Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM : MINGGU KEEMPAT

Minggu : Minggu Keempat


Tarikh : 16 Februari 2014 20 Februari 2014
Tajuk : Murid Tidak Menghantar Latihan
MASALAH MURID TIDAK MENGHANTAR LATIHAN
1. Masalah
Pada minggu keempat, saya menghadapi masalah murid tidak menghantar
latihan yang telah diedarkan kepada mereka. Walaupun guru menegaskan murid
perlu menghantar latihan untuk disemak oleh guru, namun masih terdapat murid
yang tidak cakna akan hal tersebut.
2. Analisis
Masalah tidak menghantar latihan untuk disemak berlaku disebabkan kadang
kala murid tidak membawa buku untuk dihantar pada masa yang telah ditetapkan
oleh guru. Selain itu, murid tidak menghantar latihan disebabkan mereka tidak
menyiapkan latihan tersebut. Malah ada segelintir murid yang memandang
enteng arahan guru untuk menghantar tugasan pada masa yang tepat. Murid
juga tidak menghantar tugasan kerana kurang minat untuk menguasai topik
pembelajaran.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
a. Saya perlu memberi peringatan kepada murid untuk menghantar latihan
tepat pada masa yang diarahkan guru.
b. Saya akan memberikan peneguhan positif kepada murid yang
menghantar latihan tepat pada masa misalnya dengan memberikan tanda
bintang pada buku latihan murid.
c. Murid yang tidak menyiapkan latihan perlu didenda sekiranya masalah ini
berlarutan.
d. Saya akan menggalakkan murid untuk berbincang dengan rakan sebaya
bagi menyiapkan latihan yang diberikan guru.
e. Saya akan memberi latihan yang bersesuaian dengan tahap penguasaan
murid.
4. Tempoh masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Sekiranya masalah ini
tidak diatasi secepat mungkin, sudah tentu saya akan menghadapi kesulitan
untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap topik pembelajaran.
5. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama dari murid untuk menghantar latihan pada masa
yang telah ditetapkan. Di samping itu, saya akan meminta nasihat daripada guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing supaya masalah ini dapat diselesaikan
dengan cara yang lebih baik.
6. Tindakan Susulan
Sebagai seorang guru yang berdedikasi, saya bertanggungjawab untuk
memberikan dorongan dan nasihat yang baik kepada para pelajar. Saya akan
menasihati para pelajar supaya mempunyai kesungguhan untuk menyiapkan
latihan sekaligus dapat menghantar tugasan yang diberikan tepat pada
masanya.
Tandatangan guru pelatih
...........................................
(ZAINAB ASILAH BT ABDULLAH)
Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah pembimbing
Tandatangan
Nama
Tarikh
Tandatangan
Nama
Tarikh

Anda mungkin juga menyukai