Anda di halaman 1dari 31

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

MEMAHAMI PELAJAR DAN LATAR


BELAKANG BUDAYA : MELAYU
KUMPULAN 17

1. NOOR HASHIMAH BT ABD HALIL M20122001330
2. SITI SAFURA BT MAT DAUD M20122001373
3. RAMANI A/P RAMACHANDRAN M20122001841
PENUTUP
DEFINISI
STEREOTYPE
SEJARAH
AKADEMIK
ISU TERKINI

MASYARAKAT MELAYU
Adat
Bahasa
PENGENALAN
SAJAK
ASAL USUL
KAJIAN VIDEO 2
VIDEO 1..
TOKOH 1
AKADEMIK
TOKOH 2
AKADEMIK
Apa itu budaya
Amir Hasan Dawi, 2002: ciri-ciri atau hasilan tingkah
laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia
daripada persekitaran sosialnya
Tylor, 1871 :
keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-
undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang
diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat
SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIAL
MASYARAKAT
Kemunculan istilah melayu
Bermula dengan konsep kerajaan
bukannya bangsa atau bahasa.
Kerajaan Melaka mulanya istilah
melayu yang merujuk kepada bangsa dan
bahasa.

Rumpun Melayu
Masyarakat yang mendiami wilayah-
wilayah Indonesia, Semenanjung Malaysia,
Selatan Thailand (Patani), Brunei
Darussalam dan Selatan Filipina
(Mindanao).

ASAL USUL BANGSA MELAYU
Austronesia
Melayu-Proto
Melayu-Deutro
Definisi Melayu
Perlembagaan Malaysia - seseorang yang
menuturkan bahasa Melayu sebagai
bahasa ibundanya, mengamalkan cara
hidup melayu dan menganut agama Islam.

Dr. Mustafa Abubakar, (2008) - seorang
yang dicirikan dari tutur kata dalam
bahasa Melayu, beragama Islam, dan
menjalani tradisi dan adat istiadat Melayu.
Ismail, (1991)
Van der Tuuk - Melayu bererti penyeberang,
yang mana orang melayu menyeberang atau
menukar agamanya dari Hindu- Budha kepada
Islam.
Harun Aminurrashid - Melayu berasal dari
istilah bahasa sanskit iaitu malaya, atau dari
perkataan Tamil iaitu malai yang bererti bukit
atau tanah tinggi.
KAREKTOR BUDAYA UMUM
ASPEK BUDAYA
ASPEK RAS
ASPEK GENDER
ASPEK ETNIK
ASPEK BAHASA ASPEK AGAMA
ASPEK EKONOMI ASPEK IDENTITI
ASPEK BUDAYA

Warisan sosial yang diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi. Budaya material orang melayu adalah seperti
keris,pakaian.

Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam budaya
melayu seperti adap dengan orang yang lebih tua, saling
hormat menghormati, berbudi bahasa, adat resam.

adat resam seperti upacara merenjis dalam majlis
perkahwinan. ( adat zaman hindu-buddha)
ASPEK RAS

pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan
seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.
Secara keseluruhannya masyarakat Melayu berkulit sawo matang atau coklat
kemerah-kemerahan.

Menurut manuskrip Tarikh Patani yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun
1500 Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang
ilmuwan Melayu yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja
Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani:-

Adapun orang Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manis. Rupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.

Hal ini telah membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulu kala berkulit
hitam manis. Ekoran daripada perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa
asing seperti India, Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya dari
Sumatera maka lahirnya masyarakat melayu yang memiliki warna kulit sawo
matang atau coklat kemerah-merahan.

Petikan Manuskrip Tarikh Patani
Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
(orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.

Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang ke
Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab (di
Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang
Melayu (Langkasuka).

Dan banyaklah orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).

Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang
Melayu di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa
isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir (Khmer) kerana berniaga ke negeri
tersebut.

Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk
(ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
(yang) bernama (Raja) Bangsa.

Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.
ASPEK GENDER

terbahagi kepada dua iaitu lelaki dan perempuan.

zaman Kesultanan Melayu Melaka kaum lelaki
memainkan peranan penting dalm pencarian nafkah
dan pengurusan keluarga.

zaman kini - menyamaratakan hak ke atas perempuan.
Kaum perempuan ramai yang berjaya memegang
jawatan tinggi dalam pekerjaan dan dalam sistem
pemerintahan kini.

ASPEK ETNIK

Kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam (adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi).

Sebahagian etnik melayu datang dari sekitar Kepulauan Melayu
(cth: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu-Patani.)

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan
kolonial Eropah terbentuk melalui proses semulajadi tanpa
sebarang rancangan pemaksaan.

Hasilnya telah mewujudkan interaksi yang harmoni dengan
penduduk, alam sekitar, sistem sosial, politik dan agama. Mereka
secara sukarela sangggup berkahwin dengan penduduk tempatan.

