Anda di halaman 1dari 3

ISL MINGGU 5

Mengumpul maklumat tentang faktor dan implikasi ketaksamaan pendidikan daripada


pelbagai sumber. Sumber dipilih ialah internet.

FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
i. Kelas sosial
Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama
bandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan
Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan
dasar pemerintahan pecah dan perintah.
Di pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi
pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap
pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M).

ii. Jantina
Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya,
kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh
satu-satu jantina sahaja.
Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki
sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal,
dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula
dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang
terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang
keguruan, kedoktoran serta kulinari.

iii. Kumpulan minoriti:
Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah
golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga
termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus
pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya
yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman.
Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata. Golongan
yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki buli
dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong
daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang
bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa
yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan
dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil
perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat
sama rata dalam peluang pendidikan.

iv. Murid bekeperluan khas:
Antara murid yang bekeperluan khas ialah seperti berikut:
Kerencatan mental
Bermasalah pembelajaran
Kecelaruan tingkah laku
Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
Cacat penglihatan
Cacat fizikal
Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

IMPLIKASI KETAKSAMAAN PENDIDIKAN
1) Individu: membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan
normal pelajar lain. Jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini
kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar
lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan
pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

2) Keluarga: Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti,
sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek
pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan
yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli
oleh masyakarat lain.


3) Negara: Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan
berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah
semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat
dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak
mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan
dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif
bakal terjadi.
Sumber : http://norhayatyismail.blogspot.com/2011/08/ketaksamaan-peluang-
pendidikan_04.html

Anda mungkin juga menyukai