Anda di halaman 1dari 15

STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL

TAJUK 7 PERUBAHAN SIKAP

DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM


PP SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Bagaimana sikap berubah?
 Rasionalisasi – perubahan sikap kesan dari
persuasi diri
 E.g: cuba berubah sikap tentang
bersenam

 Persuasi – perubahan sikap kesan


pengaruh komunikasi seseorang
 E.g: Ibu cuba mengubah sikap anda
tentang bersenam

 Propaganda – perubahan sikap didorong


ideologi tertentu
 E.g: Kempen Bersenam oleh Kementerian
Teori Kognitif Disonansi
 Mula dicadangkan oleh Festinger
(1957)
 Fikiran manusia terdiri dari beribu
kognisi (pengetahuan &
kepercayaan)
 Ada antara kognisi bercanggah
antara satu sama lain
 Satu model yg mencadangkan
kesedaran tentang kognisi konsonen
menyebabkan kita rasa OK
manakala kesedaran tentang
kognisi disonen menyebabkan kita
rasa tidak OK
Kognisi Konsonen vs. Kognisi
Disonen
 Kognisi Konsonen – kepercayaan
yang konsisten antara satu sama
lain
 Contoh: ilmu penting dan saya rajin
belajar
 Kognisi Disonen- kepercayaan yang
tidak konsisten atau tiada kaitan yg
lojik
 Contoh: ilmu penting tetapi saya malas
belajar
 Perasaan tidak selesa mendorong
kita mengubah sesuatu
 Kognisi Disonansi antara kognisi
penting menimbulkan rasa yg lebih
negatif
Menurunkan disonansi
 Mengubah satu kognisi utk menjadi
selaras
 Ubah kpd “saya rajin belajar” atau “Ilmu
tidak penting, masih boleh berjaya jika
cantik”
 Menambah kognisi konsonen
 Tambah “Saya malas belajar tetapi
memberi tumpuan dalam kelas”
 Mengubah kepentingan kognisi
 Masa depan tidak terlalu penting,
hubungan sosial sekarang lebih penting
Sejarah dan perkembangan
 Beribu kajian yg berfokus kpd
disonansi
 Tiga paradigma eksperimental
 Paradigma komplains yg ditimbulkan
 Disonasi dicetuskan dgn meminta peserta
melakukan sesuatu yg bertentangan dgn
sikap
 Paradigma Justifikasi
 Disonansi dicetuskan dgn meminta peserta
melakukan sesuatu yg tidak berbaloi
 Paradigma pilihan bebas
 Disonansi dicetuskan dgn meminta peserta
memilih antara dua perkara
Kajian terkini Disonansi-
Paradigma Hipokrisi
 Satu kaedah penyelidikan menguji
teori disonansi dengan meminta
peserta mempromosi tingkahlaku
prososial secara umum dan selepas
itu disedarkan yg tingkahlaku
mereka tidak selalunya konsisten
dgn tingkahlaku prososial
 Eskperimen Kondom
 83% mereka yg mengisi soal selidik
yg menunjukkan kegagalan mereka
dlm mempraktikkan hubungan seks
selamat membeli kondon berbanding
50%
Kajian terkini Disonansi-
Perbezaan individu dalam tahap
konsistensi
 Ada individu yg lebih mementingkan
konsistensi antara sikap dan
tingkahlaku mereka berbanding
orang lain
 Cialdini –Preference For Consistency
 PFC -Disposisi individu yg lebih
sukakan konsistensi antara
tindakbalas mereka dan tindakbalas
orang lain
Kajian terkini Disonansi-
Disonansi dan sikap eksplisit dan
implisit

 Disonansi hanya mengubah


sikap eksplisit dan bukan sikap
implisit
Komunikasi Persuasif
 Merujuk kpd cubaan dlm bentuk
verbal, tulisan, bersemuka atau
berasaskan media oleh individu atau
kumpulan tertentu supaya orang lain
mengambil posisi tertentu
 Iklan, kuliah, pujukan kawan
 Ditujukan utk mengubah pelbagai
sikap seperti pandangan politik dan
sikap terhadap produk
 Kebanyakkan komunikasi persuasif
dlm bentuk informasi
Teori Tindakbalas Kognitif
 Satu model persuasi yg
mengandaikan impak sesuatu mesej
bergantung kpd fikiran yang
dicetuskan oleh mesej tersebut
 Fikiran mungkin dicetuskan oleh
penyampai, isu atau mesej
 Tindakbalas fikiran akan
menentukan penerimaan atau
penolakkan
 Hujah menyokong (pro-argument)-
penerimaan dan vice versa
Persuasi Heuristik

 Sikap berubah kesan dari


isyarat yang menunjukkan posisi
yang dicadangkan oleh mesej
ialah valid
 Persuasi pakar lebih mudah
diterima
 Persuasi dari mereka yang
disukai, lebih menarik dan lebih
terkenal lebih mudah diterima
Propaganda
 Merujuk kpd percubaan persuasif yang
didorong oleh ideologi atau nilai tertentu
spt pandangan politik atau agama
 Dalam propaganda ada maklumat yang
sengaja diubah
 Propaganda merujuk kepada tahap
 Persuasi yg memberi dua sudut
pandangan spt kuliah lebih rendah tahap
propaganda berbanding ceramah politik
 Propaganda digunakan dalam peperangan,
pembentuk kult
 Ada bentuk propaganda dalam iklan, TV
dan pendididikan
Bagaimana melawan
persuasi?
 Secara amnya manusia cuba
melawan persuasi
 Mereka yg didedahkan dengan hujah
melawan kepercayaan dlm budaya
meningkat cubaan melawan
persuasi
 Dua cara lain:
 Mengenali cubaan persuasif
 Mempersoalkan kewajaran otoriti yg
menyampai mesej
Soalan tutorial 7
 Bagaimana disonansi kognitif boleh
diturunkan?
 KES 2- Shilla tidak cintakan Rusli tetapi
beliau keluar tiap kali di ajak oleh Rusli.
Shilla mengalami disonansi kognitif dan
merasa tidak selesa. Bagaimana beliau
dapat menurunkan kognitif disonansi ini?

 KES 2- Chew Beng seorang ahli Kelab


Pencinta Alam yang aktif. Pada masa yang
sama, beliau menghapuskan sampah di
rumahnya dengan membakar. Chew Beng
mengalami disonansi kognitif dan merasa
tidak selesa. Bagaimana beliau dapat
menurunkan kognitif disonansi ini?

Anda mungkin juga menyukai