Ayat majmuk Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual olehnya.
Ayat ( a ) dan ( b ) digabungkan dengan kata hubung lalu, sementara ayat( c ) dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk. Ayat-ayat tunggal
(a) Masalah itu tidak sukar. (b) Kami mengatasi masalah itu.
Ayat majmuk Untuk kami mengatasi masalah itu tidak sukar.
Ayat majmuk gabungan campuran. Bahagian objek dalam ayat kecil, iaitu `masalah itu berkongsi dengan bahagian subjek dalam ayat induk, iaitu `masalah itu dalam ayat komplemen dengan menggunakan kata hubung komplemen `untuk.
Ayat-ayat tunggal
(a) Saya tidak hadir
(b) Saya dihidapi demam kuning.
Ayat majmuk Saya tidak hadir kerana dihidapi demam kuning.
Ayat majmuk keterangan menggunakan kata hubung kerana.
Ayat-ayat tunggal
(a) Amri memerhatikan keadaan di sekelilingnya.
(b) Amri menikmati udara segar.
Ayat majmuk Amri memerhatikan keadaan di sekelilingnya sambil menikmati udara segar.
* Ayat majmuk gabungan menggunakan kata hubung sambil.
Cerakinkan ayat-ayat majmuk berikut menjadi ayat tunggal. Ayat majmuk Pak Mail menyiang sementara Cik Salma menggoreng ikan parang. Ayat-ayat tunggal (a) Pak Mail menyiang ikan parang.
(b) Cik Salma menggoreng ikan parang.
Ayat Majmuk
Fatin bertungkus-lumus belajar tetapi Rafiq bermain komputer sejak petang semalam.
Ayat ayat tunggal (a) Fatin bertungkus-lumus belajar sejak petang semalam.
(b) Rafiq bermain komputer sejak petang semalam.
Ayat majmuk
Halimah memilih bunga ros manakala Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumah mereka.
Ayat-ayat tunggal
(a) Halimah memilih bunga ros untuk hiasan rumahnya.
(b) Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumahnya.
Ayat Majmuk
Shafie atau Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.
Ayat-ayat tunggal (a) Shafie akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.
(b) Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.
Tukar ayat-ayat di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya
Ayat biasa
Syarikat pengedar komputer di Malaysia tumbuh dengan pesat kini.
Ayat songsang Tumbuh dengan pesat kini syarikat pengedar komputer di Malaysia. Ayat biasa Sudah dua tahun Azman menjadi jurutera setelah menamatkan pengajian di universiti.
Ayat songsang Setelah menamatkan pengajian di universiti sudah dua tahun Azman menjadi jurutera. Ayat biasa Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu. Ayat songsang Untuk memenangi pertandingan itu kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh
Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan berikut menjadi ENAM (6) ayat dengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya.
Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan amatlah dialu-alukan. Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import, cumamentaliti segelintir rakyat yang belum berubah. Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian,alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial yang mampu memberi kepuasankepada pelanggan dan patut dikekalkan penggunaannya. (i) Langkah kerajaan menggalakkan rakyat mengguna- kan barangan tempatan amatlah dialu-alukan.
(ii) Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import.
(iii) Mentaliti segelintir rakyat belum berubah.
(iv) Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian, alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial.
(v) Barangan tempatan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan.
(vi) Barangan tempatan patut dikekalkan penggunaannya.