Anda di halaman 1dari 1

3 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara KALAH MATI dan LIGA seperti berikut:-
3.1 Pusingan Pertama
3.1.1 Semua pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan ( A dan B ) dan pertandingan dilaksanakan secara
KALAH MATI.
3.1.2 Penetapan pasukan dalam kumpulan akan ditentukan oleh pihak pelaksana program.
3.2 Pusingan Kedua
3.2.1 Kesemua pemenang melalui sistem KALAH MATI dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan suku akhir dan
pertandingan akan dijalankan secara LIGA dalam kumpulan.
3.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
3.2.3 Pasukan yang berada pada kedudukan pertama dalam kumpulan akanmemasuki Perlawanan Akhir bagi
penentuan Juara/ Naib Juara. Manakala pasukan yang berada pada kedudukan kedua dalam kumpulan akan
bertanding bagi tempat ketiga / keempat.
4 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

4.1 Secara Liga
Cara Memberi Mata
Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
4.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti
berikut :
4.1.1.2 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
4.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
4.1.1.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
4.1.1.5 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
4.2 Secara Kalah Mati
4.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, balingan percuma (BALINGAN
7 METER) akan dijalankan seperti berikut :
4.2.2.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-
seli oleh 5 pemain.
4.2.2.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli dengan sistem Sudden
death sehingga keputusan diperoleh.
4.2.2.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
4.2.2.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.
4.2.2.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter.
4.2.2.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar
garisan balingan percuma.
4.2.2.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
4.2.2.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai