Anda di halaman 1dari 20

1

IDEOLOGI DAN UTOPIA DALAM PEMIKIRAN KEAGAMAAN


MASYARAKAT MELAYU

SEMESTER 1 SESI AKDEMIK 2012/2013

NAMA : MOHD SUFI BIN ZAMZAM
NO. MATRIK : JEC110006
TAJUK KURSUS : ETHNOGRAFI MELAYU
KOD KURSUS : JCEA3372
PENSYARAH : ENCIK AHMAD HAKIMI BIN KHAIRUDDIN




2

1.0 Pengenalan
Islam itu pada hakikat batinnya dengan kesuciannya dan kemurniannya dan
keluhurannya dan keagungannya tetap sama Islam jua, tiada tersentuh oleh
pencabulan masa dan kekaburan atau perubahan seperti yang telah berlaku pada
agama-agama dan falsafah-falsafah lain. Oleh kerana Islam itu hakikat yang
sebenarnya maka tiadalah dapat dia dipalsukan atau diroboh-ganti dan ditokok-
tambah oleh akal insani atau oleh gejala-gejala peredaran masa dan sejarah. (Syed
Muhammad Naquib al-Attas). Persoalan pemikiran dan orientasi keagamaan
seringkali terabai atau senyap malahan seperti tiada dalam perbincangan agama
masyarakat Melayu. Ada beberapa sebab mengapa ianya tidak dibincangkan dan
dibangunkan.
Pertama, agama itu seringkali dianggap sebagai suatu yang kudus dan tidak
tersentuh oleh hukum-hukum alam yang bersifat mencemarkan (profane). Dalam
lingkungan ini, keseluruhan aspek keagamaan dilihat sebagai wahyu yang turun dari
langit tanpa adanya mediasi antara sesama manusia dalam kalangan kelompok
sosial tertentu. Makanya, tidak timbul keraguan tentang penafsiran keagamaan
yang terselindung dalam aspek-aspek temporal dan relatif mengikut dimana, siapa,
dan bagaimana ianya datang dan dipergunakan sehingga dianggap suci dan sakral.
Kedua, kurangnya kesedaran dan pengetahuan sosiologi yang mendalam
mengandaikan adanya evolusi pemahaman agama mengikut hukum-hukum sosial.
Dalam erti kata lain, pemahaman sosiolgi sebegini melihat adanya agensi manusia
dan keterkaitannya dalam lingkungan sosial di mana ia berada dalam keadaan
menimbulkan perbezaan pemahaman agama dari aspek doktrinal mahupun secara
praktis.
3

Ketiga, hampir tidak ada kesedaran sejarah yang melihat perkembangan
agama sebagai sesuatu yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah sehingga
melahirkan pelbagai aliran pemikiran keagaman yang saling bertembung dan
berlawan antara satu sama lain di dalam menegakkan kesahihan pemahaman
penafsiran masingmasing. Harus dinyatakan bahawa ketiga-tiga faktor ini saling
berhubungkait sehingga dalam pemikiran dan orientasi keagamaan menjadi kabur
dan berlegar di dalam wilayah yang tidak difikirkan.

2.0 Permasalahan Kajian
Dalamn kajian ini akan dinyatakan tentang ideologi dan utopia dalam pemikiran
keagaman masyarkat Melayu serta parti politik terlibat. Contohnya ialah, dari segi
pemikiran utopia yang sedang melingkari orang Malayu kini serta ideologi-ideologi
parti politik yang pada hakikatnya menambah kerosakkan dan kesesatan pemikiran
orang Melayu.

3.0 Objektif Kajian
i. Tujuan kajian ini dijalankn adalah untuk Mengenalpasti lebih lanjut tentang
ideologi dan utopia dalam pemikiran keagaman orang Melayu.
ii. Meneliti idoelogi dan utopia dalam pemikiran keagaman yang dibawa oleh
parti-parti politik di Malaysia khususnya UMNO dan PAS.


4

4.0 Metologi Kajian
Kaedah penyelidikan yang dipakai adalah kaedah sekunder iaitu kaedah
perpustakaan. Ia tertumpu pada buku-buku yang ada dalam perpustakaan tersebut.
Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk adalah menjadi keutamaan untuk di jadikan
instrumen kajian dan selain daripada buku, tesis-tesis, journal dan majalah juga ada
banyak terbabit dalam kajian perpustakaan ini.
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuat tugasan bagi kursus ini. Namun
mengikut kajian yang diperoleh telah memberi banyak pengetahuan tentang perihal-
perihal politik yang sedang berlega kini. Ini merupakan satu kajian yang begitu
produktif kerana melalui banyak pembacaan ia telah memberi input atau
pengetahuan dan boleh dikatakan sebagai satu praktikal yang berunsur teori yang
boleh dijadikan sebagai panduan untuk masa depan.

5.0 Literature Riview
Menurut pemikir HungariaJerman, iaitu Karl Mannhein (1958) dalam bukunya yang
bertajuk Ideology and Utopia: An Introduction to the Sociology of Knowledge. Dalam
hal ini, pentinglah kita mengenengahkan pendekatan sosiologi ilmu. Penerapan
sosiologi ilmu ini dapat menbedah dan merungkai persoalan keterkaitan produk dari
penafsiran agama dengan latar dan lingkungan sosial yang membentuk sesuatu
penafsiran itu. Dalam erti kata lain juga, pendekatan sosiologi ilmu dapat
menjelaskan mengapa sebagai idea, tafsiran atau memahaman tertentu diterima
pakai sementara sebahagianya pula ditolak, malah ditendang.
5

Ianya juga melihat pada corak pemikiran yang ada padanya terselit di dalam
kepentingan kelompok yang mengambur makna sebenar mengapa sebahagiannya
menjadi dominan dan yang lainya terpinggir di dalam masyarakat. Pada masa yang
sama, aspek agensi manusia menjadi ketara dalam akumulasi, preservasi,
reformulasi dan penyebaran ke dalam sesuatu kelompok mengikut afiliasi kelas,
penerimaan dan prestij dan sebagainya, menjadi tumpuan dalam sosilogi ilmu.

6.0 Analisis kajian
Bidang sosiologi intelektual merupakan bidang paling penting untuk dikembangkan
dalam ilmu-ilmu sosial. Mannheim menyatakan bahawa kelas proletariat merupakan
kelompok sosial yang pertama sadar akan identiti sosialnya, sedangkan kaum
intelektual merupakan kelompok terakhir yang berusaha untuk mengerti kepentingan
sosialnya (Mannheim 1993:74). Bertolak dari penjelasan mengenai kelas oleh kaum
proletariat yang menganggap tidak adanya kemungkinan kaum intelektual menjadi
hal yang berbeza selain menjadi kelas tertentu, munculnya kesedaran seperti ini di
kalangan kaum intelektual dianggap sebagai hal yang sulit terjadi (Mannheim
1993:7475). Bidang sosiologi intelektual diharapkan dapat memberikan
pemahaman mengenai posisi kaum intelektual dalam masyarakat.
Dalam situasi Dunia Ketiga adalah untuk memahami identiti sosial, kaum
intelektual dan kemungkinan peranannya dalam masyarakat. Hal ini menjadi lebih
penting dalam masyarakat, tempat kaum intelektual menjadi kelompok yang tidak
memiliki keberanian dan tidak berada di posisi yang sesuai. Dalam situasi seperti
ini, satu masalah yang penting adalah yang berkaitan dengan pengertian kaum
intelektual terhadap pemikiran sosio-keagamaan dalam masyarakatnya. Hal ini
6

merupakan suatu pensyaratan yang seharusnya dipenuhi, jika kaum intelektual ingin
memberikan sumbangan pemikiran yang dapat memperkuatan masyarakat. Namun,
hal itu jarang dilakukan di kalangan pakar ilmu-ilmu sosial muslim dan Malaysia.
Signifikansi seperti ini dapat dipahami jika kita melihat permasalahan melalui konsep
ideologi dan utopia yang telah diungkapkan oleh Karl Mannheim 1936: ms 36.
Kata ideologi pertama kali dikumandangkan oleh Antoine Destutt de Tracy
(1754-1836) yang hidup pada masa revolusi Perancis. Perubahan pengertian
ideologi terjadi seiring tampilnya tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels dalam The
German Ideology (1846). Marx yang menyusuri masyarakat kapitalis
mengemukakan bahawa ideologi lahir dari sistem masyarakat yang terbagi dalam
kelas-kelas. Karl Marx menyimpulkan bahawa ideologi dalam masyarakat kapitalis
yang terpolarisasi antara kelas kapitalis dan kelas pekerja tidaklah berbicara tentang
kebendaan atau kenyataan empiris tetapi berbicara tentang kemanfaatan,
kepentingan dan keuntungan.
Perkembangan pengertian ideologi selanjutnya dipengaruhi oleh para pengikut
Marx seperti Lenin dan Antonio Gramsci yang menunjukan minat yang lebih besar
terhadap kajian tentang ideologi. Dalam pandangan Lenin seorang pemimpin
Revolusi Sosialis Rusia ideologi merupakan idea yang berasal dari kelas sosial
tertentu yang berfungsi untuk mendukung kepentingan-kepentingan kelas tersebut.
Antonio Gramsci juga mengembangkan pengertian ideologi berdasarkan adanya
hegemoni kaum dalam masyarakat kapitalis. Dalam pemikirannya, sistem kapitalis
dapat berdiri kukuh kerana didukung oleh ketidaksamarataan kekuatan ekonomi,
politik, serta hegemoni idea dan teori baru.
7

Dalam kajian yang dilakukan Charles F. Andrain (1922, 82-84) ditemukan empat
nilai yang merupakan sumber pembentukan identiti bersama. (1) primordial iaitu
bersumber pada nilai-nilai yang dihayati oleh kelompok-kelompok etnik; (2) nilai
sakral yang berasal dari nilai agama dan ideologi; (3) nilai personal yang akan
muncul seiring dengan tampilnya pemimpin-pemimpin berkarisma yang mampu
mempersatukan bangsa; (4) sivil, nilai yang mengarah pada penciptaan sistem
politik yang mampu mengembangkan kecintaan warga negara terhadap bangsanya;
Dari keempat-empat nilai tersebut, ideologi merupakan nilai sakral yang menjadi
salah satu sumber pembentukan identiti bersama.
Di antara buku terpenting dalam mengenali pendekatan sosiolgi ilmu ialah karya
Karl Mannhein, ialah Ideology and Utopia. Di dalam buku ini, dapat kita rumuskan
beberapa aspek penting dari kaedah sosiologi ilmu yang tersedia pakai.
a) Sesuatu idea tidak wujud dalam kondisi vakum. Maknanya, setiap idea yang
ada dalam masyarakat telah terkondisi dalam lingkungan sosial, sejarah,
ekonomi, politik mahupun ideologi.
b) Di dalam setiap masyarakat, kelompok sosial menjadi ketara. Setiap
kelompok dapat dikenali melalui perilaku, cara berfikir atau aksi serupa yang
dikongsi oleh ramai individu di dalamnya.
c) Walaupun setiap invidu mampu berfikir secara sendiri, tidak semua pendapat
dan sentiment yang terbit dan muncul secara nutural dari dalam diri individu
tersebut. Sebaliknya, seringkali individu tersebut mengambil idea dan
sentiment yang berlegar di dalam kelompok sosialnya.
d) Manusia tidak bertindak dalam lingkungan sosialnya secara persendirian.
Sebaliknya, dia bertindak sengan atau bertentangan dengan manusia-
manusia lain di dalam kelompok-kelompok teratur yang beragam. Di dalam
8

rangka ini juga, mereka akan berfikir dengan atau bertentangan antara satu
sama lain. Makanya, terjadi pertarungan idea (competition of ideas) dan
deminasi kelompok (group dominance) dalam masyarakat.
e) Di dalam setiap fenomena sosial, ada aktor sosialnya. Aktor sosial ini
mempromosikan dan mengadvokasikan sesuatu idea, atau membiarkan idea
itu terbit dan berleluasa sehingga menjadi dominan di dalam masyarakat.
Pada masa yang sama, ketiadaan sesuatu idea atau sentiment adalah
disebabkan adanya proses pelemahan, peminggiran dan penindasan oleh
sesetengah pihak yang berkepentingan.
Dari perkara-perkara yang disebutkan di atas, dapat kita rumuskan bahawa kita
tidak akan memahami aliran pemikiran tertentu selagi origin sosialnya kabur. Inilah
kelebihan pendekatan sosiologi ilmu yang dapat kita garap dan terapkan di dalam
diagnosis pemikiran keagamaan di kalangan masyarakat kita. Di dalam aspek ini,
Mannheim ada menyatakan dua corak berfikir (styles of thinking) yang telah menjadi
mapan di zaman ini: ideologi dan utopia. Kedua-dua aspek ini akan dibincangkan
dalam menilai corak pemikiran keislaman yang dapat kita lihat dikalangan
masyarakat Melayu. Di dalam apa jua kajian terhadap pemikiran keagamaan,
beberapa asumsi penting harus diketengahkan dahulu:
a) Agama tidak bersifat monolitik, kaku mahupun jumud. Sebaliknya, ianya
mempunyai dinamika perubahan yang berinteraksi dengan perubahan sosial
itu sendiri, mengikut lokasi tempat dan waktu.
b) Agama sentiasa bergumul di dalam masyarakat dan bertembung atau
menyendiri dari cabaran-cabaran yang diusung oleh perubahan sosial.
9

c) Selama ianya berinteraksi dan bergumul di dalam masyarakat, agama boleh
memperkuat, beradaptasi atau mengasimilasi elemen-elemen di dalam
masyarakat.
Sekiranya agama dapat dilihat secara sosiologis, maka pembedahan corak
pemikiran dapat dilakukan. Di sini, dua corak pemikiran akan dibincangkan: ideology
dan utopia. Seperti yang dibincangkan Mannheim, kita memahami fungsi ideologi
melalui konflik politik di mana rullling groups can in their thinking become so
intensely interest-bound to a situation that they are simply no longer able to see
certain fact which would undermine their sense of domination. Pada masa yang
sama. in certain situations the collective unconscious of certain groups obscures the
real condition of society both to itself and to others and thereby stabilizes it
Sebaliknya, utopia membawa maksud yang berlawanan dari konsep ideologi,
iaitu certain oppressed groups are intellectually so strongly interested in the
destruction and transformation of a given condition of society that they umvittingly
see only those elements in the situation which tend to negate it. Pada masa yang
sama, pemikiran utopia tidak mampu mendiagnosiskan kondisi sedia ada
masyarakat. Malah, mereka tidak berminat dengan keadaan sedia ada kerana
pemikiran mereka sudah tertumpu pada cara-cara merubah realiti tersebut. Menurut
Mannheim lagi, the collective unconscious (dalam pemikiran utopia), guided by
wishful representation and the will to action, hides certain aspects of reality. It turns
its back on everything which would shake its belief or parahyse its desire to change
things


10

6.1 Utopia
Pemikiran utopia menunjuk pada pemikiran yang tidak dapat mengenali situasi
masyarakat, kerana para pemikirnya tidak memperhatikan situasi realitinya, tetapi
ingin mengubah situasi yang ada saat ini (status quo). Dalam usaha mewujudkan hal
tersebut, mereka menolak segala sesuatu yang akan menggugat kepercayaan
mereka, atau melemahkan keinginan mereka untuk mengubah keadaan. Kerana
begitu kuat keinginan untuk mengubah keadaan yang ada, mereka hanya melihat
hal-hal yang menafikan kenyataan yang ada (Mannheim 1936:36).
Sebagai ciri-ciri pemikiran utopia di kalangan umat Islam Asia Tenggara: Di
dalam makalahnya, Shaharuddin Maaruf (Religion and Utopia Thinking Among the
Muslim of Southeast Asia, 2000/2001) telahpun membincangkan beberapa aspek
dari corak berfikir utopia yang muncul dikalangan masyarakat Muslim Asia
Tenggara. Menurut beliau, pemikiran utopialah yang membangkitkan aliran-aliran
yang mempunyai kecenderungan akhir zaman (millenarian), populis, eskatologikal
dan ortodoks. Termasuk juga, aliran yang melaungkan penubuhan Negara Islam dan
implementasi hukum Islam. Kesemua aliran ini menunjukkkan ciri-ciri: (1) menolak
dan menafikan orde sedia ada; (2) mengusulkan alternative yang radikal beza dari
orde sedia ada; (3) mengaburkan apa jua realiti yang mencabar idea dan keinginan
mereka untuk perubahan; (4) formulasi idea mereka bertujuan memobilisasikan
kelompok massa ke arah perubahan dan bukannya bersifat mendiagnosis realiti
sedia ada; dan (5) bersifat populis dan bukan intelektual dari segi gaya berfikir
walaupun kelihatan intelektual dari penampilan luaran dan lebih jauh lagi
merupakan dasar tuntutan pendirian negara-negara Islam dan pelaksanaan hukum
Islam. Maaruf (2000/200) ms 2-3.
11

Di dalam pemikiran utopia Muslim dikalangan masyarakat Melayu, ada
beberapa idea yang seringkali dilaung-laungkan: (a) Islam sebagai ad-Din dalam
erti syumul atau sempurna, dan terkandung di dalamnya segala macam
penyelesaian terhadap segala macam persoalan dan masalah yang dihadapi dunia
masa kini; (b) sekularisme, termasuk juga segala macam isu dunia seperti
merbahaya dan menjadi musuh Islam; (c) Barat sebagai peradaban yang
menghadapi krisis, terutamanya kerana sifatnya yang dekaden, tidak bermoral dan
ateistik; (d) manusia sebagai kerdil dan tidak berupaya semata-mata untuk
menundukkan dia di depan kehebatan dan kebesaran Tuhan; (e) adanya tingkatan
ilmu di mana ilmu-ilmu agama menduduki tingkat tertinggi berbandig ilmu-ilmu
duniawi; (f) keunggulan dan kesempurnaan masa lalu, maknanya perlu dihidupkan
masa lampau di zaman ini; (g) menolak realiti dan konteks masa kini dan segala
dimensi sosialnya.
Secara umum, pemikiran utopia ini mula menjadi dominan dikalangan
masyarakat Melayu semenjak zaman revivalisme Islam pada tahun-tahun 1970an
dan berlanjutan hingga sekarang. Sebab-sebab munculnya gerakan Islam (atau
disebut juga sebagai gerakan dakwah) ialah antara lain. (1) proses pembangunan
yang tidak seimbang, termasuk penghijrahan desa ke bandar yang menghakis
sistem sosial kolektif-tradisional, sehingga membangkitkan keterasingan jiwa.
Makanya, agama menjadi pengisi ruang dan tempat berpaut di dalam arus
perubahan yang pesat; (2) keadaan kota peninggalan colonial yang majmuk
sehingga menimbulkan heightened sense of difference makanya, muncul gerakan
membenteng (fortiry) identity masing-masing menggunakan simbol-simbol agama
atau ras; (3) peningkatan sistem pendidikan tinggi yang melahirkan kelompok pelajar
yang berpendidikan tetapi mengalami dislocation dalam proses pembanggunan
12

yang tempang dan kadar pengangguran tinggi; dan (4) pertarungan politik yang
menggunakan agama untuk kepentingan parti, berlumba-lumba mendapat sokongan
rakyat dengan penampilan imej siapa lebih Islami.
Selain faktor-faktor di atas, keadaan global juga memainkan peranan. Antara
lainnya, (1) kekalahan Dunia Arab kepada Israel dalam perang 1967 yang membuat
masyarakat Arab kembali kepada Islam sebagai jalan keluar dari eksperimen
nasionalisme-sosialisme yang gagal; (2) kejatuhan Rejim Shah di Iran dan
bangkitnya republik Islam Syiah yang memberi semangat kepada dunia Sunni; (3)
munculnya kuasa baru Negara-negara pengeluar minyak, terutamanya Arab Saudi,
setelah embargo minyak tahun 1970an oleh OPEC dengan kekayaan petro-dolar,
Arab Saudi mula membiayai usaha mengekspot ideologi Islam lainnya; dan (4)
kemunculan teknologi komunikasi dan proses globalisasi yang membolehkan
tulisan-tulisan para pemikir revivalis seperti Abdul ala Maududi, Maryam Jameelah,
Hasan al-Banna, Syed Qutb dan sebagainya memasuki setiap pelosok dunia dan
berinteraksi dengan masyarakat Muslim lainnya.
Faktor terakhir ini yang paling signifikan dalam mensosialisasikan pemikiran
utopia dikalangan masyarakat Melayu. Jika kita lihat, tulisan-tulisan para pemikir
revivalis inilah yang menjadi bahan utama dalam sesi-sesi usrah yang dikendalikan
oleh kelompok-kelompok gerakan dakwah seperti Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM) dan Jemaah Islam Malaysia (JIM). Makalah-makalah dan buku-buku yang
menterjemahkan kepada bahasa Melayu, disebar-luaskan kepada masyarakat
umum. Jika kita kaji tulisan-tulisan ini, unsur utopianya amat ketara. Antaranya ialah
semangat anti-Barat yang begitu kuat, laungan mengislamkan segala aspek sosial,
ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya, teriakan menghidupkan syariah Islam
dengan memasukkan hukuman hudud dalam kanun jenayah Negara, menyeru
13

supaya wanita memakai hijab, niqab atau purdah dan diasingkan pergaulan mereka
diruang awam serta menyempitkan peranan mereka kepada rumahtangga, dan
penyeruan ke arah penubuhan Negara Islam yang mencipta masyarakat Islam
yang berpandukan Quran dan Sunnah.
Namun, unsur pemikiran utopia bukan hanya didatangkan dari luar. Seperti
yang dikritik oleh Shahruddin Maaruf, tulisan-tulisan pemikir besar Dunia Melayu
kontemporer, Syed Muhammad Naquib al-Attas, memaparkan unsur utopia yang
amat kuat. Sebagai contoh, tulisan al-Attas, Islam and Secularism dan Risalah
Untuk Kaum Muslimin begitu berpengaruh hingga ke hari ini. Setiap aktivis Islam
yang menentang sistem sekular serta meletakkan masalah masyarakat Islam
kepada proses pembaratan dan penyimpangan dari epistemologi Islam, pasti akan
merujuk kepada karya Syed Muhammad Naquib al-Attas, terutamanya Islam and
Secularism.

6.2 Ideologi
Ideologi merupakan salah satu nilai yang mengandungi cita-cita yang ingin dicapai
dalam pelbagai bidang kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.
Dengan demikian ideologi sangat berperanan dalam kehidupan berbangsa dan
bernegara. Ideologi dibagi menjadi dua bentuk, ideologi sebagai pemikiran tertutup
dan pemikiran terbuka. Sebagai sistem pemikiran tertutup ideologi ini tidak bertolak
ansur dengan idea-idea dan keyakinan-keyakinan yang bertentangan dengannya.
Sedangkan sebagai pemikiran terbuka, ideologi menerima kebebasan dan toleransi
terhadap idea-idea dan keyakinan-keyakinan yang lain. Ada pelbagai macam
ideologi di dunia, diantaranya adalah liberalisme, kapitalisme, kolonialisme,
14

nasionalisme, sosialisme, marxisme, fasisme, feminisme dan ekologisme. Bahawa
ideologi adalah suatu pemikiran yang menjadi dasar seseorang, sekelompok orang
bahkan bangsa dan negara untuk mencapai tujuannya. Ideologi juga sangat berguna
bagi kehidupan bangsa dan negara sebagai identiti bersama agar masyarakat
mengetahui ke arah mana kehidupan bersama hendak dituju.
Sekiranya pemikiran utopia lebih dominan dikalangan akarumbi dan gerakan-
gerakan massa Melayu-Islam, pemikiran ideologi pula dapat dilihat dari kelompok elit
yang berkuasa. Satu contoh yang paling ketara iaitu konsep Islam Hadhari yang
menjadi slogan UMNO sewaktu pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Islam Hadhari
boleh dikatakan berfungsi sebagai ideologi kerana unsur utamanya ialah melawan
dan menyaingi laungan Islam versi PAS, iaitu musuh politik pemerintahan UMNO.
Setelah mengalami krisis legitimasi politik setelah penyingkiran matan Timbalan
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dari UMNO, parti pemerintah memerlukan nafas
baru untuk menambat hati pengundi.
Di bawah perdana menteri baru iaitu Abdullah Ahmad Badawi konsep Islam
Hadhari telah dicanang sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-11 (Mac 2004) yang
menyaksikan Barisan Nasional memenangi undi terbesar sejak tahun 1979.
Namum, dalam proses ideologi Islam ini, aspek-aspek realiti terabai dan prinsip-
prinsip Islam Hadhari yang diketengahkan, tidak dibangunkan dan berlegar sekatar
retorik parti pemerintah kesannya pada Pilihanraya Umum ke-11 Barisan Nasional
gagal mendapat mejoriti 2/3 kerusi dalam parlimen yang menyaksikan empat buah
negari di kuasai pembankang. Ada sepuluh prinsip yang diketengahkan dalam
konsep Islam Hadhari. (1) keimanan dan ketakwaan kepada Allah; (2) kerajaan yang
adil dan beramanah; (3) rakyat berjiwa merdeka; (4) penguasaan ilmu pengetahuan;
(5) pembangunan ekonomi seimbang dan komprenhensif;(6) kehidupan berkualiti;
15

(7) pembelahan hak kumpulan minoriti dan wanita; (8) keutuhan budaya dan moral;
(9) pemuliharahan alam semulajadi; (10) kekuatan pertahanan.
Jika kita perhatikan, realiti yang muncul setelah pengenalan Islam Hadhari
tidak ditangani oleh pemerintah dengan baik. Malah, kebanyakan prinsip prinsip
Islam Hadhari sukar disepadankan dengan realiti yang berlangsung di Malaysia.
Sebagai contoh, semenjak Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia
pada tahun 2003, sebanyak 279 buku talah diharamkan dan ditarik balik
penjualannya di pasaran.
Pada penggal pertamnya, jumlah pengaharaman buku meningkat sebanyak
43%. Buku-buku yang diharamkan temasuk karya-karya sarjana terkenal yang laris
di pasaran antarabangsa, seperti Karen Armstrong dan John Esposito. Obsesi
mengharamkan buku di bawah pemerintahan secara retorik yang pemegang perisip
memajukan :penguasaan ilmu pengetahuan (prinsip ke-4 Islam Hadhari )
menunjukkan aspek ideologi yang berkuasa. Pada masa yang sama, era
pemerintahan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi melihat kelantangan suara-
suara konservatif dan ekspresi Islam fundamentalis, yang tidak dibendung dan
kadangkala terbit dari jabatan-jabatan pemerintah seperti JAKIM di bawah Jabatan
Perdana Menteri sendiri.
Pendekatan islam kini seperti menjadi trend dalam politik untuk
mengenegahkan ideologi masing-masing. Apabila PAS dengan hududnya kini
UMNO juga cuba membawa pendekatan Islam dalam perjuangannya. Pada 20 Jun
2012, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat
mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di
Malaysia di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor
16

ke-12. Kenyataan ini disokong oleh pemimpin-pemimpin yang percaya dengan
keupayaan UMNO untuk mengangkat undang-undang Islam.
Sekiranya, Islam Hadhari mengandungi unsur-unsur ideologi, konsep Negara
Islam yang dipropakan oleh PAS juga mempunyai corak pemikiran berlandaskan
ideologi. Seiringan dengan konsep Islam Hadhari, manifesto PAS pada pilihanraya
Umum Malaysia 2004 mengangkat tema Negara Islam. Namun apa yang
dimaksudkan dengan Negara Islam tidak pernah diperjelaskan secara konsistem
oleh PAS. Jika ada pun penjelasan yang diberikan oleh PAS tidak konkrit dan
terburu-buru. Contohnya. Sebagai parti yang memerintah di negeri Kelantan dan
Kedah, PAS setakat mengangkat isu-isu seperti hukum hudud (undang undang
islam), menutup aurat, dan kaunter berasingan untuk lelaki dan perempuan di
pasaraya-pasaraya.
Lebih ketara ialah dolak-dalik pegangan PAS dalam peberapa perkara. Di
antaranya ialah isu berkerjasama dengan parti-parti bukan Islam seperti DAP untuk
merebut kekuasaan pemerintahan daripada Barisan Nasional. Pada Januari 1999,
mursyidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyatakan keinginan PAS berkerjasama
dengan DAP di dalam komponen Barisan Altenatif. Ini merupakan penyimpangan
dari dasar PAS terdahulu. Untuk melegitimasikan dasar baru ini, PAS menyebut
bahawa tidak salah umat Islam meminta pertolongan dari syaitan kerana Nabi
Sulaiman sendiri pernah dibantu para syaitan dalam perjuangannya. Corak
pemikiran ideologi seperti ini jelas kelihatan kerana fungsi utamnya ialah
melegitimasikan perjuangan politik dan merebut kekuasaan. Seperti kritikan oleh
Syed Hussein Alatas mungkin inilah pertama kalinya dalam sejarah Islam syaitan
diberi peranan dalam perjuangan menegakkan agama Islam yang dinyatakan oleh
17

Setiausaha Akbar Menteri Besar Tuk Guru Nik Aziz Nik Mat, mursyidul am PAS,
yang mengharapkan bantuan syaitan.
Kerjasama syaitan ini berterusan pada Pilihanraya Umum ke-12 sekali lagi
PAS berkerjasama dengan DAP untuk menegakan sistem pemerintahan islam di
Negara ini. Kerjasama ini semakin kuat apabila disertai oleh PKR yang ketika itu
baru sahaja dipimpin oleh mantan Timbalan Perdana Menteri yang baru dibebaskan
dari hukuman. Sekali lagi dilihat peranan PAS dalam memperjuangkan Islam tidak
dapat dilaksanakan. Karpal Singh Sebagai Pengerusi DAP menegaskan pendirian
parti itu yang tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud, kenyataan tersebut
jelas dengan sepakatan PAS bersama DAP mahupun PKR perlaksanaan Negara
Islam itu tidak mudah dicapai namum PAS tetap berkerjasama dengan Pakatan
Rakyat demi ideologi politiknya.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2008 parti PAS yang memberjuangkan
Negara Islam melalui Manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju
Negara Berkebajikan' berkerjasama dengan DAP dan PKR dalam usaha untuk
menawan Putrajaya dengan sepakatan yang dibentuk atas nama Pakatan Rakyat
yang berjaya memerintah di empat buah negeri iaitu Pulai Pinang, Kedah, Selagor
Dan Kelantan. Isu yang diketengahkan oleh PAS masih lagi perkara-perkara yang
berkaitan dengan hak wanita, negara berkebajika, serta hukum hudud. Jika PAS
ingin melaksanakan hukum hudud parti tersebut sudah lama boleh
melaksanakannya kerana telah lama berjaya mentadbir negari Kelantan, namum
setiap kali pilihanraya isu yang sama masih diperjuangkan tanpa ada tindakan.
Mengenai isu yang melibatkan Realiti lain yang lebih membimbangkan ialah
pendekatan yang diambil oleh penyokong hudud. Mengikut logik dan respons
18

pemimpin politik yang menyokong hudud, lebih keras sesuatu hukuman hudud,
maka lebih Islamlah ia. Contohnya, semasa Kartika Dewi Shukarno dijatuhkan
hukuman enam kali sebatan kerana minum alkohol, lebih kurang 70% orang Islam di
Malaysia menyokong hukuman tersebut. Walaupun berkali-kali Kartika menyatakan
kekesalannya dan memohon maaf di media, namun tetap saja orang-orang dan
pertubuhan-pertubuhan Islam mendesak kerajaan untuk segera menyebat beliau.
Pemimpin PAS Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak puas hati dengan
hukuman enam sebatan kerana menurut beliau, sepatutnya Kartika harus disebat 80
kali. Adanya perbalahan di kalangan ulama klasik sama ada hukuman sebatan
terhadap orang yang minum arak itu 40 kali atau 80 kali malah menunjukkan ia
adalah hukuman takzir (budi bicara kerajaan) dan bukan hukum hudud. Malah, Nik
Aziz dan para penyokong hudud memberi alasan bahawa hukuman sebat itu
kononnya tidak menyakitkan. Mereka juga mengatakan hukuman hudud itu hanya
bertujuan untuk memalukan. hudud rejam dan juga potong tangan itu bukan
sekadar untuk memalukan, tetapi tersangat menyakitkan dan malah membuatkan si
pesalah hilang anggota badan atau hilang nyawanya. Penyokong hudud gagal
mengangkat sikap Islam yang mengutamakan keadilan dan kasih sayang, tetapi
sebaliknya sukakan hukuman keras, seperti lebih keras hukumannya, maka lebih
Islamlah ia.




19

7.0 Penutup
Hasil daripada penilai ringkas di atas, corak pemikiran ideologi dan utopia
merupakan realiti dalam masyarkat Melayu Islam. Melalui penelitian dan kajian ini,
kita akan dapat membongkar dan merungkai pemikiran-pemikiran keagamaan yang
ada di kalangan masyarakat Melayu semasa. Pada masa yang sama, kita dapat
mengetahui mengapa sesuatu corak respons terhadap sesuatu isu begitu dominan.
Sehubungan dengan itu juga, tiadanya pemahaman terhadap sesuatu konsep
atau tiadanya corak pemikiran yang berbeza menunjukkan bagaimana sesebuah
kelompok atau masyarakat belum dapat berhadapan dengan beberapa aspek realiti
yang sedia ada. Seperti mana yang diungkapkan oleh Mannheim,
The absence of certain concepts indicates very often not only the absence of certain
point of views, but also the absence of a drive to come to grips with certain life-
problems.
Akhir sekali, ketiadaan perspektif dan konsep yang berbeza inilah yang akan
menghambat masyarakat dalam melihat realiti yang sedang dihadapi secara sedia
ada. Sekiranya kekosongan ini, terutama dari aspek pemikirannya, dibiarkan
berterusan, maka masyarakat itu akan menjadi regresif dan tidak mampu bergerak
ke hadapan. Seperti mana tulis Mannheim,
When, however, any human activity continues over a long period without being
subjected to intellectual control or criticism it tends to get out of hand
Di sinilah pentingnya diwujudkan semangat kritis yang dapat menunjukkan corak-
corak pemikiran sama ada bersifat ideologi atau utopia sebagai upaya melihat dan
menangani kondisi sebenar masyarakat disebalik kekaburan yang ada.
20

Bibliografi
1. Karl. Mannheim. (1958) Ideology and Utopia: An Introduction to the Sociology
of Knowledge, San Diego: Harvest Book.
2. Shaharuddin Maaruf (2000/2001) Religion and Utopian Thinking among the
Muslims of Southeast Asia (Agama dan Pemikiran Utopia di Kalangan Orang
Islam Asia Tenggara). Department of Malay Studies: National University of
Singapore.
3. H.M. Rajidi. (1977) Koreksi Terhadap Drs Nurcholish Madjid Tentang
Sekularisasi: Menyegarkan Faham Keagamaan Di Kalangan Ummat Islam
Indonesia dan Sekali Lagi tentang Sekularisasi, Jakarta: Penerbit Bulan
Bintang.
4. Mohamamed Arkoun. (2006) Thinking the Unthinkable and the Unthought in
Contemporary Islamic Thought : to reform or to subvert?, London: Saqi
Books,
5. Zainah Anwar. (1987) Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the
Students, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.
6. Abdullah Ahmad Badawi. (2006) Islam Hadhari: A Model Approach for
Development and Prograss, Selangor: MPH Group Publications.
7. Mohammad Hashim Kamali. (2008) Civilisational Renewal: Revisiting the
Islam Hadhari Approach, Selangor: Arah Publications.
8. Syed Hussein Alatas, (2002) Ke Mana Dengan Islam: 22 Artikel Pilihan, Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
9. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, (2001) Risalah Untuk Kaum Muslimin,
Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam,

Anda mungkin juga menyukai