Anda di halaman 1dari 3

BAB KETUJUH: MAKHRAJ (CARA SEBUTAN) HURUF

1. PENGERTIAN MAKHRAJ HURUF:



Makhraj bermaksud tempat keluar suara huruf-huruf al-Quran. Para
ulama bersepakat menetapkan jumlah huruf-huruf Hijaiyyah ) -,.' == ( atau
abjad huruf al-Quran sebanyak 29. Huruf-hurufnya ialah: -

' , . . _ _ _ . . _ _ _ _ = = _ _ _ = , _ .= . _
Sebahagian ulama yang lain pula menetapkan abjad huruf-huruf al-
Quran ada 28 sahaja. Ini kerana mereka tidak mengira huruf alif sebagai
salah satu huruf konsonan, tetapi alif dikira sebagai huruf mad atau vokal.
3. MAKHRAJ AM DAN MAKHRAJ KHAS:

Berdasarkan kepada apa yang telah disepakati oleh para Qurra
(ulama tajwid) dan Lughawiyin (ulama Bahasa Arab) yang diterajui oleh
Imam Al-Jazari (wafat 833H) dan Al-Khalil bin Ahmad (wafat 170H/791M),
sebutan suara huruf-huruf al-Quran itu terbahagi kepada Lima anggota
Makhraj Am dan Tujuh Belas Makhraj Khas.
Lima makhraj am itu ialah: Dua bibir (syafataan), Lidah (lisan),
Kerongkong (halq), Rongga (jauf) dan Pangkal hidung (khaisyum).
Makhraj-makhraj am ini adalah anggota tempat keluar huruf itu secara
am dan ia mempunyai cara penyebutan setiap satu yang memperjelaskan
tempat keluar huruf itu secara terperinci. Ini dinamakan sebagai makhraj
khas. Pembahagian 5 makhraj am kepada 17 makhraj khas boleh dijelaskan
seperti berikut: -

Makhraj Am Makhraj Khas Huruf
Syafataan (dua bibir) 2 cara sebutan. 4 huruf
Lisan (lidah) 10 cara sebutan. 18 huruf
Halq (kerongkong) 3 cara sebutan. 6 huruf
Jauf (rongga) 1 cara sebutan. Suara Mad
Khaisyum (pangkal hidung) 1 cara sebutan. Suara Dengung
5 anggota 17 cara sebutan. 30 suara huruf

Tujuh belas makhraj khas inilah yang akan menjadi topik utama
perbincangan bab ini, Insya Allah.

4. TUJUH BELAS CARA PENYEBUTAN MAKHRAJ HURUF:

Dalam menentukan makhraj huruf, Imam Al-Jazari (wafat 833H)
bersependapat dengan Al-Khalil bin Ahmad (wafat 170H). Mereka
mengehadkan jumlah makhraj huruf kepada 17 makhraj sahaja. Pendapat
inilah yang telah menjadi pegangan majoriti para Qurra sehingga sekarang.
Tujuh belas makhraj inilah yang akan menjelaskan cara penyebutan semua
huruf-huruf al-Quran. Huraian satu persatu tentang cara penyebutan huruf-
huruf al-Quran adalah seperti berikut: -

(1.) Bibir bawah dan gigi kacip atas. Keluar daripadanya suara: .
Cara untuk memastikan sebutan yang betul bagi huruf ini ialah
dengan cara menemukakan permukaan bibir bawah dengan hujung gigi
kacip (gigi hadapan) sebelah atas. Tempat keluar suara huruf ini boleh
dipastikan apabila huruf ini disukunkan seperti melafazkan: .
Gambarajah cara sebutan huruf
(2.) Dua bibir. Keluar daripadanya suara huruf: , , .
Cara untuk memastikan sebutan huruf dan yang betul ialah
dengan cara menemukakan dua bibir sebelah atas dan bawah. Bagi huruf
dua bibir ditemukan secara ringan dan huruf pula bibir ditemukan secara
Bibir bawah
ditekan ke gigi
kacip atas
Gigi kacip atas
Bibir bawah
kuat. Tempat keluar suara dua huruf ini boleh dipastikan apabila huruf itu
disukunkan seperti melafazkan: dan .
Gambarajah cara sebutan huruf dan
Cara untuk memastikan sebutan huruf yang betul pula ialah dengan
cara memuncungkan kedua-dua bibir dengan mengadakan sedikit ruang
diantara pemuncungan itu. Tempat keluar suara huruf ini boleh dipastikan
apabila huruf ini disukunkan seperti melafazkan: .
Gambarajah cara sebutan huruf
Sila lihat buku asal untuk penjelasan penuh
Dua bibir
dirapatkan
Bibir atas
Bibir bawah
Dua bibir
dimuncungkan

Anda mungkin juga menyukai