ASPEK BAHASA

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa
Nusantara
Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga
abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. - Bahasa Melayu
telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu,
banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) ke atas Bahasa
Melayu telah berkembang pesat.
Pengenalan tulisan Jawi ketika itu menyebabkan
perkembangan ilmu berlaku dari aspek Kesusasteraan,
Teologi, Falsafah dan Tasawuf.
Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa
rasmi kebangsaan melalui Perlembagaan Malaysia perkara
152[1].

ASPEK AGAMA

1. Animisme percaya kepada kuasa-kuasa dan ilmu Ghaib
2. Hindu- Buddha
3. Islam
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang laut Melaka
yang berteraskan Islam.
- Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil urus tadbir
berteraskan Islam.

Kedatangan Inggeris ke alam Melayu - konsep pemikiran pemisahan
negara dan agama. Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan
manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan. Inggeris telah
memperkenalkan system pentadbiran berasaskan tiga unsur iaitu
perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Selepas kemerdekaan, agama Islam adalah agama rasmi Negara kita
Malaysia. Melalui Perlembagaan Malaysia merujuk kepada Perkara [3]
memperuntukkan agama islam sebagai agama rasmi persekutuan
Malaysia.

ASPEK EKONOMI

Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua
bahagian iaitu pertanian dan lautan.
Penduduk mengusahakan kawasan pertanian bagi
menghasilkan keperluan makanan sendiri. Jika ada
lebihan akan digunakan sebagai keperluan pertukaran
ataupun simpanan semasa kecemasan.
mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau hasil laut
secara sambilan berselang seli dengan kerja utama
pertanian.
abad ke-19 kegiatan utama masyarakat Melayu adalah
pertanian iaitu huma dan sawah.
Bagi orang Melayu yang pekerjaan utamanya ke laut,
mereka beralih ke kerja galian dan hutan semasa musim
tengkujuh. Mereka akan pergi ke pulau-pulau yang
mempunyai gua untuk mengeluarkan hasil sarang burung
atau hasil lainnya seperti baja.


Orang tengah (pengantara) dalam perniagaan ialah pemerintah
dan pemimpin tempatan. Perniagaan diperluaskan dengan
kawasan jiran tetangga melalui jalan darat atau jalan laut.
Perdagangan dalam sistem ekonomi tradisional Tanah Melayu
mencapai peringkat termasyur di Melaka pada abad ke-15 dan ke-
16.
kedatangan islam telah menyebabkan perdagangan satu sistem
ekonomi yang terpenting bagi orang-orang Melayu.
Dasar Ekonomi Baru [DEB] yang telah dijalankan oleh kerajaan
telah menjadikan orang Melayu mampu bersaing dengan kaum
lain dari pelbagai aspek.
Perlembagaan menjadi asas pelaksanaan sistem politik, sosial
dan ekonomi.

1. Tanah Rezab Orang Melayu
2. Perkara 153 Perbezaan Kuota Mengenai Perkhidmatan,
Permit, dsb untuk Orang Melayu
3. Perkara 3 didalam Perlembagaan Malaysia
Perkara ini memperuntukkan kedudukan agama Islam
sebagai agama Persekutuan yang tidak membawa erti bahawa
Islam itu menjadi ideologi atau pegangan Negara.
4. Perkara 152 Kedudukan Bahasa Melayu
5. Perkara 32, 33, 38 Kedudukan Raja-Raja Melayu





ASPEK IDENTITI
STEREOTYPE DAN SALAH
TANGGAPAN
MAKSUD : konsep yang didokong oleh
satu-satu kelompok sosial terhadap
kelompok sosial yang lain.
menggambarkan kebijaksanaan manusia
menyatakan secara tepat tentang satu-satu
realiti sosial.

STEREOTYPE DAN SALAH
TANGGAPAN (MELAYU)
adat
bahasa
terlalu taksub dengan bahasa sendiri
Dari aspek komunikasi lisan, makna
kepada satu-satu perkataan mungkin
berbeza di antara satu negeri dengan
negeri yang lain
penilaian seseorang berdasarkan kepada
kumpulannya di mana menilai seseorang
sebelum mengetahui maklumat
latarbelakang dengan lengkap
adat yang dipengaruhi adat Hindu
dan Buddha
adat yang dipengaruhi zaman
Hindu/Buddha dan Islam
adat yang berteraskan Islam.
PENCAPAIAN AKADEMIK
zaman kegemilangan Melaka
Zaman Pemerintahan British.
Zaman Selepas Merdeka
Zaman Kegemilangan Melaka

Pendidikan adalah berteraskan ajaran
Islam dan kitabnya adalah kitab Al-Quran.
Pondok, Surau dan masjid
Zaman Pemerintahan British.
Sistem pendidikan yang berteraskan
pendidikan Inggeris
Sekolah vernakular -Melayu, sekolah
vernakular Cina, dan sekolah vernakular
Tamil
Zaman Selepas Merdeka
Laporan Razak 1956 yang dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957
dan Laporan Rahman Talib 1960 menjadi perintis ke arah pengukuhan
sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.
Akta Pelajaran 1961 pula bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan
Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka
memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan demi kepentingan
masyarakat Malaysia yang majmuk.
Semasa rancangan Malaysia kedua, iaitu 1971-1975, rancangan pendidikan
negara ditumpukan pada tiga bidang, iaitu: (1) menyatukan sistem pelajaran
bagi menggalakkan perpaduan negara, (2) memperluaskan rancangan
pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat, dan (3)
memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju
berasaskan sains dan teknologi moden.
Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-
nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Pelaksanaan sekolah integrasi atau sekolah wawasan merupakan salah satu
rancangan kerajaan untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia.


Tokoh Melayu yang disegani

1. DR. SYEIKH MOHAMAD IDRIS BIN ABDUL RAUF
AL-MARBAWI,
Sumbangan
- menyusun kamus Arab-Melayu atau
dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi
yang diterbitkan dalam tahun 1937 dan
telah diulang cetak lebih daripada 24
kali.
- kamus Arab-Melayu yang terunggul
sekali di Nusantara sehingga hari ini.

-
TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.
-Mantan Perdana Menteri Malaysia.
- pembangunan negara telah
mengangkat Malaysia ke pentas
dunia sebagai salah sebuah negara
yang berdaya maju di Asia
Tenggara sehingga pernah
dinamakan sebagai salah sebuah
negara 'Harimau Ekonomi Asia'
- menghasilkan buku-buku tentang
nasib orang-orang Melayu
contohnya The Malay Dilemma
(1970) dan Menghadapi Cabaran
(1976).
PERKEMBANGAN TERKINI
DALAM MASYARAKAT
MELAYU
Etnik Melayu amat mengagumkan dan
memberangsangkan. Buktinya hampir kesemua
pejabat kerajaan pucuk kepimpinannya diisi oleh
golongan intelektual Melayu. Tidak kurang juga
kepimpinan etnik Melayu sektor swasta.
Perkembangan dalam masyarakat juga terpacar
menerusi bilangan kaum hawa yang menyandang
jawatan yang bertanggungjawab mengambil
keputusan. Ini terbukti dengan lantikan Gabenor
Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
pada tahun 2000. Majalah Seri Dewi & Keluarga,
Group Majalah Karangkraf Sdn Bhd, Februari
2014 turut mengeluarkan artikal mengenai Dato
Hajah Sutinah Sutan yang merupakan Timbalan
Ketua Pesuruhsaja (Pencegahan) SPRM. Wanita
cemerlang ini merupakan anak pemandu teksi. Ini
jelaskan membuktikan yang masyarakat Melayu
yang asal sebagai petani telah menceburi bidang
bidang lain sehingga mencapai pucuk
kepimpinan Negara.
KAJIAN KES DAN ISU
Kajian oleh Khairol Anuar bin Kamri dan Mansor bin Mohd Noor
tentang Ikatan Hubungan Antara Etnik dan Pengaruhnya
Terhadap Kesepaduan sosial Angota Polis Diraja Malaysia dalam
Jurnal Pengurusan Awam, Julai 2013 didapati ikatan batas sosial
tidak mempunyai perkaitan langsung yang signifikan dengan
kesepasukan sosial anggota polis. Menurut Khairol anuar dan
Mansor peningkatan ikatan batas sosial tidak mempengaruhi
secara langsung kesepaduan sosial anggota polis. Namun, ia
mempengaruhi secara tidak langsung. Ikatan batas sosial hanya
mempengaruhi kesepaduan sosial PDRM dengan adanya faktor
tadbir urus pembangunan negara yang baik.
ISU TERKINI

1. SEMAKIN KURANG CINTAI BAHASA MELAYU?
- Azman Anuar, Mingguan Malaysia, 27 April 2014.
Ulasan mengenai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM)
2014.
- Hujah yang diutarakan oleh peserta Korea, Kim Woo Jung
mengenai sikap pelajar Malaysia terhadap Bahasa Melayu.

2. MASYARAKAT MELAYU KINI KIAN LUPA WARISAN NENEK
MOYANG.
- Nur Farhani Che Ad, Berita Harian 27 April 2014.
Menurut Muhammad Nazaruddin, Pengerusi Festival Warisan
Melayu
- festival diadakan bagi mewujudkan kesedaran terhadap warisan
melayu yang kian terhakis dalam jiwa masyarakat.

kembali

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual



Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan: Usman Awang
KESIMPULAN
Orang Melayu tidak begitu terpengaruh dengan perubahan dan
suasana sekeliling - perubahan diterima dengan penyesuaian
keadaan setempat yang mana unsur-unsur tradisi dari segi politik,
ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu dapat
dikekalkan sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai