Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH


Jurnal Praktikum


Nama Pelajar : Norhayati Binti Zakaria
Kursus & Ambilan : Pismp Ambilan Januari 2011
Tempoh Praktikum : 12 minggu
Pengkhususan : Pendidikan Islam
Guru Pembimbing : En Abd Razak b. Md Arshad
Pensyarah Pembimbing : Pn Hajjah Fadzliyah bt Hashim
Catatan Minggu ke : (12).
Tarikh :20-24 April 2014
Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, saya telah menghadapi murid tidak membuat perkara yang
diarahkan oleh guru. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan terganggu disebabkan
murid-murid tidak bertindak mengikut arahan semasa diminta membuat aktiviti dalam
kumpulan. Hal ini menimbulkan masalah bagi rakan-rakan yang lain dan menyebabkan
kerja kumpulan lambat siap oleh kerana murid berkenaan tidak memberikan kerjasama
yang sepenuhnya.

Analisis

Masalah ini timbul semasa aktiviti hands on dalam kumpulan dilakukan.
Walaupun murid berkenaan menerima tugasan tersebut, namun dia tidak memberikan
kerjasama sepenuhnya kepada rakan yang lain. Dia bermain dengan alatan dan bermain
dengan kertas-kertas yang diberikan. Apabila ditegur, murid tersebut berhenti seketika
namun selepas guru beredar, dia akan mengulangi kembali aktiviti tersebut. Murid
terbabit juga selalu menjawab dan menganggap guru sebagai rakan sehingga dia
menganggap arahan guru segai sesuatu yang tidak serius. Menurut Atkinson (1990)
tingkah laku bermasalah / negatif adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar
daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku negatif ini
boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan
berlebihan, tingkah laku kebimbangan dansebagainya


. Cadangan Tindakan Susulan

Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih
perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas dan
memberikan kerjasama kepada rakan-rakan kumpulan yang lain.
Saya juga mungkin boleh memberikan peneguhan negatif terhadap murid
yang bermasalah dengan membuat dendaan supaya kelas tersebut menjadi
lebih berdisiplin.
Guru boleh cuba membuat sistem token terhadap tingkah laku murid supaya
mereka lebih cenderung untuk bertingkah laku baik di dalam kelas.

Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.

Kesimpulan
Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap
insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan
hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik,
kecerdasan logikal matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif
seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal
jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik,
interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya.



Pandangan / komen guru pembimbing

.........................................................................................................................
.........................................................................................................................

Tarikh : .............................................
Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................



Pandangan / komen pensyarah pembimbing

.........................................................................................................................
.........................

Tarikh : ..............................................
Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai