Anda di halaman 1dari 4

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap

ibadah yang difardhukan oleh Allah SWT memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad
mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka
berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.
Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional
menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi
mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan
ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari
menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur
ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.
Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam
tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang
beroperasi di Pulau Pinang dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau
ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan
Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :
Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi
perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang
lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan
fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
Berasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu
memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji
Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum
kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja
untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai
suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur
secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.
Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan
perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin
kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun
1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta
baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang
memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan
Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan
sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

-Musim haji bermula awal zulkaedah
- tabung haji menyediakan 4 penerbangan terus dari penang ke Jeddah.

TH Hotel & Residence Pulau Pinang
-
Lot 5789 & 5790
Jalan Dato' Ismail Hashim
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang
Telefon : 04-641 2284
Faks : 04-641 2297
E-mel : rsvnpenang@thhotels.com.my

Visi
TUNGGAK KEJAYAAN EKONOMI UMMAH; PENGURUSAN HAJI TERBILANG
Misi
Dalam mencapai visi TH, Kami beriltizam:-
Memperkasakan Ekonomi Ummah
Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan Berterusan
Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
Memberikan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban
Nilai Teras
Profesionalisme
Kerja Secara Berpasukan
Komited
Prihatin, Mesra dan Penyayang
Inovatif




Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam unggul di Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 1963, TH mempunyai 50 tahun pengalaman dalam Deposit,
Perkhidmatan & Operasi Haji dan Pelaburan. Sebagai sebuah Pengurus Dana Islam
terbesar negara dengan dana melebihi RM41bilion, TH berusaha untuk memperkasakan
ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.
TH menumpukan kepada perkhidmatan haji yang cemerlang dan memuaskan kepada
semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan
dunia dan menjadi contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang
inovatif oleh kebanyakan Negara Islam di dunia.
TH terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran, baik di dalam Negara dan di arena
antarabangsa dengan menceburi bidang pelaburan di beberapa sektor seperti perladangan,
pembangunan hartanah dan pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan
gas, perkhidmatan pelancongan and makanan halal. Dengan keuntungan bersih melebihi
RM2 bilion, TH mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pemegang
kepentingannya setiap tahun.
TH berdaya saing dan kompetitif melalui perkhidmatan yang inovatif dan skim simpanan
menarik yang direka untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan. Kini, TH mempunyai
lebih daripada 8 juta pendeposit dan 119 cawangan, dengan lebih daripada 6,000 touch-
points' di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab
Saudi.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji dengan izin Allah SWT untuk :
Membantu anda mendapatkan haji yang mabrur dengan perbelanjaan yang berpatutan;
Menyelaras penerbangan haji yang menepati masa, selamat dan boleh diharapkan;
Menyediakan penginapan yang bersih dan selesa di tanah suci;
Menyelenggara akaun anda secara profesional dan mengawalnya secara sulit dan
persendirian;
Melabur dalam bidang pelaburan yang halal, berhemat dan selamat supaya dapat memberi
pulangan yang setanding dengan pasaran, di samping memastikan pertumbuhan yang
berterusan;
Memberi layanan yang mesra, cepat dan cekap;
Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.





Bangunan Tabung Haji

Bangunan Tabung Haji adalah sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda pembangunan
Islam. Upacara meletakkan batu asas bangunan ini disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 15 Januari 1982 dan siap dibina pada tahun 1984. Bangunan ini di rasmikan
oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Mahmood Iskandar
Yang Di-Pertuan Agong ke-8 pada 19 September 1985.
Bangunan ini mendapat sentuhan reka bentuk oleh arkitek Malaysia iaitu Hijjas Kasturi.
Ianya dibina dalam masa tiga tahun dengan keluasan 55700 meter persegi (600,000 kaki
persegi). Gaya senibina yang ditonjolkan di dalam reka bentuk bangunan ini adalah
bercirikan Islam yang moden dan global serta mengambil konsep tiga unsur yang diutamakan
dalam Islam iaitu Kesederhanaan, Disiplin dan Kesatuan.
Pelan lantai geometri bangunan ini memperlihatkan ekspresi simplitik tradisi agung kesenian
Islam dan konsep keluk bulat cengkung yang melambangkan pendekatan revolusi dan moden
terhadap senibina pada waktu pembinaan.
Bangunan ini mempunyai lima kolum yang melambangkan lima Rukun Islam sekaligus
memenuhi kehendak struktur bangunan itu sendiri. Keistimewaan kolum-kolum itu ialah
kelima-limanya tidak kelihatan serentak pada pandangan mata walau dari sudut mana ia
dilihat. Konsep ini memancarkan makna bahawa Rukun Islam dan keimanan para
penganutnya bukanlah sesuatu untuk dipamerkan dan dibanggakan, tetapi untuk dilaksanakan
dan dibuktikan.
Antara sifat unik luar biasa bangunan ini yang tidak ada pada bangunan lain adalah terdapat
ukiran Allah SWT dalam tulisan jawi yang sentiasa tersergam indah di puncak bangunan.
Selain itu, ciri reka-strukturnya yang melambangkan sifat-sifat kesatuan dan kesepaduan
dalam menjalankan ibadah yang dituntut oleh Allah SWT.
Walaupun terdapat perbezaan di kalangan masyarakat Islam di dunia ini, tetapi akhirnya
setiap pemeluknya akan sama-sama berhasrat dan berusaha dengan bersusah payah untuk
mengerjakan Rukun Islam yang kelima iaitu Ibadah Haji, suatu ibadah yang membuktikan
kesatuan dan kesepaduan semangat persaudaraan dalam Islam.
Ketinggian bangunan ini ialah 152 meter (500 kaki) dengan 39 tingkat dan kos pembinaan
sebanyak RM 102 juta. Bangunan ini mempunyai 27 tingkat pejabat, 7 tingkat parkir kereta,
2 tingkat untuk bilik servis dan 2 tingkat pelbagai guna seperti kaunter, dewan besar dan
media, kedai, kafeteria dan perbankan. Bangunan ini juga direka dengan sebuah surau
berbentuk kon dibahagian hadapan dengan kapasiti 250 orang yang juga digunakan untuk
Solat Jumaat dimana kapasitinya dapat dibesarkan kepada 600 orang.

Anda mungkin juga menyukai