Anda di halaman 1dari 2

BAB I

PENDAHULUAN
A. Latar Belakang Masalah
Masalah perniagaan adalah salah satu bahasan yang amat pentinga
dalam Islam. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak
memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau
bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam
perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat
yang betul serta perlaksanaan yang betul.
Allah berfirman dalam, surat An-Nur yang artinya:
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli
dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan
zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan
pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37).
Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga. Yang antara lain
adalah:
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi
syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang pandai bercakap,pandai
menyampaikan.
5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak
marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir
dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang
Islam. Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.
B. Rumusan Masalah
Adapun rumusan masalah yang akan dibahas dalam makalah ini adalah:
1. Apakah yang dimaksud dengan jual beli dan bagaimana pandangan
Rasulullah melalui hadits-haditsnya mengenai jual beli tersebut?
2. Apa yang dimaksud dengan Mudharabah dan bagaimana hadits yang
menerangkan mengenainya?
3. Apakah yang menjadi pengertian dari Ijarah dan hadits yang menerangkan
mengenai Ijarah?
4. Apa yang dimaksud dengan Rahn dan bagaimana dalilnya?
C. Tujuan
Adapun tujuan dibuatnya makalah ini adalah untuk:
1. Memenuhi salah satu tugas dari mata kuliah Muamalah.
2. Untuk menegetahui apa dan bagaimana dalil yang mendukung dan
mengatur mengenai Jual beli.
3. Untuk mengetahui dan mencari dalil yang membahas masalah
Mudharabah.
4. Untuk mengetahui Pengertian mengenai Ijarah dan dalil yang
menerangkannya.
5. Mengetahui dan mencari dasar hukum mengenai Rahn.

Anda mungkin juga menyukai