Anda di halaman 1dari 36

KURIKULUM

Siapa mengajar?
Mengajar siapa?
Bagaimana mengajar?
Mengajar apa?
- Bidang pelajaran di sekolah
Pengertian kurikulum
Tafsiran spesifik: pelbagai aktiviti di dalam dan
luar bilik darjah
Tafsiran umum: proses aktiviti yang dialami
seseorang individu dari peringkat kematangan
mentah kanak-kanak ke peringkat kematangan
orang dewasa.
Kurikulum dalam bilik darjah: matapelajaran
yang diajar dalam bilik darjah
Kokurikulum
Kurikulum nyata: kurikulum formal/rasmi
Kurikulum tersirat: kurikulum tidak formal
yang digunakan untuk memupuk nilai, sikap,
dan interaksi sosial
Modern elementary curriculum (Ragan, 1960):
Kurikulum merupakan semua pengalaman yang
sebenar dalam hidup nyata. Bagaimanapun
pengalaman ini yang terkandung dalam sesuatu
kurikulum hendaklah dipilih dengan teliti serta
dirancang dan diorganisasikan

Tawner & Tanner Curriculum Development
Theory into Practice kurikulum mempunyai
organisasi pengalaman pembelajaran
pengalaman yang mempunyai nilai praktik.
Kurikulum merangkumi pengalaman
kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih,
diorganisasi dan disusun oleh sarjana
pendidikan dan pakar kurikuum secara teliti
dan profesional, demi menjadikan pelbagai
jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak
nyata seperti yang dijalankan di dalam dan di
luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah untuk
semua peringkat persekolahan.
MODEL KURIKULUM
Berasaskan rancangan di peringkat sekolah:
Kerr, J.K (1968)- semua pelajaran yang
dirancang dan dibimbing oleh sekolah samada
dilaksanakan secara individu atau kelompok,
baik di dalam mahupun di luar bilik darjah
Hirst (1975) satu program mengandungi
aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai
objektif yang ditentukan.
Berasaskan rancangan bidang pendidikan:
Smith (1957) pengalaman yang
dirancangkan dan ditawarkan kepada murid-
murid dibawah bimbingan sekolah
Saylor dan Alexander (1974) rancangan yang
menyediakan semua peluang pembelajaran
dengan tujuan memperolehi maklumat dan
objektif pendidikan dibawah bimbingan
sekolah
Berasaskan bentuk dan objektif:
Tyler (1950)
- Matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh negara atau sekolah(
Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?)
- Isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektif yang ditentukan
(Bagaimanakah pengalaman pembelajaran dipilih untuk mencapai
objektif yang ditetapkan?)
- Metodologi digunakan untuk menyusun dan melaksanakan
pengalaman2 pembelajaran supaya mencapai objektif
(Bagaimanakah pengalaman pembelajaran disusun bagi
menjamin pengajaran berkesan?)
- Penilaian untuk mengukur keberkesanan pembelajaran
(Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat
dinilai?)

Beauchamp (1968)
- Pernyataan tujuan2 pendidikan berasaskan
aspirasi masyarakat yang hendak dicapai melalui
sekolah
- Objektif2 dan organisasi isi kandungan untuk
setiap mata pelajaran
- Panduan penggunaan kurikulum untuk guru-guru
- Skema penilaian untuk menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian
objektif dan matlamatnya
Bobitt How to make a curriculum
- Analisis mengenai aktiviti kehidupan manusia
- Analisis mengenai objektif pendidikan
- Analisis mengenai perkembangan kanak-kanak
- Analisis mengenai penentan dan penyusunan
mata pelajaran
- Analisis mengenai peruntukan masu untuk
setiap mata pelajaran
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL OBJEKTIF (Tyler, Bobbit & Taba)
MODEL PROSES (Stenhouse)
MODEL TREN TERKINI (Emergent Curriculum)
MODEL TABA
Mencadangkan langkah2 tersusun dalam
perkembangan kurikulum:
- Langkah 1: Diagnosis keperluan-keperluan
- Langkah 2 : Pembinaan objektif-objektif
- Langkah 3: Pmilihan isi kandungan
- Langkah 4: Organisasi isi kandungan
- Langkah 5: Pemilihan pengalaman pembelajaran
- Langkah 6: Organisasi pengalaman pembelajaran
- Langkah 7: Penentuan apa yg hendak dinilai dan
cara-cara yang akan digunakan dlm penilaian

MODEL STENHOUSE
Aktivti yg membenarkan kanak2 membuat keputusan bijaksana dan
membolehkan mereka membuat refleksi mengenai keputusan yg
dibuat oleh mereka
Aktivti yg memerlukan pelajar memainkan peranan aktif dalam
situasi pembelajaran
Aktiviti yg membolehkan pelajar mencapai penyelesaian di aras
kebolehan yg berlainan
Aktivit yg memerlukan pelajar meneliti suatu idea dalam situasi
baru/mengaplikasi sesuatu proses intelek
Aktiviti yg melibatkan pelajar dan guru dlm penanggungan risiko,
bukanya risiko tentang hidup atau mati tetapi risiko kejayaan atau
kegagalan
Aktiviti yg melibatkan para pelajar dlm aplikasi dan penguasaan
peraturan2 bermakna, standard atau disiplin
Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah KBSR
vs
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KSSR
AUGUST 2, 2012
HASRAT KSSR
Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan
fizikal dan estetika, keterampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai


HASRAT KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira
cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE)
dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga
mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning
to know), belajar untuk bertindak (learning to
do), belajar untuk hidup bersama (learning to live
together) dan belajar untuk membentuk peribadi
(learning to be).
HASRAT KSSR
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai
asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di
arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu

HASRAT KSSR
PRINSIP KSSR

Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip
ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik.
PRINSIP KSSR
BENTUK KURIKULUM
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu,
kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan
penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang
saling berhubung kait dan bersepadu.

BENTUK KURIKULUM KSSR
FOKUS KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun
persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran
membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan
membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.

FOKUS KSSR
FOKUS KSSR
Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan
penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi
dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada
kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan
dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai
kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih
kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan
sahsiah.


ORGANISASI KURIKULUM
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular
dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali
sebagai modul. Mata pelajaran juga
diorganisasikan secara modular iaitu
kandungan mata pelajaran disediakan dalam
bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-
contained). Setiap modul mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.




Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di
bawah.
Organisasi Tahap II
Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan
secara modular dalam Mata Pelajaran Teras
dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata
pelajaran disediakan dalam bentuk modul.
Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual
di bawah.

ORGANISASI TAHAP II
Kurikulum Berasaskan Standard
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan
standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria
atau petunjuk (indicator)
kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap
standard kandungan.
Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah
yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains
dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni
dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai
pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti
pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen
merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan
insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.


Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan
baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan
melalui rajah di bawah.


PERBEZAAN KBSR vs KSSR

Anda mungkin juga menyukai