Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan

Di dalam proposal ini pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang


sejarah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang
pendidikan. Penggunaan Model ADDIE digunakan bagi menghasilkan proposal ini .
Seterusnya pengkaji menjurus kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam matapelajaran Matematik fokus kajian ini.
1.1 Latar Belakang Kajian
Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dilihat
semakin rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia
tanpa sempadan (globalisasi). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan
dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang
berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya
mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat seawal peringkat pra-
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi.

Di Malaysia perkembangan penggunaan TMK di kalangan masyarakatnya dilihat
suatu yang positif di mana ia telah menggalakkan semua lapisan masyarakat
berlumba-lumba untuk melengkapkan diri dengan ilmu TMK. Namun demikian masih
ada golongan atau pihak yang memandang remeh dan tidak mengendahkan perkara
ini kerana mereka beranggapan penggunaan TMK tidak penting dalam kehidupan
harian. Dalam usaha mengikis tanggapan negatif segelintir masyarakat, kerajaan
telah melaksanakan pelbagai langkah seperti kempen satu rumah satu komputer
serta membenarkan wang KWSP dikeluarkan untuk membeli komputer. Ini bertujuan
untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang
serba canggih.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah awal
dengan memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha
untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan generasi
muda. Antara program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari, komputer
dalam pendidikan, my-schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For
Learning) dan portal EDUWEBTV. Ini kerana mereka merupakan generasi akan
datang yang diharap dapat menjadi generasi celik TMK yang cemerlang. Maka
dengan itu, wujudlah istilah pendidikan dan TMK yang sering dilaung-laungkan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini dibuktikan dengan petikan kata-kata dari
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: kementerian ini sentiasa mencari jalan
terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memajukan bidang teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan
Universiti Putra Malaysia (UPM) juga dilihat telah banyak mengaplikasikan
penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya, proses P&P yang dijalankan di
UPM masih menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan dan tutorial namun
TMK memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar dan belajar yang
serba canggih dan lebih berkesan daripada pendekatan Paper & Chalk. Coleman
dan J. Nicholas et. al(1998), berpendapat teknologi yang digunakan adalah sebagai
alat bantuan mengajar dan bukannya sebagai pengganti guru, pensyarah, pengajar
atau pelajar. Dengan ini jelaslah penggunaan TMK dalam P&P bererti menggunakan
teknologi maklumat secara efisien, terancang dan bersesuaian dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan P&P. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan
keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran kursus Penndidikan bagi guru guru.
1.2 Penyataan Masalah
Teknologi Maklumat boleh memberikan impak signifikan terhadap keberkesanan,
kecekapan dan produktiviti di dalam aktiviti yang dijalankan. Pada pendapat
pengkaji, faktor-faktor tertentu dapat mempengaruhi keberkesanan tersebut.
Antaranya ialah pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.
Selain itu, penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan
teknologi maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada para guru di
sekolah rendah seperti mempelbagaikan alat bantu mengajar (ABM), merekod serta
menyimpan maklumat pelajar dan sebagainya. ABM yang berasaskan TMK dapat
meningkatkan minat pelajar di samping meningkatkan kefahaman pelajar. Namun,
guru-guru menyuarakan terdapat satu cabaran penting yang perlu dihadapi iaitu
kesediaan dan kompetensi pensyarah mengaplikasi dan mengintegrasi teknologi
maklumat dalam pengajarannya. Dalam erti kata lain, faktor pengetahuan dan
kemahiran guru-guru menyampaikan ilmu pengetahuan turut menjadi ukuran kepada
keberkesanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Pada hari ini, sekiranya para guru menggunakan teknologi komputer, khususnya
perisian seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint Presentation tentu tugasan
pengajaran dan pembelajaran mereka dapat disiapkan dengan cekap, pantas dan
tepat. Justeru itu, faktor teknologi juga dilihat mampu memainkan peranan yang
penting dalam memastikan keberkesanannya di kalangan murid-murid sekolah
rendah.
Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas maka satu kajian mengenai
keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah perlu dijalankan. Kajian ini perlu
dijalankan bagi memastikan faktor-faktor dinyatakan benar-benar dapat
meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

1.3 Objektif Kajian
Di dalam objektif kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauhmana faktor-faktor yang
terlibat dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran matapelajaran Matematik. Kajian ini dijalankan berdasarkan
kepada objektif-objektif berikut :
1.3.1 Untuk mengenalpasti peranan TMK dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Matematik.
1.3.2 Untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan TMK dapat meningkatkan
keberkesanan dalam matapelajaran Matematik.
1.3.3 Untuk melihat hubungan di antara penggunaan teknologi maklumat dengan
keberkesanannya dalam matapelajaran matematik.
1.3.4 Untuk menilai tahap pengetahuan guru dan murid dalam bidang teknologi serta
korelasinya dengan penggunaan TMK.
1.3.5 Untuk melihat adakah kemahiran penggunaan teknologi yang mencukupi di
kalangan guru-guru dapat menyumbang kepada keberkesanan penggunaan TMK
dalam pembelajaran.

1.4 Hipotesis Kajian
Beberapa hipotesis telah dibangunkan bagi menjawab persoalan yang akan dikaji
untuk mengetahui keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam matapelajaran Matematik sekolah rendah di kalangan guru-
guru:
1.4.1 Pengurusan pihak sekolah yang efisien dan sistematik akan memberi kesan
positif terhadap keberkesanan penggunaan TMK di kalangan guru.
1.4.2 Pengetahuan yang mencukupi dalam bidang TMK akan membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.4.3 Kemahiran yang ada dalam penggunaan TMK dapat meningkatkan
keberkesanan guru-guru dalam mengendalikan peralatan teknologi.
1.4.4 Teknologi dapat memudah dan meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.

1.5 Kepentingan Kajian
Menurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud apakah kajian
berkenaan berguna kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan
selalunya mempunyai motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu.
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi keberkesanan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam matapelajaran Matematik. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji
adalah meliputi aspek pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Aspek-
aspek ini dianggap sebagai tunjang utama kepada pengkaji bagi mengukur sejauh
mana keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
matapelajaran Matematik ditingkatkan. Justeru itu, dengan adanya kajian seumpama
ini, diharapkan ia dapat menarik pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian
Pelajaran Tinggi Malaysia, pihak sekolah, guru-guru bagi bersama-sama
memperbaiki kelemahan di samping mempertingkatkan lagi kecekapan yang ada
bagi mempersiapkan diri murid-murid yang bakal menempuh dunia yang lebih
kompetitif dan mencabar pada masa hadapan.
1.6 Definisi Operasional
Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keberkesanan ditakrifkan sebagai
perihal berkesan, atau berkesannya sesuatu tindakan atau perubahan; sesuatu
tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya. Manakala,
penggunaan pula didefinisikan sebagai perihal perbuatan atau kegiatan
menggunakan sesuatu. Selain itu, menurut Kamus Dewan juga pengajaran
bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar
seperti cara atau sistem mengajar.
Ahmad Fuad (2003), dalam kajian Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap
Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) oleh
Azwan Ahmad, Abdul Ghani, Mohamad Zohir et al (2005), menyatakan dalam
konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk
mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat
secara efektif, pantas dan banyak bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ting Kung Shing (2007) dalam kajian Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di
Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian
Tinggi (IPTA) Negeri Johor pula, menyatakan pembelajaran elektronik atau lebih
dikenali sebagai e-learning adalah merupakan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi bagi memudahkan cara pembelajaran. Dalam kajian itu juga
pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku hasil daripada
pengalaman yang menyebabkan seseorang menghadapi situasi sesudah itu dengan
cara yang berlainan (Gagne, 1970). Dalam kajian yang sama juga Morgan (1995)
mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku dari segi perasaan,
pemikiran dan tindak balas kesan daripada pengalaman yang berlaku pada pelajar
melalui sistem pendidikan secara formal di sekolah. Seterusnya, Eh (1994) dalam
kajian tersebut, berpendapat pembelajaran dikatakan telah berlaku apabila
seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengetahuan yang sedia ada padanya.

Selain itu, Ting Kung Shin (2007) dalam kajian Penggunaan E-Pembelajaran (E-
Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi
Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor, mentakrifkan E-pembelajaran sebagai
pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang
berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui Internet khususnya
web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau
melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). Seterusnya dalam
kajian yang sama Victor Jeurissen (2004) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai
penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapat menukarkan
cara seseorang dan juga organisasi memperolehi kemahiran dan menambah
pengetahuan yang baru. Bagi beliau pembelajaran merupakan satu kerja secara
berkumpulan yang melibatkan pertukaran penggunaan maklumat iaitu berinteraksi
secara perseorangan atau di dalam kumpulan.

1.7 Kesimpulan
Di dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan latar belakang Teknologi Maklumat dan
komunikasi dalam bidang pendidikan di Malaysia serta hubungan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pelajar IPT. Seterusnya, beberapa isu yang wujud dalam mempengaruhi
keberkesanan penggunaan teknologi turut dikemukakan bagi menyokong
permasalahan kajian ini. Tumpuan diberikan kepada empat faktor utama yang
menyumbang kepada keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik iaitu
pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

2.0 Kajian Keberkesanan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara efisien, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Pada abad ke 21, kepentingan menguasai kemahiran TMK dilihat
sebagai satu perkara yang amat penting kepada sesebuah institusi terutamanya
institusi pendidikan. Keupayaan setiap individu dalam menguasai penggunaan TMK
dapat membantu mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin pantas.
Justeru, pendedahan kepada alam perkomputeran perlu dilakukan pada peringkat
awal secara sistematik dan terancang agar budaya perkomputeran dapat dibina
dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Bagi menyahut
cabaran ledakan TMK, semua pihak tidak terlepas untuk merealisasikan cabaran ini
kerana penggunaan TMK yang efektif akan dapat menyumbang kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian,
pengkaji berpendapat terdapat faktor-faktor utama yang dapat membantu
meningkatkan keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini dibuktikan melalui pembacaan kajian-kajian penyelidik yang lepas
yang mana faktor-faktor keberkesanan itu adalah terdiri daripada pengurusan,
pengetahuan, kemahiran dan teknologi.
Berdasarkan kajian-kajian lepas di atas, penggunaan TMK dapat membantu
meningkatkan keberkesanan sesebuah pengurusan kerana TMK dikatakan sebagai
alat pemudah komunikasi yang membolehkan pelajar dan pihak tertentu daripada
lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai
bentuk.


2.1.1 Keberkesanan Dari Aspek Pengetahuan Dan Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan TMK dapat
membantu meringankan beban tugasan di sekolah. Kelebihan seseorang guru
dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti komputer di dalam
pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk
menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar
berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada pensyarah itu
sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Pengkaji
berpendapat adaptasi TMK dalam proses pengajaran pensyarah dapat meringankan
beban tugas pensyarah yang semakin mencabar dewasa ini. Justeru itu, inovasi
dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting yang perlu direalisasikan oleh
para pensyarah selaras dengan apa yang terkandung di dalam misi reformasi
pendidikan negara.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari segi pengajaran memerlukan
perancangan yang cekap dan efisien supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan
kepada setiap pelajar mengikut gaya pembelajaran masing-masing. Teknologi
maklumat dan komunikasi yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi
peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu
pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Oleh yang demikian, bagi
melaksanakan tugas ini pensyarah seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta
merancang pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan dengan jayanya melalui
bantuan TMK ini.
Guru perlu menguasai seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran seiring
dengan keperluan semasa mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.
Kebanyakan guru mempunyai sikap positif terhadap komputer dan ICT. Justeru itu,
pengetahuan dan kemahiran pensyarah adalah kompeten terhadap penggunaan
komputer. Menurut Gage dan Berliner (1984) dalam kajian ini juga sikap positif
terhadap penggunaan komputer merupakan faktor penting dalam meningkatkan
motivasi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Campeau dan Higgins (1995), dalam kajian Penggunaan E-Pembelajaran
(E-Learning) pengguna yang mempunyai tahap kecekapan diri yang tinggi akan
kurang mengalami halangan ketika menggunakan e-pembelajaran. Menurut Eastin &
LaRose (2000) dalam kajian tersebut juga seseorang yang memiliki tahap
kecekapan diri terhadap Internet yang kurang akan merasa tidak yakin terhadap
kebolehan beliau mengakses Internet dan tidak cekap dalam menggunakan
kemahiran tersebut dalam kehidupan.
Pengetahuan juga memainkan peranan yang penting untuk meramalkan kecekapan
diri seseorang menggunakan komputer. Pengetahuan sedia ada seseorang
menggunakan Internet akan mempengaruhi sikap seseorang pelajar terhadap
internet. Pelajar yang berpengetahuan menggunakan internet mempunyai sikap
yang positif terhadap Internet begitu juga dengan penggunaan komputer. Menurut
Tsai et al. (2001) dalam kajian tersebut, pengetahuan membantu pengguna
mempunyai sikap yang lebih positif terhadap Internet terutama kepada seseorang
yang mempunyai sikap bimbang dan kurang berkeyakinan terhadap Internet.
Menurut Tina dan Lim Swee Kim (2004) dalam kajian bertajuk Kesan Efikasi Kendiri
Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) yang ditulis oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani, Mohamad Zohir et
al (2005), pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar
bersikap aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada
maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkait pengetahuan
merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.
Komputer dikatakan sebagai alat menulis dan dapat membantu mewujudkan
suasana kerjasama sama ada dalam menulis atau belajar menggunakan teknologi.
Merujuk kajian ini juga Caverly (2000) menyatakan keadaan ini akan dapat
menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002) dalam kajian yang sama turut
menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru juga menggunakan komputer,
khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran
seperti mencari bahan-bahan rujukan.

Pada masa yang sama juga, kajian oleh Abdul Razak (2005) yang bertajuk
Penggunaan Perisian Komputer dan LCD Sebagai Bahan Bantu Mengajar dan
Pemudahcara, turut menyatakan bahawa penggunaan teknologi seperti perisian
komputer iaitu PowerPoint dan Excel serta penggunaan LCD sebagai bahan bantu
mengajar perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat
pelajar untuk menguasai kemahiran IT. Melalui hasil kajian itu, beliau telah dapat
mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian komputer dan LCD dalam subjek
tersebut. Ini dibuktikan dengan berlakunya peningkatan kemahiran pelajar setelah
mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Persembahan yang berwarna warni dan penuh emosi bukan sahaja dapat
membantu penghayatan pelajar, bahkan juga cara penyampaian guru menjadi lebih
yakin dan bersemangat.
Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ICT: Senario dan
Cabaran Dalam Pendidikan, kaedah pembelajaran e-Pembelajaran memberikan
beberapa impak kepada keberkesanan dalam penyampaian ilmu dan maklumat
kepada pengguna. Antara kesan yang positif dari kaedah pembelajaran ini ialah
penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian maklumat yang tidak terhad disebabkan
maklumat yang di arkibkan serta mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan
bilangan pelajar apabila ia di sebarkan melalui Internet. Pendidikan di Malaysia juga
tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan e-Pembelajaran selaras dengan hasrat
kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik IT.
Bates (1997) dalam jurnal ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan oleh
Suryanti Awang (2008) pula percaya terdapat empat tujuan utama yang
menyebabkan penggunaan teknologi di Institusi Pendidikan Tinggi dan sekolah,
antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada
pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta membaiki kos efektif
bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidang
pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu
belajar, institut dan juga masyarakatnya.


2.2 Kesimpulan
Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan
bahawa aspek pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi adalah faktor-
faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang di nyatakan
mempunyai hubungan signifikan yang amat positif dengan keberkesanan
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.0 METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Metodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah
Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan
menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan
maklumat melibatkan proses yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang,
rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data
secara efisien akan menghasilkan maklumat yang kurang relevan serta akan
meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan itu, bab ini akan
membincangkan reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan, populasi dan
sampel yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah
digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta
penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas kerja lapangan
dijalankan.

3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk
memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Khususnya,
rekabentuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai
sesuatu objektif penyelidikan. Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek
penyelidikan yang menyatakan apakah corak jenis kajian yang hendak
dilaksanakan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana sumber
maklumat boleh didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi.
Sekiranya penyelidikan direkabentuk dengan berhati-hati, reka bentuk akan
memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan
masalah yang ingin diselesaikan. Di samping itu, maklumat yang dikumpul akan
diperolehi dengan kaedah yang paling berkesan (Mohd. Majid Konting, 2005). Reka
bentuk kajian ini dibuat dengan cara mengumpulkan maklumat atau data-data
tentang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
Matematik di sekolah rendah.
Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif
dan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang merujuk kepada ketekalan
maklumat yang diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini juga lebih
cepat dari segi masa pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Dalam menjalankan
kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif. Kaedah tinjauan
adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkan maklumat mengenai populasi.
Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam penyelidikan pendidikan. Dua jenis tinjauan
yang penting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah
dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting, 2000). Kaedah tinjauan digunakan
kerana kajian ini memfokus kepada pemboleh ubah yang dianggap boleh diukur.
Selain itu, data yang akan perolehi adalah bersifat empirikal. Melalui kaedah
tinjauan, dengan melibatkan sekumpulan elemen yang kecil dan terperinci, maka
maklumat yang banyak boleh dikumpul dan direkodkan.

Walau bagaimanapun data yang lengkap atau mendalam jarang sekali dapat
dihasilkan namun data yang dikumpulkan adalah tepat. Strategi tinjauan ini juga
sesuai digunakan kerana penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah untuk membuat
kenyataan umum tentang sesuatu populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 1999). Justeru,
pengkaji menyelaraskan teknik tinjauan terlebih dahulu untuk menentukan cara dan
alat penyelidikan yang sesuai dengan praktikal dengan mengambil kira beberapa
kriteria seperti faktor masa, kos dan peraturan-peraturan organisasi tempat kajian
dijalankan.

Penyelidikan deskriptif pula merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, kaedah deskriptif
digunakan. Seringkali juga penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai
sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Sekiranya penyelidikan bermatlamat
untuk menerokai sesuatu bidang, penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk
penerokaan. Kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha mengawal
sesuatu olahan. Ini adalah kerana penyelidikan tidak menentukan terlebih dahulu
faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa (Mohd Majid
Konting, 1993:96).
3.2 Prosedur Kajian
Prosedur kajian ialah langkah-langkah kajian yang perlu diambil oleh pengkaji untuk
melaksanakan kajian dari awal hingga kajian berakhir. Ini termasuklah menyediakan
cadangan penyelidikan, melaksanakan modul dan menganalisis data serta
menyediakan laporan akhir penyelidikan. Segala prosedurnya perlu diperjelaskan
secara terperinci dan satu persatu. Untuk menjalankan kajian ini, prosedur-prosedur
kajian adalah seperti berikut:
i. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan iaitu proposal.
ii. Mengenal pasti masalah dan menyatakan objektif
iii. Mencadangkan hipotesis
iv. Menyediakan instrumen kajian
v. Memproses dan menganalisis data yang melibatkan pemprosesan maklumat
daripada soal selidik yang diedarkan.
vi. Menulis laporan akhir kajian.

3.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya pengkaji menjelaskan tentang kaedah penyelidikan yang
digunakan dari segi reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel, instrumen
penyelidikan, kaedah menganalisis data dan prosedur kajian. Semua kaedah ini
dilakukan secara berturutan bagi memudahkan pengkaji mencapai objektif kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai