"
Maksudnya: Sesungguhnya Allah azza wajalla berfirman pada
hari kiamat: Wahai anak Adam, Aku sakit tetapi kamu tidak
menjengukKu Hamba bekata: Wahai Tuhanku, bagaimana aku
mahu menjenggukMu sedangkan Engkau adalah Tuhan sekelian
alam. Allah SWT berfirman: Bukankah kamu mengetahui
bahawa hambaKu si Fulan sedang sakit tetapi kamu tidak
menjengguknya? Bukankah kamu tahu bahawa sekiranya kamu
menjengguknya, nescaya kamu mendapati Aku di sisinya? Wahai
anak Adam, Aku meminta makan kepadamu tetapi engkau tidak
memberi makanan kepadaKu. Berkata hamba: Wahai Tuhanku,
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 10 April 2014
5
bagaimana aku mahu memberi makan kepadaMu sedangkan
Engkau Tuhan sekelian alam? Allah SWT berfirman: Bukankah
kamu tahu bahawa sekiranya kamu memberinya makanan, nescaya
kamu mendapati hal itu di sisiKu? Wahai anak Adam, Aku
meminta minum kepadamu tetapi engkau tidak memberi minuman
kepadaKu. Berkata hamba: Wahai Tuhanku, bagaimana aku
mahu memberi minum kepadaMu sedangkan Engkau Tuhan
sekelian alam? Allah SWT berfirman: Bukankah kamu
mengetahui bahawa hambaKu si Fulan meminta minum tetapi
engkau tidak memberinya minuman? Bukankah kamu tahu bahawa
sekiranya kamu memberinya minuman, nescaya kamu mendapati
hal itu di sisiKu? (HR Muslim, t.th: 2569)
Islam tidak menghadkan konsep ibadah kepada amalan-amalan yang
bersifat khusus semata-mata. Ia menjangkau kepada amalan-amalan yang
memberi manfaat atau kebaikan kepada ummah dan masyarakat.
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW pernah
menyebutkan tentang melakukan kebaikan dengan membuang duri di jalan
(HR Muslim, t.th: 437), bermuka manis, melakukan kebaikan kepada makhluk
dan menahan diri dari menganggu orang lain (HR Tirmizi, 1989: 2005) adalah
merupakan satu ibadah.
Jika diperhatikan hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis yang
berkaitan, ia memberikan gambaran tentang kebaikan-kebaikan yang
dilakukan kepada orang lain merupakan amalan-amalan yang terpuji dan akan
diganjari dengan ganjaran yang istimewa di sisi Allah SWT. Dengan kata lain
ia adalah kebaikan yang jika dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT, ia
akan dikira sebagai ibadah. Maka kertas kerja ini mengambil maksud
melakukan ibadah umum mempunyai ciri yang sama dengan amalan
kesukarelawanan.
3.0 KESUKARELAWANAN DAN KESIHATAN JIWA
Dalam hubungan ini, kesihatan jiwa sesorang dapat dipupuk melalui
amalan-amalan ibadah umum. Menurut definisi kesihatan jiwa yang diberikan
oleh WHO, seseorang yang mempunyai jiwa yang sihat adalah mereka yang
berupaya berinteraksi dengan baik dengan orang lain. Ini membawa maksud,
sekiranya seorang individu muslim benar-benar faham mengenai
tanggungjawabnya agar melayani orang lain dengan baik, berhemah dan
berakhlak mulia, secara tidak langsung dia temasuk di dalam kategori orang
yang memiliki jiwa yang sihat.
Menurut Hasan Langgulung (1983: 216), kesihatan mental/jiwa boleh
didefinisikan sebagai ...darjat atau sejauhmana seseorang berjaya
menyesuaikan secara dalaman di antara pengerak-pengerak dan pendorong-
pendorongnya yang bermacam-macam, dan juga menyesuaikan secara luaran
pada hubungan-hubungan dengan alam sekitar sekelilingnya termasuk benda-
benda dan orang-orang.
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations
6
Jika dilihat kepada definisi ini, terdapat beberapa perkara yang perlu
diperhatikan kerana ia berkait rapat dengan kesihatan jiwa. Perkara-perkara
tersebut adalah keupayaan seseorang individu menyesuaiakan terhadap
kemahuan, kehendak dan dorongan yang dimilikinya; dan keupayaannya
untuk berhubung dengan persekitaran yang terdiri daripada individu lain dan
keadaan sekelilingnya.
Aspek perhubungan yang baik, mesra dan ikhlas antara individu dan
orang lain ini dapat dipupuk melalui kerja-kerja amal yang dilakukan dalam
menzahirkan sifat kesukarelawanan. Melakukannya dengan ikhlas boleh
membuahkan perasaan saling hormat menghormati dalam diri individu dan
masyarakat. Selain itu, melalui amalan kesukarelawanan ini dapat membina
keyakinan diri seseorang untuk menyesuaikan dirinya dalam kalangan
khalayak ramai.
Manakala Zakiah Daradjat (1984) memberikan definisi kesihatan jiwa
dalam perspektif Islam. Menurut beliau;
Kesihatan jiwa ialah satu ilmu yang berkaitan dengan
kesejahteraan dan kebahagiaan manusia yang nerangkumi semua
aspek hubungan kehidupan mereka termasuk dengan diri sendiri,
orang lain, alam sekitar dan paling penting adalah hubungan
dengan Tuhan Pencipta sekelian alam.
Zakiah Daradjat (1975) juga menyebutkan bahawa orang yang sihat
jiwanya adalah mereka yang mampu merasakan kebahagiaan dalam hidup
kerana mereka merasakan bahawa diri mereka berguna, berharga dan mempu
menggunakan potensi dan bakat yang dimiliki yang membawa kebahagiaan
kepada diri sendiri dan orang lain. Di samping itu juga, mereka mampu untuk
menyesuaikan diri dan menghindari dari kegelisahan dan gangguan jiwa serta
mempunyai moral yang baik. Maka orang yang sihat jiwanya tidak akan
merasa sombong, rendah diri tetapi menghargai orang lain dan percaya pada
diri sendiri.
Definisi ini memberi pengertian yang luas kerana ia mencakupi
keseluruhan aspek kehidupan manusia yang melangkaui kehidupan di dunia
dan akhirat. Di samping itu, ia meletakkan teras keimanan dan ketakwaan
kepada Allah SWT dengan tujuan untuk mencapai hidup yang bermakna dan
bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Dalam konteks ini, kehidupan beragama
adalah salah satu aspek yang penting kepada kesihatan jiwa manusia dalam
mencari makna sebuah kehidupan yang membahagiakan.
Maka jelas di sini bahawa Islam menekankan kepentingan aspek
perhubungan seorang individu dengan individu dalam masyarakatnya.
Perhubungan baik dan harmoni ini boleh dipupuk melalui berbagai cara. Salah
satu kaedah untuk memupuk hubungan yang erat dan positif adalah melalui
amalan kesukarelawanan.
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 10 April 2014
7
4.0 KESUKARELAWANAN MEMUPUK JIWA YANG SIHAT
Seperti yang telah disebutkan di atas, kertas kerja ini mengaitkan
kesukarelawanan dengan melakukan ibadah umum. Selain ibadah-ibadah
khusus seperti menunaikan solat, membayar zakat, puasa di bulan Ramadhan
dan menunaikan fardhu haji, ibadah-ibadah umum juga sebenarnya penting
kepada setiap individu muslim kerana ia boleh menyumbang kepada kesihatan
jiwa (Morsi, 1998 dan Al-Zahrani, 2005).
Islam telah mengajarkan umatnya agar mengamalkan perhubungan
yang baik kepada setiap manusia terutamanya dalam kalangan sesama muslim.
Al-Quran (49: 10) menyebutkan bahawa orang-orang mukmin adalah
bersaudara dan mendamaikan antara dua orang yang sedang dalam
permusuhan adalah satu ibadah yang sangat dituntut.
Dalam menjaga hubungan baik dengan orang lain, Rasulullah SAW
pernah bersabda;
"
"
Maksudnya: Barang sesiapa yang beriman kepada Allah SWT
dan hari akhirat maka katakanlah sesuatu yang baik atau
hendaklah dia diam. Barang sesiapa yang beriman kepada
Allah SWT dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan
jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan
hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya (HR
Muslim, t.th: 47).
Hadis ini mempunyai pengertian yang amat penting dalam memahami
bagaimana hubungan sesorang individu dengan orang lain memberi kesan
terhadap kesihatan jiwanya. Hadis ini menerangkan beberapa sifat baik dan
menjadi adab sopan bagi orang-orang yang beriman. Sifat-sifat tersebut adalah
berkata perkara-perkara yang baik atau diam sahaja sekiranya tiada perkara
yang mahu diperkatakan, memuliakan jiran dan tetamu.
Menurut Mustafa (2009), Rasulullah SAW mengajar supaya orang-
orang yang beriman mengawasi pertuturan dan membiasakan diri dengan
berdiam diri jika ia lebih berfaedah dari mengatakan perkara-perkara yang sia-
sia. Namun demikian, bercakap bukanlah sesuatu yang dilarang secara umum
dan berdiam diri juga bukanlah disuruh secara mutlak. Dalam hal ini, sorang
mukmin dituntut untuk memerhatikan perkara yang hendak diperkatakan atau
perkara yang perlu didiamkan sama ada ia berfaedah atau tidak. Ini
bermaksud, seseorang yang mahu memperkatakan sesuatu perlu berfikir
dengan mendalam sebelum dia memperkatakan sesuatu.
Jika diperhatikan sifat menjaga perkataan ini dan perkaitanya dengan
kesihatan jiwa, maka orang-orang yang memiliki jiwa yang sihat sentiasa
berfikir sebelum mengatakan sesuatu sama ada ia berfaedah atau tidak,
menyakiti atau mengembirakan orang lain, dan berbahaya atau bermanfaat.
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations
8
Keadaan ini menyumbang kepada keharmonian rumah tangga, hubungan baik
sesama ahli keluarga, rakan dan masyarakat. Tiada ungkapan mencaci,
mengherdik atau marah menggunakan perkataan-perkataan yang boleh
menguris perasaan orang lain. Dalam masa yang sama hubungan baik, kasih
sayang, tolong menolong dan sokong menyokong dapat dibina di dalam
sesebuah komuniti.
Begitu juga dengan sifat memuliakan jiran dan tetamu. Jiran adalah
orang yang tinggal berhampiran dengan seorang. Manakala tetamu adalah
orang yang datang menziarahi. Sikap bertimbang rasa, hormat menghormati,
menjaga diri dan lidah dari menyakiti hati jiran dan tetamu adalah termasuk di
dalam sifat-sifat orang yang memuliakan jiran dan tetamu (Mustafa, 2009).
Kesemua perkara-perkara ini pula jika dikerjakan dengan penuh
keikhlasan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata, ia dikira
sebagai ibadah dan dapat memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli
sesebuah masyarakat.
5.0 PENUTUP
Maka dapat disimpulkan di sini bahawa ibadah-ibadah yang dilakukan
oleh setiap muslim adalah manifestasi sifat kehambaan, kepatuhan dan
ketundukan kepada Allah SWT. Ia juga merupakan tanggungjawab muslim
kepada Tuhannya. Namun, ibadah yang dilakukan bukan terhenti sekadar itu
sahaja, ia melangkaui hubungan makhluk dengan Penciptanya. Ibadah-ibadah
yang dilakukan merupakan makanan untuk rohani setiap muslim. Rohani yang
disirami dengan cahaya ibadah ini menghasilkan jiwa-jiwa yang sihat. Jiwa-
jiwa yang sihat inilah yang menghasilkan manusia-manusia yang
bertanggungjawab sama ada kepada dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat.
Melakukan kerja-kerja amal dengan menghulurkan sumbangan tenaga,
idea dan harta yang dilakukan dengan seikhlas hati adalah sifat yang sangat
terpuji dalam Islam. Sejarah para nabi dan rasul serta pendakwah-pendakwah
Islam hampir kesemuanya adalah berteraskan kepada amalan sukarela yang
ikhlas semata-mata mengharapkan balasan daripada Allah SWT.
Persekitaran hari ini yang terhimpit dengan keadaan ekonomi yang
tidak menentu memberi setiap muslim peluang dan ruang untuk menzahirkan
simpati dan empati terutamanya kepada warga masyarakat yang kurang
berkemampuan dan intitusi yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.
Khidmat masyarakat seperti membersihkan surau, masjid, rumah-
rumah warga miskin adalah contoh kerja-kerja sukarela yang boleh
disumbangkan. Begitu juga dengan kelebihan ilmu, latihan dan idea, boleh
disumbangkan untuk mengadakan kelas-kelas akademik percuma kepada
anak-anak miskin. Gotong-royong menyediakan kelengakapan majlis-majlis
ilmu yang kerap diadakan di masjid dan surau perlu dijadikan sebagai agenda
penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Oleh yang demikian, semangat kesukarelawanan, bantu membantu,
tolong menolong ini perlu ada dan dipupuk dalam diri setiap muslim.. Dengan
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 10 April 2014
9
itu, terdidiklah jiwa kepada simpati dan ihsan, harmonilah masyarakat dengan
perihatin dan kasih sayang.
Rujukan
Al-Tirmizi. (1998). Sunan Al-Tirmizi. Beirut: Dar Al-Ghurab Al-Islami.
Al-Zahrani, M. S. (2005). Konseling Terapi (Narulita & Miftahul, terj.).
Jakarta: Gema Insani.
Anas Alam Faizli. (2013). Kesukarelawanan dan sektor ketiga sebagai ejen
demokrasi. Retrieved January 20, 2014, from
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/02/28/kesukar
elawanan-dan-sektor-ketiga-sebagai-ejen-demokrasi/
Hasan Langgulung. (1983). Psikologi & Kesihatan Mental di Sekolah-sekolah.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibn Kathir, M. A. (2011). Tafsir Ibn Katsir (Abdul Ghoffar & Abu Ihsan, terj.).
Jakarta: Pustaka Imam Syafie.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. (2014). Retrieved January 06, 2014,
from
http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=peruntukan_bantuan_kh
as_perbendaharaan_bagi_program_pembangunan_masyarakat&lang=bm
Morsi, K. I. (1988). Madhal Ila Ilm Al-Sihah Al-Nafsiyyah. Kuwait: Dar Al-
Qalam.
Muslim, A. H. (n.d.). Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya Al-Thurath Al-Araby.
Mustafa, A. R. (2009). Hadis Empat Puluh. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Readers Digest Oxford complete wordfinder. (1996). UK: Readers Digest
Association.
Saifuddin Abdullah. (2001). GERAKAN KESUKARELAAN Menjana
Perubahan Bermakna. Kulala Lumpur: Majlis Belia Malaysia.
Zakiah Daradjat. (1975). Pendidikan Agama Dalam Pembinaan Mental. In
Pembinaan Jiwa/Mental. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.
Zakiah Daradjat. (1984). Kesihatan Mental Peranannya Dalam Pendidikan
dan Pengajaran. Jakarta: IAIN Syarif Hidayatullah.
(Muslim, n.d.)
Nationalism, Community Development and Ethnic Relations
10
(Al-Tirmizi, 1998)
(Morsi, 1988)
(Al-Zahrani, 2005)