Pemikiran ini ialah PETA
POKOK. Tuliskan nama peta ini
di bawah edaran.
Sebelum melengkapkan Peta
Pokok, tanya murid, "Apakah
perkara yang anda suka?
Galakkan perbincangan,
terutamanya pada
pengkategorian.
Tajuk ialah Perkara yang saya
suka. Setiap murid perlu
menentukan jenis dan senaraikan
kategori perkara yang digemari.
Dalam Bingkai Rujukan, murid
boleh menulis sumber
maklumat yang diperoleh.
Berikan masa untuk berkongsi
Peta Pokok yang telah dibina.
Cara Mengajar Peta Dakap
Edarkan Peta Dakap dan minta
murid menulis Proses Pemikiran
HUBUNGAN SELURUH -
BAHAGIAN di bahagian atas
edaran.
Peta Pemikiran ialah PETA
DAKAP. Ia ditulis di bahagian
bawah edaran.
Sebelum melengkapkan Peta
Dakap, tanya murid Apakah
bahagian-bahagian
komputer?
Dalam Bingkai Rujukan, murid
boleh disoal bagaimana
mereka tahu apa yang mereka
tahu.
Berikan masa untuk berkongsi
Peta Dakap
Minta murid menulis setiap
bahagian dan subbahagian
(lekatkan gambar jika ada)

Cara Mengajar Peta Alir
Edarkan Peta Alir dan minta
murid menulis Proses Pemikiran
- MEMBUAT URUTAN - di
bahagian atas edaran.
Peta Pemikiran ini ialah PETA
ALIR. Ia ditulis di bahagian
bawah edaran.
Sebelum melengkapkan Peta
Alir, tanya murid Apakah
aktiviti kegemaran kamu pada
waktu pagi? Tengah hari?
Petang? Malam?
Minta murid menulis setiap
aktiviti (lekatkan gambar jika
ada).
Dalam Bingkai Rujukan,
lengkapkan ayat Pada Hari
Impian saya, saya ingin
Beri masa untuk berkongsi
Peta Alir yang telah dibina
Cara Mengajar Peta Pelbagai Alir
Edarkan Peta Pelbagai Alir dan
minta murid menulis Proses
Pemikiran - SEBAB DAN AKIBAT
- di bahagian atas edaran.
Peta Pemikiran ini ialah PETA
PELBAGAI ALIR. Ia diletak
di bahagian bawah edaran.
Sebelum melengkapkan Peta
Pelbagai Alir, tanya murid
Apakah yang ingin anda
baiki pada diri anda?
Pilih satu perkara untuk
dibaiki dan nyatakan sebab
dan kesan perkara tersebut.
Dalam Bingkai Rujukan, minta
mereka pertimbangkan
pengetahuan sedia ada untuk
menetapkan sasaran dan cara
untuk mencapai matlamat.
Berikan masa untuk
berkongsi Peta Pelbagai Alir
yang telah dibina.
Cara Mengajar Peta Titi
Peta Pemikiran ini ialah PETA
TITI. Ia diletak di bahagian
bawah edaran
Sebelum melengkapkan peta,
tanya murid Apakah mata
wang bagi setiap negara?
Minta mereka berbincang dan
tulis Faktor Penghubung.
Tuliskan satu mata wang di
atas garisan pertama.
Tanya murid- Negara mana
menggunakan mata wang
tersebut? Tuliskan jawapan di
bawah garisan pertama.
Kemudian, teruskan dengan
mata wang dan negara yang
lain.
Berikan masa untuk
berkongsi Peta Titi yang
telah dibina.
Edarkan Peta Titi dan minta murid
menulis Proses Pemikiran
MELIHAT ANALOGI - di bahagian
atas edaran.
Faktor
penghubung
as
as
as

Anda mungkin juga menyukai