Anda di halaman 1dari 7

CARA MEMOHON

(a) Semua permohonan hendaklah melengkapkan Borang Permohonan


(JAIS BPN.1). Borang permohonan tersebut boleh diperolehi dan
hendaklah dikembalikan seperti di alamat berikut:
(Borang Permohonan juga boleh diperolehi di www.jais.gov.my)

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar
berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu
dan bapa serta salinan Sijil Kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan
dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

(c) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(d) Permohonan yang berikut akan ditolak :-

(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.

(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan.

(iv) Tidak besertakan gambar.

(v) Tidak ditandatangani.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

(a) Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.

Sebelum atau pada 23 NOVEMBER 2012.

(b) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan
sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(c) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi
dalam tempoh berikut:

i) Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau

ii) Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil
temuduga)

(d) Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi urusetia di talian 03-55143424


JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR






1. JAWATAN GRED KEKOSONGAN

A. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41 1

B. PENOLONG PEGAWAI HAL S27 2
ISLAM

C. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 9

D. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 12

E. PEMBANTU TADBIR (KEW) W17 4

F. JURUTEKNIK AWAM J17 1

G. PEMBANTU RENDAH AWAM R1 1


2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

JAWATAN A : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JAWATAN B G : SOKONGAN













JAWATAN KOSONG


3. JADUAL GAJI

JAWATAN A : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41

Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

P1 RM1,908.45 RM5,466.95 RM225.00
P2 RM2,015.37 RM5,781.39
P3 RM2,127.01 RM6,122.73

JAWATAN B : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27

Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

P1 RM1,361.14 RM3,565.62 RM140.00
P2 RM1,439.77 RM3,775.97
P3 RM1,521.80 RM3,992.94


JAWATAN C : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17

Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

P1 RM927.03 RM2,526.03 RM95.00
P2 RM985.15 RM2,662.93
P3 RM1,044.97 RM2,804.68


JAWATAN D : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

P1 RM927.03 RM2,526.03 RM95.00
P2 RM985.15 RM2,662.93
P3 RM1,044.97 RM2,804.68


JAWATAN E : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

P1 RM928.74 RM2,527.73 RM95.00
P2 RM986.85 RM2,664.63
P3 RM1,046.67 RM2,806.39

JAWATAN F : JURUTEKNIK (AWAM) J17

Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

P1 RM952.66 RM2,722.67 RM95.00
P2 RM1,012.48 RM2,866.28
P3 RM1,074.01 RM3,014.86


JAWATAN G : PEMBANTU RENDAH AWAM R1

Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

P1 RM731.69 RM1,411.63 RM80.00
P2 RM779.68 RM1,483.56
P3 RM829.51 RM1,557.34


4. TARAF JAWATAN : KONTRAK

5. UMUR (Pada tarikh iklan ditutup)

Calon-calon lantikan terus mestilah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
iklan ditutup.

6. WARGANEGARA MALAYSIA
(Kelahiran Negeri Selangor atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor
atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta
mendapat pengesahan daripada Penghulu).

7. SYARAT LANTIKAN

JAWATAN A : PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41 (IMAM)
LELAKI

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan P1:RM1,908.45) atau

(b) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada P1:RM2,112.86) dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN B : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27 (IMAM /
PEGAWAI PENYELARAS MASJID) LELAKI

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek
Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
(Gaji permulaan P1:RM1,361.14)

(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya
oleh kerajaan;atau
(Gaji permulaan P1:RM1,361.14)

(c) Syahadah Institut Tahfiz dan latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz
Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan P1:RM1,661.95); atau

(c) Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan P1:RM1,661.95);

dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN C : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 / LELAKI

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus
Bahasa Arab;
(Gaji permulaan P1:RM927.03) atau

(b) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan
penuh kerajan;
(Gaji permulaan P1:RM927.03) dan

(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.


JAWATAN D : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;
(Gaji permulaan P1:RM927.03) dan

(b) Kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setarafnya dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer/atau mengambil trengkas)

JAWATAN E : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan
atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut;
(Gaji Permulaan P1:RM928.74) atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat
Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan P1:RM985.13) atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan P1:Rm1,154.92) atau

(d) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan P1:RM1,379.92) dan

(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.










JAWATAN F : JURUTEKNIK AWAM J17

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil dalan bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan P1:RM1,417.59) dan

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN G : PEMBANTU RENDAH AWAM R1

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

dan

(b) Berkebolehan menjalakan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan P1:RM731.69);

dan
(c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai