Anda di halaman 1dari 35

FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)
&
FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU(FPG)

19 JULAI 2012
KONSEP FALSAFAH


Falsafah dalam bahasa Inggeris iaitu philosophy
berasal dari dua perkataan Yunani iaitu :

Philos (mencintai)
Sophia ( kearifan / kebijaksanaan)

falsafah = perihal mencintai kebijaksanaan

Ia merupakan satu bentuk pemikiran dan pandangan
yang benar, rasional dan bernas.

Pemikiran yang dihasilkan berasaskan kepada cara
saintifik, sistematik dan logik.
Falsafah merupakan satu bentuk
pemikiran yang menilai fakta,
menganalisis makna, memberi
interpretasi, meletakkan
kepentingan dan kemudian
mempertimbangkan semua fakta
tersebut untuk amalan dalam
kehidupan.

Sharifah Alwiyah,1984
Falsafah pendidikan pula bererti
satu pedoman, arah tuju atau
pandangan terhadap perkara-
perkara yang berkaitan dengan
pendidikan. Manakala FPK
dianggap sebagai satu proses
aktiviti pendidikan yang dapat
mencerminkan pemikiran dan hasrat
sesebuah masyarakat atau negara.
FPK
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
UNSUR-UNSUR DALAM FPK

1. Memperkembangkan potensi individu
2. Menyeluruh dan bersepadu
3. Insan yang seimbang dan harmonis
4. Unsur intelek
5. Unsur rohani dan emosi
6. Unsur jasmani
7. Kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan
7. Rakyat yang Berilmu pengetahuan
8. Rakyat yang Berketrampilan
9. Rakyat yang Berakhlak mulia
10. Rakyat yang Bertanggungjawab
11. Rakyat yang Berkeupayaan menikmati
kesejahteraan diri
12. Rakyat yang dapat memberi
sumbangan
13. Keharmonian dan kemakmuran

MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
Potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki
oleh manusia sejak dilahirkan. Bakat dan
kebolehan ini yang merupakan anugerah Tuhan
meliputi aspek-aspek seperti intelek, rohani, emosi
dan jasmani seseorang individu. Potensi individu ini
harus diperkembangkan dan dipertingkatkan
secara berterusan melalui proses pendidikan
MENYELURUH DAN BERSEPADU

Potensi yang ada pada diri individu
hendaklah dikembangkan ke peringkat
optimum dengan cara
mengintegrasikan bakat dan
kebolehannya yang saling berkait di
antara satu sama lain
INSAN YANG SEIMBANG DAN
HARMONIS

Boleh dicapai apabila semua potensi yang
ada pada dirinya telah dikembangkan secara
selaras, menyeluruh dan harmonis.
Sahsiah yang bersepadu, menikmati
keseimbangan dan kesejahteraan dalam
jiwa.
UNSUR INTELEK

Merangkumi unsur hikmah (iaitu ilmu yang
sebenar)
Daya pemikiran yang inovatif
Logikal
Analitis
Ilmu yang bermanfaat
UNSUR ROHANI DAN EMOSI

Merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan
kepada Tuhan, beragama, kemantapan jiwa,
penghayatan nilai-nilai murni dan norma
masyarakat, berbudi pekerti yang mulia,
semangat berbakti dan berkorban untuk
negara dan bangsa
UNSUR JASMANI
Mempunyai ciri-ciri seperti kecergasan fizikal
dan kesihatan diri untuk berdikari dan hidup
secara bermasyarakat
KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN
KEPADA TUHAN

Merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam
sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada
Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah
hukum-hukum Tuhan.
Manusia harus patuh kepada Tuhan dengan
memikul amanah dan bertanggungjawab kepada
Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan
alamnya.
RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU
PENGETAHUAN
Sikap suka membaca, cintakan ilmu
pengetahuan serta akan
menggunakannya untuk manfaat diri
dan orang lain
BERKETRAMPILAN

Ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa
rela memberi sumbangannya demi kemajuan
negara.
Mampu melaksanakan tugas dalam jangka
masa yang singkat, cekap dan sempurna.
BERAKHLAK MULIA

Rakyat yang memiliki tingkah laku yang
bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu
Mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
BERTANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan,
bangsa dan negara.
Melaksanakan tugas dengan cekap, bersih
dan amanah.
BERKEUPAYAAN MENIKMATI
KESEJAHTERAAN DIRI

Melalui perkembangan potensi individu
secara menyeluruh, rakyat akan dapat
memiliki jiwa tenteram untuk memahami
keperluannya sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.
DAPAT MEMBERI SUMBANGAN

Melalui latihan, rakyat boleh
menggunakan tenaganya yang mahir,
produktif dan inovatif untuk
mempertingkatkan daya pengeluaran ke
arah pembangunan negara
KEHARMONIAN DAN
KEMAKMURAN MASYARAKAT
DAN NEGARA

Boleh dicapai dengan mengamalkan sikap
toleransi, bekerjasama, hormat-menghormati
serta memupuk perpaduan di antara kaum.
Suasana keharmonian yang tenteram dan
stabil akan menjamin perkembangan
ekonomi dan kemajuan di dalam semua
bidang kehidupan dan muncul keadaan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Secara ringkas, unsur-unsur FPK boleh
dicerminkan dengan menggambarkan
falsafah pendidikan yang berpaksikan ke
Tuhanan.
BERLANDASKAN KEPADA FPK, FPG DIBENTUK UNTUK
MENENTUKAN HALUAN, ASAS DAN SUMBER INSPIRASI
KEPADA MATLAMAT DAN PENDIDIKAN GURU:
FPG.Guru dalam sistem pendidikan
Malaysia merupakan pendidik yang
mempunyai pekerti mulia, berpandangan
progresif, dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan budaya negara,
menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin
Matlamat FPG ialah untuk melahirkan
guru-guru yang berkualiti dari segi:

a) Peribadi
b) Profesional
C) Sosial dan amalan tingkah laku
d) Menguasai ilmu
e) Kemahiran
f) Amalan nilai-nilai murni.
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
Model Konseptual pendidikan guru adalah
dirangka berlandaskan kepada dasar FPG
dan Matlamat Pendidikan yang
merangkumi akauntabiliti guru di bawah
tiga dimensi utama, iaitu:
a) Ketuhanan
b) Kemasyarakatan
c) Kendiri

a) Ketuhanan peningkatan ilmu, penghayatan
dan amalan individu berteraskan kepercayaan
dan kepatuhan kepada ajaran agama.

b) Kemasyarakatan penekanan peranan guru
sebagai pendidik, pemimpin dan agen
perubahan.

c) Kendiri penekanan pembinaan daya
kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya
ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan
berpekerti mulia.






3 asas Model Konseptual Pendidikan Guru:
1. Pengetahuan tentang perkembangan
dan kepentingan pendidikan dalam
kehidupan.
2.Kemahiran ikhtisas yang merangkumi
kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran
dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran
3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai
murni, perlakuan guru yang penyayang,
berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik,
inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion
keguruan.

RUMUSAN MODEL KONSEPTUAL GURU

IMPLIKASI FPK
Implikasi terhadap kurikulum
Implikasi terhadap pendidik
Implikasi terhadap institusi pendiikan

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM
Perubahan kurikulum sekolah selaras
dengan cita dan tujuan FPK. Ini
meliputi:
Perubahan sukatan pelajaran
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang
mengutamakan nilai-nilai murni
Perubahan program pendidikan yang berorientasikan
Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke
arah pendidikan umum
Perubahan sukatan pelajaran untuk melatih kemahiran
pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi
IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK
Perubahan sikap pendidik
profesional. Ini meliputi:
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri
dengan pandangan dan visi yang positif
terhdap tugasnya.
Perubahan profesional dengan mengubah
strategi dan teknik pengajarannya yang
sesuai.

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI
PENDIDIKAN


Perubahan organisasi sekolah
ke arah mewujudkan situasi yang
sesuai.
Perubahan kemudahan-kemudahan
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang
kondusif
Perubahan iklim sekolah yang kondusif
IMPLIKASI FPG
1) Guru sebagai pendidik akan mempunyai iltizam yang lebih
untuk melaksanakan aktiviti bagi mencapai aspirasi-aspirasi
yang terkandung dalam FPK.
2) Dengan adanya ilmu pengetahuan yang baru, guru lebih
bersedia untuk melaksanakan strategi P&P baru bagi
melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
3) Pandangan golongan pendidik tetap akan berubah ke arah
yang positif, iaitu sanggup menanggung risiko untuk
mendatangkan pembaharuan atau inovasi, terutama dalam
bidang pendidikan.
4) Golongan pendidik juga akan berpandangan jauh dan luas.
Mereka akan terus berusaha untuk menjadikan hasrat yang
terkandung dalam Wawasan 2020 itu satu realiti.



IMPLIKASI FPG KEPADA KAUM GURU
Berpekerti mulia
Berpandangan progresif dan saintifik
Bersedia menjunjung aspirasi negara
Menyanjung warisan kebudayaan negara
Menjamin perkembangan individu
Memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu
Memelihara suatu masyarakat yang
demokratik
Memelihara suatu masyarakat yang
progresif
Memelihara suatu masyarakat yang
berdisiplin

Anda mungkin juga menyukai