Anda di halaman 1dari 7

Page 1 of 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA





LAMPIRAN C

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


1.0 OBJEKTIF
1.1 Objektif pertandingan inovasi ini ialah;
1.1.1 Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan para peserta
berdasarkan bidang kemahiran masing-masing.
1.1.2 Menguji kebolehan dan kepakaran dalam kemahiran spesifik
bersumberkan persekitaran sedia ada,
1.1.3 Menggalakkan pengaplikasian kemahiran dalam bidang masing-masing
selaras dengan kemajuan sains dan teknologi terkini.

2.0 KATEGORI PESERTA
2.1 Kategori peserta pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Timur ini
dibahagikan kepada TIGA (3) iaitu :
2.1.1 Kategori 1 - Pensyarah Kolej Komuniti Sahaja
2.1.2 Kategori 2 Pelajar Kolej Komuniti Sahaja
2.1.3 Kategori 3 - IPTA / IPTS Jemputan
2.2 Bilangan peserta minimum adalah seorang (1) dan bilangan maksimum dalam
setiap kumpulan adalah tiga (3) orang sahaja.
2.3 Setiap Kolej Komuniti Zon Wilayah Timur WAJIB menghantar 2 penyertaan ke
pertandingan ini.
2.4 Tiada yuran penyertaan akan dikenakan kepada peserta.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Inovasi dipertandingkan mestilah asli dan ciptaan berkumpulan/sendiri.
3.2 Pemohon hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi satu inovasi yang
ingin di pertandingkan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada
facebook PERTANDINGAN INOVASI WILAYAH TIMUR 2013
3.3 Peserta yang bertanding mesti berada di ruang pameran sepanjang
pertandingan berlangsung. Peserta pertandingan diberi masa 5 minit untuk
mempersembahkan hasil inovasi di hadapan panel juri bagi tujuan pemarkahan.

Page 2 of 7
3.4 Peserta yang menutup pameran sebelum pengumuman pemenang akan
mengakibatkan penyertaan terbatal dan tidak akan menerima apa-apa hadiah
sekiranya terpilih untuk memenanginya.
3.5 Penjurian adalah berdasarkan fail yang dihantar semasa proses pendaftaran dan
pameran/pembentangan di booth.
3.6 Fail yang dihantar akan menjadi hak milik pihak penganjur.
3.7 No booth ditentukan oleh pihak urusetia.
3.8 Keputusan hakim adalah muktamad.

4.0 PENGECUALIAN

Berikut adalah penyertaan yang tidak diterima:-
4.1 Rekacipta, inovasi kepenggunaan atau rekabentuk yang digunakan oleh
pihak lain atau bercanggah dengan kebaikan, keselamatan dan moral
masyarakat.
4.2 Rekacipta yang tidak boleh ditukar kepada terjemahan nyata seperti prinsip
sains, teori abstrak dan seni yang mungkin dikaitkan dengan hakcipta.

5.0 PENJURIAN

5.1 Peserta perlu menyediakan fail inovasi. (Sila rujuk format yang disediakan
pada muka surat 5 - 7)
5.2 Fail yang lengkap mestilah dibawa bersama dan dihantar semasa sesi
pendaftaran penyertaan.
5.3 Para peserta dikehendaki menyediakan poster berukuran A2 bagi tujuan
pameran semasa pertandingan berlangsung.
5.4 Peserta diingatkan untuk membawa sendiri peralatan tambahan yang
diperlukan. Pihak penganjur hanya menyediakan satu set peralatan bagi
setiap penyertaan iaitu meja, alas meja dan soket bekalan.











Page 3 of 7

6.0 TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN BORANG

6.1 Borang penyertaan mestilah dihantar lengkap bersama abstrak melalui faks
atau surat ke alamat di bawah dan mesti sampai sebelum 11 Oktober 2013.

Urusetia Penyertaan/Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti WilayahTimur
Kolej Komuniti Bentong,
KM 6, Karak Setia,
28600, Karak,
Pahang.
No. Fax : 09-2319461
U/p: Pn Siti Mahani Binti Shaik Ismail / Pn Norazlin Binti Ahmad


7.0 PENGISTIHARAN PEMENANG

7. 1 Hanya Jawatankuasa Pengajur berhak memutuskan anugerah dan
hadiah yang diberi pada hari pertandingan.
7. 2 Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengishytiharkan tiada
pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.




8.0 PENAFIAN (DISCLAIMER)

8.1 Peserta dan ahlinya akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus,
mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang
diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa
Penganjur atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa
kerosakan dan kehilangan barangan di atas.

8.2 Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.
Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa
Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika
terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul,
atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.






Page 4 of 7

8.3 Dalam kes bahan penyertaan yang belum diberikan surat hakcipta oleh
pihak berkuasa tertentu, sebarang keputusan yang menggagalkan atau
sebaliknya oleh panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur tidak akan terikat
dari segi undang- undang atau tidak boleh digunakan untuk membantu
mendapatkan patent atau mendaftarkan bahan tersebut mengikut undang-
undang tertentu.

8.4 Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakkan
Negara lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan
pendedahan hakcipta di bawah undang-undang hakcipta masing-masing.
Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
melindungi hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang
kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akibat pendedahan rahsia ini.
Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan
atau pameran dalam penyertaan ini.



9.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

i. 1 Plug Poin
ii. 2 Biji kerusi
iii. 1 meja (5 X 2)
iv. Alas meja dan hiasan perlu disediakan oleh peserta.

10.0 UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI:


a) Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan, sila berhubung terus dengan:-


Nama : Pn. Norazlin Binti Ahmad
No. Tel (HP) : 013-9746267


Nama : Pn. Siti Mahani Binti Shaik Ismail
No. Tel (HP) : 012-6244006











Page 5 of 7

FORMAT FAIL
PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013

1. Jenis fail
Ring Fail 2D
24mm
warna putih

2. Kandungan fail
Biodata
Cadangan kertas kerja /proposal*
Laporan penuh**
Sijil/ Anugerah
Gambar-gambar pembangunan inovasi

3. Format penulisan

Jenis Font Arial/Times New Roman
Saiz Font 12
Spacing 1.5















Page 6 of 7

*FORMAT CADANGAN KERTAS KERJA
PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013

1.0 Muka depan projek inovasi
2.0 Isi kandungan
3.0 Profil peserta
4.0 Penerangan ringkas mengenai projek inovasi yang diperkenalkan;
- Tajuk inovasi
- Objektif inovasi
- Bahan yang digunakan
- Tempoh pelaksanaan yang dicadangkan
5.0 Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum projek inovasi dilaksanakan.
6.0 Pernyataan ringkas masalah-masalah yang dihadapi sebelum projek inovasi diperkenalkan.
7.0 Fungsi projek inovasi
8.0 Kebaikan dan potensi komersil
9.0 Carta alir proses
10.0 Metodologi projek inovasi
11.0 Jangkaan hasil projek inovasi
12.0 Kesimpulan
13.0 Lampiran (gambar, statistik dan lain-lain lagi. jika ada.)









Page 7 of 7


**FORMAT LAPORAN PENUH
PERTANDINGAN INOVASI KOLEJ KOMUNITI WILAYAH TIMUR 2013


1.0 Tajuk inovasi
2.0 Tujuan
3.0 Latar belakang
4.0 Rasional membangunkan inovasi
5.0 Kaedah perlaksanaan inovasi
6.0 Perbezaan antara perkara/proses yang sebelum dengan sekara
7.0 Peranan calon dalam menyediakan inovasi
8.0 Impak/keberkesanan elemen kriteria kecemerlangan
9.0 Cadangan penambahbaikan
10.0 Pengesahan ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai