Anda di halaman 1dari 1

Konsep 5R perlu jadi amalan masyarakat

KONSEP 5R iaitu rethink, repair, reuse, reduce dan recycle (memikir semula,
memperbaiki, mengguna semula, mengurangkan dan mengitar semula) perlu menjadi
amalan hidup.
Kata Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Tan Sri Dr. Syed Jalaludin
Syed Salim:
''Sesuatu produk, misalnya surat khabar, perlu digunakan secara 100 peratus tanpa ada
unsur-unsur pembaziran''.
Katanya pembaziran kadang-kadang menjejaskan alam sekitar, khususnya barangan
yang tidak mesra alam.
''Kegagalan selama ini dalam mengurus dan menjaga alam sekitar menyaksikan masalah
peningkatan suhu, kekurangan sumber bekalan air dan pencemaran alam sekitar yang
serius,'' katanya semasa memberi ucapan sempena Majlis Pelancaran Pameran Bersih &
Hijau, UPM, baru-baru ini.
Projek dua hari itu dianjurkan oleh Kelab Pemakanan dan Kesihatan Komuniti (KPKK),
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM, bertujuan memperkenalkan konsep 5R
sebagai satu cara hidup, selain memperkenalkan cara hidup yang mesra alam.
Pemeran Bersih & Hijau itu dilancarkan oleh bekas Pengerusi Eksekutif, Tenaga Nasional
Berhad (TNB) Tan Sri Dr. Ani Aerope.
Tambah Dr. Syed Jalaludin, teknologi sekarang masih belum mampu untuk
membolehkan Malaysia menggunakan sumber yang ada dengan sepenuhnya.
Sementara itu, pengarah projek, Ong Sook Hwei, berkata ahli KPKK telah memulakan
usaha mengumpul pelbagai barangan terpakai dan buangan seperti surat khabar lama,
buku-buku lama, tin-tin dan botol-botol terpakai untuk dikitar semula, sejak Februari.
Selain itu orang ramai juga boleh mendermakan segala barangan terpakai mereka ke
kaunter-kaunter kitaran semula sempena pameran bersih & hijau itu, yang dibuka
sehingga Julai ini.



Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=G
aya_Hidup&pg=ls_04.htm#ixzz2vFv2lZWx
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai