Anda di halaman 1dari 8

Modul Latihan Dakwah Oleh:

ISLAMIC INFORMATION & SERVICES


FOUNDATION
&
BRO SHAH CONSULTANCY &
SERVICES






LATAR BELAKANG KURSUS

Kita hidup di Malaysia, sebuah negara berbilang
kaum dengan rakyatnya mempercayai pelbagai agama.
Kita tahu Islam adalah agama universal dan bahawa Allah
SWT telah memilih kami untuk menjadi khalifah-Nya di
dunia. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
menyampaikan mesej Islam kepada semua - orang Islam
dan bukan Islam. Malangnya usaha yang sedikit telah
bertujuan untuk rakan-rakan bukan Islam kita. Segala puji
tertentu bagi Allah, terdapat agak kepentingan positif yang
ditunjukkan oleh sebahagian umat Islam untuk berkongsi
Islam dengan semua.
Objektif kursus ini adalah untuk melakukan
"penyebaran mesra dan maklumat yang berkesan melalui"
Kajian Perbandingan ". Dalam modul yang kami sediakan,
pelajar diajar untuk mengendalikan salah faham mengenai
Islam di samping pembelajaran konsep Tuhan dalam
agama Kristian, Hindu, dan lain-lain Apabila tamat kursus
ini, anda perlu mempunyai pengetahuan asas yang kukuh
kepada kepercayaan utama di Malaysia



FASA 1
(Tentatif & Sinopsis)

HARI PERTAMA

08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible

HARI KEDUA

08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains Moden
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.15pm Program Susulan
05.15pm - 05.30pm Penutup












Sesi 1 KEWAJIPAN BERDAKWAH
Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan
sama ada berdakwah kepada non Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara
alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non
Muslim adalah seperti berikut:-
Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non
Muslim.
Dakwah saya tidak akan berkesan.
Bukankah Quran menyebut Tiada paksaan di dalam agama
Bukankah Quran menyebut Untukmu agamamu, untukku agamaku
Ada non Muslim yang akan mengatakan jaga urusan kamu sendiri
Hubungan persahabatan dengan kawan non Muslim akan terputus disebabkan rasa
sakit hati apabila didakwah.
Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu
berdakwah.
Secara umumnya, peserta akan diterangkan mengenai Teknik Perbandingan Agama di dalam
melakukan dakwah.

Sesi 2 SEJARAH KRISTIAN
Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi
kepada tiga zaman, iaitu:-
Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula
dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran
Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.
Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan
didedahkan mengenai tentangan Bani Israel terhadap dakwah yang dibawa oleh
Jesus.
Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan
seseorang yang bernama Paul yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia
akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible
pada abad ke 4, dan zaman-zaman selepasnya.

Sesi 3 ASAS KEPERCAYAAN KRISTIAN
Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-
doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka
dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula,
maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang
Kristian iaitu:-
Dosa Warisan
Jesus itu anak tuhan
Jesus itu tuhan
Pensaliban Jesus
Triniti
Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta
persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.

Sesi 4 KEPERCAYAAN ORANG CINA
Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di
Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan
di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita berkenaan
pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu,
peserta juga akan didedahkan mengenai perkara yang dibolehkan (Do) dan perkara yang
dilarang (Don't) semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.

Sesi 5 HINDUISM
Dalam sesi ini, peserta akan dapat melihat bagaimana orang Hindu memahami konsep
ketuhanan mereka sendiri. Peserta juga akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk
akal pada pandangan kita mengenai konsep ketuhanan mereka. Apakah panduan di dalam
Quran untuk menangani perkara yang tidak masuk akal tadi? Adakah kita boleh mengejek
dan merendah-rendahkan kepercayaan mereka ini? Bagaimanakah kita boleh membawa
mereka supaya dapat membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui
pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu? Dan
ini diikuti penerangan mengenai perkara Do and Dont semasa berinteraksi dengan orang-
orang Hindu.

Sesi 6 BENGKEL BIBLE
Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi
benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini
bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan
bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu
membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-
cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, ayat-ayat
percanggahan di dalam Bible, dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam sebuah
Kitab Suci.

Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di
dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan
persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini
juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.

Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya
adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan
misionari atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam
perbincangan antara kita dan mereka.

Sesi 7 IMBASAN SEMULA
Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari
semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.

Sesi 8 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non Muslim (malah sesama Muslim), kita
tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam.
Di antara soalan-soalannya ialah:-

Isu umum
Masuk Islam = Masuk Melayu
Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak
boleh makan babi, minum arak dll)
Islam agama mundur
Tuhan Islam tidak adil kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
Semua agama sama
Doa tidak terjawab
Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
Sains dan agama tidak selari

Isu keganasan
Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
Islam disebar melalui mata pedang
Negara Muslim suka berperang

Isu wanita
Wanita tidak boleh jadi imam
Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke
masjid semasa Mosque Tour)
Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
Wanita tidak boleh jadi pemimpin
Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
Suami boleh pukul isteri (4:34)
Poligami
Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
Isu tudung

Isu bermusim
Hudud
Negara Islam
Islam Hadhari
Rogol isteri
Tsunami
Moral
Artikel 11 (1A)
Karikatur

Isu Nabi Muhammad saw
Ramai isteri 12 orang
Nabi kahwin dengan budak 6 tahun Pedophile
Kahwin menantu sendiri
Nabi boleh membaca

Soalan dari missionary Kristian
Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi
nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
Quran tiru Bible
Quran hasil kerja syaitan
Allah guna perkataan Kami dan ini bermakna trinity itu adalah benar

Soalan dari orang-orang Hindu
Muslim sembah Kaabah
Tuhan Linggam di dalam Kaabah
Semua manusia sepatutnya Vegetarian
Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan
(concentration) kepada tuhan



Quran ada percanggahan
Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau
limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38,
57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?

Sesi 9 MEMAHAMI MUALAF
Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian
peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa
dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu
membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan
di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-

Sebelum memeluk Islam
Contoh buruk oleh Muslim
Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll

Semasa memeluk Islam
Masalah semasa hendak bershahadah
Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
Terlalu terikat dengan prosedur, dll

Selepas memeluk Islam
Mualaf diMelayukan
Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
Tentangan keluarga apakah peranan kita?
Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll

Sesi 10 PENGALAMAN BERSAMA PADERI & GEREJA
Salah seorang penceramah akan berkongsi pengalaman beliau selama hampir 20 tahun
berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan bahawa
hujah-hujah misionari ini sebenarnya adalah sangat lemah. Dengan ini, diharap akan dapat
memotivasikan peserta supaya memulakan usaha dakwah kepada non Muslim.

Sesi 11 QURAN & SAINS MODEN
Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan
agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik.
Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari
dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini
sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang
dengan jelas membuktikan bahawa Allah itu wujud.

Sesi 12 SOAL JAWAB
Semua peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan berkenaan perbandingan
agama, dakwah kepada bukan Islam, persoalan lazim terhadap Islam etc.

Sesi 13 PROGRAM SUSULAN
Sepanjang dua hari program, peserta telah diberikan pelbagai maklumat serta input mengenai
corak berfikir non Muslim, pendekatan berdakwah kepada mereka, persediaan untuk
menjawab soalan-soalan mereka, penggunaan Bible dalam berdakwah (hanya sekiranya
keadaan memerlukan), memahami serta mengetahui cara menangani mualaf dan akhirnya
diberi peluang untuk bersoaljawab dengan para penceramah. Maka pada sesi akhir ini, peserta
akan diterangkan mengenai program susulan ataupun follow up yang berbentuk praktikal.

Anda mungkin juga menyukai