Anda di halaman 1dari 5

4/29/2014 Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?

| e-Muamalat
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram 1/5
Utama Aktiviti Berita Hubungi Kami Portal JAKIM
Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam
Selasa, 29 Apr 2014 | 29 Jamadilakhir 1435 H
Select Language
Carian Portal e-Muamalat:
CARI
UTAMA
KENALI KAMI
FATWA MUAMALAT
JURNAL MUAMALAT
BAHAN ILMIAH
SOALAN LAZIM
GLOSARI MUAMALAT
VIEW TRACK
Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?
By: Abdul Muhaimin Mahmood

Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan
yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan
membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan
ibadat dari diterima oleh Allah SWT. [1] Rasulullah SAW bersabda;
.[ [2]

] :

Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke
atas setiap Muslim. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).

Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan
yang membahaskan status insurans konvensional.

Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya
juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:

Hukum insurans nyawa.

4/29/2014 Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram? | e-Muamalat
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram 2/5
729,777
50,585
May 1, 2011
179
2226
13606
108426
STATI STI K PENGUNJUNG
Site Counter:
Unique Visitor:
Since:
Visitors:
Today:
This week:
This month:
This year:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang
pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa
sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu
muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.[3]
Hukum insurans am

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang
pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum
ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]

Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang
pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut
Perspektif Syariah.

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan
sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah
memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan
sistem riba.

Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada
takaful adalah dimaafkan.[5]

Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut
membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah
kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
a. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa
insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang
bercanggah dengan prinsip teras Islam.

4/29/2014 Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram? | e-Muamalat
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram 3/5
b. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima
oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

c. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si
mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak
boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak
Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan
fakir dan miskin.

d. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan
fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi
insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh
pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah
dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans
konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah
SWT.

Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful
yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.

Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk
perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-
produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.

Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh
Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia
sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].

Syarikat-syarikat tersebut ialah:
a. AIA AFG Takaful Bhd
b. AmFamily Takaful Berhad
c. CIMB Aviva Takaful Berhad
d. Etiqa Takaful Berhad
e. Great Eastern Takaful Sdn Bhd
f. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
4/29/2014 Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram? | e-Muamalat
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram 4/5
g. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
h. ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
i. Prudential BSN Takaful Berhad
j. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
k. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
l. MAA Takaful Berhad.

KESIMPULAN

Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada
umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak
diharuskan dalam Islam.

Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful
yang berteraskan Islam yang patuh syariah.


[1] Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm.
203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.
[2] Al-Thabarani, Mu
c
jam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din
c
Ali bin Abi Bakr, Majma
c
al-
zawaid wa manba
c
al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm.
520.
[3] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0 (15 September 2011)
[4] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-hukum-insurans-am (15 September 2011)
[5] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-in... (15 September 2011).
[6]http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&lang=bm (dilayari 19 April 2012)

Printer-friendly version
1,798 people recommend this. Be the first of your
friends.
Recommend Share
4/29/2014 Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram? | e-Muamalat
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram 5/5
Polisi Privasi | Dasar Keselamatan | Hubungi Kami | Arkib | Sitemap | Versi Mobile | Login Portal
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia & JAKIM tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan
mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 7 atau Mozilla Firef ox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024x768).
Kemaskini Terakhir: 21 April 2014 - 4:02pm

Anda mungkin juga menyukai