Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AJK PERALATAN

SEBELUM
Sebelum malaksanakan aktiviti Bina Insan Guru di SK Sri Pagi saya bersama
rakan iaitu berbincang untuk menyediakan peralatan yang perlu di bawa ke sekolah
tersebut. Memandangkan kami sekelas akan mengadakan program Pintar Seni
kepada murid-murid tahun 3 Gigih, maka berikut adalah senarai alat dan bahan yang
perlu dibawa untuk menjayakan program tersebut.
Senarai alat dan bahan:
1. Kertas lukisan
2. Gam
3. Gunting
4. Bahan-bahan terbuang seperti surat khabar lama, majalah, bungkusan gula-gula,
ranting pokok.

SEMASA
Semasa berada di SK Sri Pagi, peralatan tersebut dibawa ke dalam dewan
tempat kami melaksanakan aktiviti Pintar Seni. Aktiviti Pintar Seni yang dilaksanakan
berfokuskan pada bidang menggambar iaitu manghasilkan kolaj melalui bahan-bahan
terbuang. Oleh itu sekalu AJK peralatan, kami menjalankan tugas dengan cara
mengagihkan alat dan bahan yang dibawa dari IPG Kampus Raja Melewar untuk
diberikan kepada murid-murid sekolah tersebut.

SELEPAS
Selepas melaksanakan aktiviti bersama murid-murid di SK Taman Sri Pagi, kami
memastikan peralatan yang dibawa tidak ditinggalkan begitu sahaja di sekolah tersebut.
Sisa alat dan bahan dari aktiviti tersebut kami kemas dan buang di tempat yang
disediakan.
Laporan disediakan oleh,

















REFLEKSI

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan seterusnya
kepada kalian. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan
kurniaNya, dapat saya melaksanakan program Bina Insan Guru bagi penanda aras
semester 6 di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pagi.

Program Pintar Seni dilaksanakan bagi murid-murid yahun 3 Gigih di sekolah
tersebut. Tujuan utama saya dan rakan-rakan melaksanakan aktiviti tersebut adalah
untuk memberi ilmu tambahan kepada murid-murid sekolah disamping memberi
kesedaran kepada mereka untuk memelihara alam sekitar dengan mengitar semula
bahan-bahan buangan yang berada di sekeliling mereka.

Program Pintar Seni yang dijalankan adalah berkaitan dengan aktiviti
menghasilkan kolaj dari bahan-bahan terbuang. Saya selaku AJK peralatan
melaksanakan tanggungjawab untuk menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan kolaj tersebut. Alat dan bahan seperti kertas lukisan, gam, gunting,
kertas gula-gula dan ranting pokok dikumpulkan untuk murid-murid sekolah tersebut
gunakan.

Sewaktu berada bersama murid-murid tahun tiga menjalankan aktiviti Pintar
Seni pelbagai pengalaman saya peroleh. Antaranya ialah dengan perkongsian ilmu
antara saya dengan murid-murid tersebut membuatkan saya sedar bahawa ilmu yang
saya peroleh di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar amatlah berguna. Ilmu
yang diperoleh dimanfaatkan dengan perkongsian ilmu tentang konsep kolaj dan
sebagainya.

Selain itu, melalui aktiviti Pintar Seni juga memberi kesedaran kepada saya
tentang tanggungjawab sebenar sebagai warga pendidik yang bergelar guru. Hal ini
demikian kerana sebagai seorang guru sememangnya tidak dapat lari dari mendidik
anak bangsa. Perkara ini saya amati semasa perkongsian ilmu dan menjalankan aktiviti
melaksanakan kolaj bersama mereka.

Pengalaman ini juga akan sentiasa terpahat dan menjadi kenagan di dalam hati.
Telatah murid-murid dalam menerokasesuatu perkara baharu menjadikan semangat
saya berkobar untuk mengajar ilmu yang baharu kepada mereka. Jelaslah di sini
bahawa semangat amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Tuntasnya, dalam melaksanakan program bina insan guru bagi penanda aras
semester enam ini memberi pengalaman yang menarik bersama murid-murid di SK
taman Sri Pagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai