Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Yang berusaha, Puan Rosnani binti Ishak selaku guru besar dan juga
penasihat PIBG, En. Rozaidi bin Mohamed Kasan, PK1, Puan Azurawati binti
Abu, PK HEM, Puan Nazihah Binti Hamzah, PK KK, para guru serta ibu bapa
yang turut hadir pada majlis kali ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat
Allah SWT, dengan limpahan rahmat dan kurnianya dapat kita bertemu di
dalam mesyuarat agong PIBG pada tahun ini.

** Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana pada setiap tahun,


kerana mendapat bajet yang besar dimana dapat dibelanjakan untuk
program-program sekolah berteraskan akademik dan kokurikulum serta
menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kecil di sekolah.

1. Dikesempatan ini suka saya untuk mengutarakan beberapa isu yang


perlu kita semua memberikan lebih perhatian dan perbincangan agar isu-
isu yang bakal di utarakan ini diselesaikan dengan kadar segera.
Pertamanya adalah, laluan keluar masuk berkenderaan ibu bapa dilihat
semakin sempit.

Hal ini terjadi apabila, ibu bapa mengambil dan menghantar anak-
anak ke sekolah. Saya dikesempatan ini, ingin mengingatkan para ibu bapa
agar senantiasa berhati-hati dan peka akan pergerakan murid-murid
kerana kita mengkhuatiri akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Cadangan bagi pihak saya adalah dengan membina laluan baru yang
lebih lancar perjalanan mengambil dan menghantar anak murid ke sekolah.

2. Perkara kedua adalah, isu pelajar tahun 1 yang masih belum


mengenal huruf yakni yang tidak menguasai tahap penguasaan 3m.
Perkara ini perlu diambil berat juga oleh para ibu-bapa untuk setidak-
tidaknya menjalankan proses pengajaran di rumah untuk seketika waktu
dengan mengambil tuga mendidik seketika.

Mungkin dengan pembelajaran dan latih tubi bersama ibu bapa di


rumah, dapat mengasah kemampuan murid tahun 1 untuk lebih mengenal
huruf-huruf ABC.

3. Isu ketiga adalah, kehadiran murid-murid ke sekolah. Seboleh-


bolehnya diharapkan pada tahun 2020 ini dapat dilaksanakan satu program
sasaran ponteng sifar dalam kalangan murid-murid.
Dimana perkara ini, perlu dimulakan dari rumah oleh ibu bapa
dengan tidak memanjakan anak-anak dengan membiarkan mereka tidak
hadir ke sekolah walau tanpa alasan yang munasabah atau atas sebab-
sebab kesihatan yang menghalang. Ibu bapa perlu lebih tegas memastikan
anak-anak ke sekolah agar tidak keciciran dalam akademiknya di sekolah.

Saya juga bercadang agar diwujudkan program ZIARAH CAKNA


dimana para guru & PIBG dapat menziarahi keluarga-keluarga yang
mungkin dalam kesusahan atau anak-murid yang mempunyai masalah
kesihatan dan mungkin beberapa sumbangan dapat dihulurkan bagi
meringankan beban

4. Isu keempat adalah, saya berharap para ibu bapa dapat menjelaskan
yuran PIBG kepada persatuan agar program-program pembangunan
pelajar dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa beban kewangan yang
berat disamping bantuan yang disalurkan dari pihak kerajaan, BAP, Zakat,
dan lain-lain lagi.

Kita seharusnya bersatu hati dan sentiasa menyokong usaha-usaha


murni pihak sekolah dan PIBG untuk pembangunan moral dan akademik
anak-anak kita di sekolah ini. Saya juga berharap para ibu bapa tidak
berdiam diri sekiranya ada dikalangan para ibu bapa yang mengalami
masalah-masalah kewangan untuk tampil dan merujuk perkara ini dengan
pihak-pihak berkenaan seperti ketua kampung mahupun pihak sekolah.

Segala perbincangan untuk menyelesaikan masalah adalah amat


digalakkan sekali.

5. Seterusnya adalah isu penjagaan buku teks. Dengan skim pinjaman


buku teks yang diberikan pihak sekolah, ibu bapa perlu memastikan anak-
anak murid tidak merosakkan buku-buku teks yang telah dipinjamkan.

Saya berharap, para ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak untuk


lebih menghargai buku teks sebagai sumber ilmu. Ibu bapa perlu
memastikan setiap buku-buku teks yang diberikan perlu dibalutkan dengan
kemas dan membuat penggantian buku teks sekiranya dihilangkan.

Dengan beberapa isu dan cadangan yang saya utarakan dalam


ucapan ini, dapatlah kita sama-sama berbincang agar segala kemaslahatan
anak-anak murid kita dapat menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Sekian sahaja ucapan saya pada kali ini,.
Oleh itu. Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,

Saya merasmikan majlis mesyuarat agong PIBG SK GELONG GAJAH 2020,


KALI KE _____ INI,

Sekian, Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai