Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirahmanirrohim,Yang berusaha Pn.

Rohana Binti che Hassan Guru Penolong Kanan Tadbir dan


Kurikulum, Tn.Hj.abdul Razak B. Bon,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Pn.saliza Bt Ali,Guru Penolong
Kanak Ko-Kurikulum,Yang dihormati Tn,Hj.Nazarallah bin Mohammad Nasir,AJk Pibg, Ibubapa murid Tahun 6,
rakan setugas guru-guru dan hadirain sekalian. Assalamulaikum waramatullahiwabarakatu dan salam sejahtera.

Saya telah diminta oleh GPK tadbir dan Kurikulum untuk mengisi slot perkongsian ekoran anak saya salah seorsng
yang berjaya mendapat 5A dalam Upsr 2010. Sebenarnya saya sama juga dengan ibubapa yang lain tidak ada
istimewanya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. bagaimanpun saya cuba mengamalkan 3
perkara iaitu pertama doa, iaitu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan cuba mengelakkan kata-kata yang tidak baik
seperti kedua, memberi dorongan atau motivasi contohnya jika periksa dapat A emak nak beli hadiah, apa hadiah
adik nak,dan ketiga memberi bimbingan. Contohnya memastikan dia mengikut jadual yang dia buat sendiri
mengikut keselesaan dia bertanyakan tentang pelajaran yang dipelajari,mengingatkan dia membuat kerja sekolah
atau mengulangkaji

anak saya juga tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen luar, hanya bergantung sepenuh pada guru-guru
dan pihak sekolah. Ini kerana saya dan suami saya berpendapat apa yang diberi oleh guru-guru di sekolah cukup,
apalagi apabila melihat komitednya guru-guru di sekolah ini terutama guru-guru tahun 6 yang tidak jemu dan
sentiasa memberi komitmen yang sangat tinggi dan saya sangat menghargainya, saya tahulah kreana saya sentiasa
bergaul dengan mereka. Mereka apabila menerimamurid bisanya akanbuat ujian diagnostk, buat headcount untuk
setiap orang murid,tengok berapa marlkah lagi nak capai target,macam saya anak,masa ujian intervensi dapat
markah 60 aje untuk subjek sains dan BI ,tapi dengan target nak tambah markah dengan kesungguhan guru dan
murid Alhamdulillah tercapai juga. apa kata kita beri satu tepukan pada semua guru0terutama guru tahun 6 yang
telah bertungkus lumus untuk memastikan kecemerlangan murid-murid sekolah ini.. Sebenarnya guru-guru tahun 6
ni selalu rasa stress juga apabila awal tahun ,ini kerana mereka perlu merancang straetgi baru, perlu buat headcount
perlu buat pelan straeegik untuk meningkatkasn prestasi murid-murid. Ini kerana apabila keputusan peperiksaan
diumumkan kalau baik guru dapat kredit, guru besar dapat anugerah tapi .. sebaliknya apabila keputusan jatuh,
adalah pihak jabatan datang memantau untuk mencari punca mengapa keputusan jatuh.

Tuan-tuan dan puan-puan hadiran sekalian, sebagi ibubapa yang paling penting untuk ialah memupuk kesedaran
dalam diri anak-anak tentang pentingnya pelajaran. Saya juga sentiasa memastikan anak saya mengikut program
dan aktiviti yang dibuat oleh pihak sekolah, terutama kelas tuisyen nadi,kelas tambahan, program mentor mentee,
bengkel danteknik menjawab soalan UPSR dan sebagainya.

Akhirnya saya sebagai ibu dan juga guru di sekolah ini,amat berharap agar tuan-tuan dan puan-puan dapat
memberikan kerjasama dengan memastikan anak-anak tahun 6 melibatkan diri sepenuhnya dalam program sekolah
kerana dengan gabungan murid, ibubapa dan guru tidak mustahil anak-anak kita kita dapat membina
kecemerlangan yang diimpikan.

Itu saja perkongsian yang dapat saya kongsikan dan saya sudahi dengan wa salam.

Anda mungkin juga menyukai