Anda di halaman 1dari 4

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu (Al - Haya' )

Malu membawa maksud menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang


tercela, sertaenggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana
takut mendapat celaan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Apabila kamu tidak merasa malu,
maka perbuatkanlah apa yang kamu kehendaki ."
Seseorang itu akan merasa malu untuk melanggar segala perintah ALLAH s.w.t.,
malu kepada dirinya sendiri kerana melakukan kesilapan serta malu kepada orang
lain kerana melanggar peraturan. Apabila sudah wujud rasa malu dalam diri,
seseorang akan meninggalkan apa jua yang dilarang oleh ALLAH s.w.t.
Kucing hanya malu melakukan kejahatan di hadapan tuannya lantas timbul
simpulan bahasa yg berbunyi MALU-MALU KUCING.Manusia harus sentiasa malu di
hadapan TUHANNYA.
Maka, malu itu terbahagi kepada dua bahagian :Malu secara fitrah - sifat malu yang
dikurniakan ALLAH s.w.t. kepada manusia, di mana manusia itu sendiri akan
menjauhkan dirinya daripada melakukan segala kemaksiatan dan keburukan.Malu
yang diusahakan - sifat malu yang dicapai melalui makrifat kepada ALLAH s.w.t.
mengetahui dan menyedari akan keagunganNYA yang sememangnya Maha
Mengetahui terhadap apa jua yang tersembunyi di dalam hati.
Agak malang jika manusia tidak mempunyai kedua-dua jenis sifat malu ini kerana
jiwa yang kosong dengan sifat malu akan cenderung melakukan maksiat dan
kemungkaran kepada ALLAH s.w.t. Ada sesetengahnya takut kepada hukuman
tetapi masih tidak malu apabila melakukan kemungkaran.
Namun, haruslah diingat, malu yang bukan pada tempatnya amat tidak digalakkan
dalam Islam. Contohnya malu untuk bertanya jika tidak tahu sesuatu perkara dan
malu untuk mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara.

Allah berfirman, dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar (Qs. AlAhzaab : 53)

Malu. Apa makna malu ni ya ?? saya terpanggil untuk menulis tentang malu bila
tiba-tiba tadi saya rasa malu rahsia saya diketahui seseorang. Ntahtak de ler apa
sangat pun rahsia saya, cuma identiti saya di sebalik satu nickname yg saya
gunakan di sebuah laman forum, sudah ada yang tahungeh3..hadoiii sukarnya
nak menyamar di laman maya ini, semuanya berkemungkinan boleh diselongkar
dan dibongkar rupanyangeh3.ntah, tataw.
Malu.. Apa makna malu ni ya ??
Malu ialah desakan perasaan seseorang supaya menghindarkan perbuatan
keji dan melaksanakan perbuatan terpuji. Sumber rasa malu ini sebenarnya
adalah dari kehalusan rasa hati dan jiwa yang meyakini bahawa gerak geri sentiasa
ada yang memerhatikannya. Jesteru itu bila ada rasa malu, mereka akan menjadi
manusia yang berhati-hati dalam bertindak. Malu juga dikaitkan dengan penjagaan
maruah diri supaya tidak dipandang keji dan dihina nanti.
Katanya malu terbahagi kepada dua . Pertamanya adalah malu asli, iaitu malu yang
menjadi tabiat diri semenjak dilahirkan lagi. Manakala malu yang sejenis lagi ialah
malu yang diusahakan melalui pendidikan mengenal Allah dan menginsafi diri
sebagai hamba Allah. Kedua-dua jenis malu ini adalah akhlak yang baik dan menjadi
perisai dari berbuat mungkar di dunia ini.
Sekiranya dipecahkan, malu manusia terbahagi kepada 3 bahagian :
1) Rasa malu kepada Allah (al Mulk 67 :13 tentang Allah mengetahui
segala2nya)
2) Rasa malu kepada manusia.
3) Rasa malu kepada diri sendiri.
Malu kepada Allah ertinya tunduk dan patuh pada segala perintah Allah samada
patuh dalam mengerjakan suruhan ataupun patuh dalam menjauhi larangan. Orang
yang memiliki sifat malu kepada Allah akan bersifat taqwa walau di mana jua dia
berada. Mereka akan menjaga diri dari engkar kepada Allah sekalipun ketika
bersendirian atau berada di tempat yang paling sunyi.
Teringat pada satu kisah seorang gadis yang menolak saranan ibunya supaya
mencampurkan air dengan susu yang akan mereka jual nanti. Ibunya marah kerana
meyakini tiada siapa yang mengetahui perbuatan mereka termasuk khalifah umar
yang pastinya akan marah sekiranya perkara itu diketahuinya. Namun gadis itu
dengan yakin menjawab bahawa Allah maha mengetahui sekalipun umar tidak
tahu. Perbualan dua beranak itu telah didengari oleh Umar dan akhirnya gadis
tersebut dijadikan menantunya.
Orang yang bersifat malu pada Allah akan menjaga keimanannya dalam apa jua
situasi, sekalipun menjaga rasa malu itu menyebabkan dia menjadi rugi. Tapi

hakikatnya dia tidak lah rugi bahkan dia digantikan keuntungan berlipat ganda di
sisi Ilahi. Malu kepada manusia pula ialah seperti malu kepada keluarga, guru,
teman-teman, dan ahli masyarakat sekeliling. malu itu tanda adanya iman, sesiapa
yang tidak mepunyai perasaan malu biasanya mempunyai tingkah laku yang buruk
dan perangai yang jelek. sabda Rasulullah saw malu itu tandanya iman, dan iman
itu di dalam syurga. Kotor mulut itu dari kekasaran perangai dan kekasaran
perangai itu di dalam neraka ( riwayat : imam Ahmad )
Islam menitik beratkan perasaan malu sesama manusia supaya dapat lahir rasa
hormat menghormati dan kasih mengasihi di antara satu sama lain.
Maksud rasa malu pada diri sendiri ialah keinginan untuk menjaga maruah diri
dan menjauhi perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Bila perasaan malu
pada diri sendiri tidak ada, maka manusia cenderung untuk mengaibkan diri sendiri
dengan perbuatan mungkar seperti berzina, menagih dadah, meminum arak, tidak
menutup aurat, pergaulan bebas dan sebagainya. Mereka tidak kisah kehilangan
maruah dan kehormatan diri. sesiapa yang melemparkan pakaian malu dari
dirinya dan menjaga maruah diri, tiadalah umpatan orang bagi dirinya (riwayat :
imam Bukhari ).
selain itu terdapat juga malu yang dicela seperti malu berkata benar,
malumenyuruh kepada kebaikan dan melarang berbuat kejahata, malu menuntut
ilmu dan malu mentaati perintah Allah. Malu sedemikian dicela dan dimurka oleh
Allah.
Marilah kita hiasi pribadi dengan rasa malu yang hakiki.

Sekilas Dalil-dalil
Rasulullah saw bersabda; Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu
sebahagian daripada iman. (Bukhari:9 & Muslim:151)

Hadith yang lain menyebut; Cabang iman itu 63 bahagian. Yang tertinggi adalah
mengucapkan Lailaha illa Allah. Bahagian terendah adalah membuang rintangan
dijalanan. Adapun malu itu sebahagian daripada iman.(Abu Dawud:4676)

Lihatlah penting sifat malu hingga ia sebenarnya berkait rapat dengan keimanan.
Maka lihatlah dimana sifat malu kita dan muhasabahlah. Kebanyakan kita tidak tahu
malu sebenarnya.

Anda mungkin juga menyukai