Anda di halaman 1dari 4

Teknologi Maklumat diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan dalam bidang mikroelektronik

yang mengandungi perkembangan pelbagai teknologi maklumat seperti komputer peribadi,


telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Paling terserlah kemunculan Internet yang
mempamerkan penggunaan jaringan informasi bersepadu sehingga boleh diaplikasikan sebagai
bahan komunikasi multimedia, komponen yang melibatkan teks, bunyi, grafik, dan video.

Pada era ini, ledakan maklumat yang boleh didapati di carian sesawang seperti google, yahoo.
Ask.com dan sebagainya memberi peluang kepada masyarakat kini memperolehi pelbagai maklumat
dan berkongsi maklumat. Keadaan ini membantu pelajar dalam mengakses maklumat-,maklumat
yang ingin diperolehi.

Perkakas komputer yang semakin berteknologi tinggi serta boleh didapati dengan harga yang
berpatutan. Kepesatan IT ini telah mempengaruhi iklim ataupun atmosfera kemodenan
sedunia.Semuanya tidak mahu ketinggalan. Semua sektor ingin mengetahui, mempelajari serta
mengkaji apa yang boleh disumbangkan serta penyumbangan yang boleh dilakukan oleh dunia IT
sendiri. Dari sektor perubatan, ekonomi, perkapalan, astronomi, hartanah, pendidikan dan
sebagainya,semuanya ketika ini berlandaskan IT. Pendidikan amnya mengalami perubahan yang
sangat ketara.

Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional disekolah, kemudian beralih kepapan putih,
kemudian kealat bantuan mengajar seperti OHP dan seterusnya yang terkini pembelajaran secara
on-line ataupun dalam bahasa ITnya dewasa kini e-learning. E-learning yang seakan-akan mitos 10
tahun dulu kini menjadi keperluan semenjak web mendominasi Internet.

Di Malaysia, e-learning masih lagi 'baru' kehadirannya jika dibandingkan dengan negara-negara Barat
khasnya di US dimana setengah sekolah telah menjadikan ianya sebagai satu kaedah asas
pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional.

E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang
kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan
usahasama Universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang
menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL (
Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi usahasama dengan syarikat tempatan
Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara
maya.

Cikgu.Net (disebut Cikgu dot Net) merupakan portal pendidikan yang pertama sekali dilancarkan
dinegara kita pada bulan Mac 2000. Dengan isi kandungan yang berbahasa Melayu, ia berjaya
menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya, dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120
ribu pengunjung telah pun melawat portal tersebut. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
perantaraannya, kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat
diselaraskan.

Sokongan kuat oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pearson Education Malaysia, DBP serta
beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net terhadap pendidikan negara sememangnya
tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu juga dengan Portal Pendidikan Utusan yang mendapat
sambutan hangat ketika mula-mula dilancarkan. Portal Pendidikan Utusan memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan soalan-soalan latihan terkini bermula dari UPSR, PMR,SPM, dan STPM.
Malah guru juga boleh menjadikannya sebagai kerja rumah kepada murid.

Kemunculan kecanggihan sistem Internet dan teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal,
dan on-line jarak jauh seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak.
Keadaan ini secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit
sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan
secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-
kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar.


2.1.7 Perubahan peranan Guru dalam bilik darjah.

Setelah dilihat kepada kesan globalisasi yang pelbagai dan kemunculan teknologi maklumat yang
meluas serta kemudahan pengajaran yang selaras dengan globalisasi dan pembangunan, kaedah
pengajaran guru juga haruslah berubah selaras dengan perubahan dunia.

Pada era ini yang menyaksikan ledakan maklumat dan penguasaan teknologi, guru seharusnya
mengambil manfaat daripada perubahan itu. Pengajaran tradisional seperti Chalk and Talk harus
dipermodenkan dengan bantuan teknologi yang berkembang pesat dalam pendidikan. Pada era ini
guru pengajaran tidak seharusnya hanya berpusatkan guru semata-mata sebaliknya pengajaran
haruslah berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai mentor dan pemudah cara bagi pelajar.

Penggunaan ICT oelh guru misalnya, dapat meluaskan konsep pembelajaran dan guru juga dapat
menyediakan suatu situasi yang mencabar minda kepada murid-murid cerdik yang memerlukan
aktiviti penggayaan. Melalui pengajaran yang berpusatkan murid, ianya berupaya meningkatkan
kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

Penggunaan teknologi maklumat ini boleh dibahagikan kepada 4 unit iaitu ICT sebagai alat tutorial,
ICT sebagai alat penerokaan, ICT sebagai alat aplikasi. Dan ICT sebagai alat komunikasi. Kesemua
kaedah tersebut merupakan kaedah terkini yang perlu digunakan oleh seorang guru dalam
menyediakan pengajaran yang menarik dan meransang minda pelajar pada masa kini.

Oleh yang demikian, guru pada era ini perlulah mempunyai kesediaan untuk menerima perubahan
dan bergerak seiring dengan globalisasi pendidikan. Kesediaan guru akan membantu kepada
pengajaran yang efektif dan kondusif bagi melahirkan individu yang mampu menyumbang kepada
pembangunan Negara selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, melahirkan insan
yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual, dan Sosial. Oleh itu untuk tidak
ketinggalan dalam arus globalisasi guru harus sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang
berlaku di dalam Negara mahupun di luar Negara.


2.2 Implikasi Globalisasi Terhadap Negara

Jika dilihat dari sudut perspektif pendidikan,globalisasi pendidikan ini membawa kepada persaingan
yang sihat dalam institusi pendidikan untuk meningkatkan mutu pendidikan selain menghasilkan
reka cipta inovatif, ia juga akan melahirkan individu yang celik ilmu. Setiap institudi pengajian tinggi
di dalam Negara ini samaada swasta mahupun kerajaan akan berusaha menonjolkan diri dalam
kebitaraan mereka. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyediakan peluang pendidikan yang
bermutu dan kemudahan infrastruktur yang terbaik agar menjadi pilihan pelajar.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat telah menyediakan peluang
pendidikan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meneruskan pengajian mereka. Peluang ini
menggalakkan pelajar menjalani pengajian jarak jauh atau berdaftar di isntitusi pengajian tinggi
swasta. Pembelajaran sepanjang hayat berlaku tanpa mengira masa, tempat, dan pelajar boleh
mengikuti pelajaran mengikut citarasa pilihan mereka. Keadaan ini amat membantu bagi pelajar
yang sudah bekeluarga dan sudah bekerja yang ingin meneruskan pelajaran mereka, dalam masa
yang sama dapat mengurus keluarga dan kerja.

Kesan globalisasi pendidikan yang membawa kepada peningkatan ekonomi Negara juga turut
membawa kesan kepada aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari Negara-negara luar ke
Negara kita. Tenaga mahir dari luar dibawa masuk untuk memberi latihan dan kursus kepada pelatih
dalam Negara dalam pelbagai bidang. Hal ini adalah berikutan daripada hasrat kerajaan ingin
melahirkan tenaga mahir dari kalangan rakyat Malaysia sendiri bagi mengurangkan aliran tenaga
buruh luar.

Komunikasi merentasi budaya telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang bakal
menceburkan diri mereka dalam dalam pasaran buruh antarabangsa. Walaubagaimanapun
peningkatan pelajar yang berkelayakan dan lambakan graduan akan mengakibatkan pengangguran.
Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu kepada pertumbuhan Negara kearah Negara maju pada
tahun 2020.

Perkongsian dan aliran sumber-sumber pendidikan serta penemuan penyelidikan antara Negara
memberi satu impak kepada pembangunan pendidikan Negara kita. Penemuan baharu dalam
penyelidikan memberi kaedah pengajaran yang lebih afektif dan berkesan dengan dibantu oleh
bahan-bahan bantu mengajar yang canggih. Peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam
sistem pendidikan sekaligus melonjakkan kecemerlangan dalam pendidikan Negara.

Globalisasi pendidikan membawa kepada transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk
menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan globalisasi. Transformasi
dalam kurikulum akan sentiasa dikaji untuk memastikan kesesuaiannya dalam arus globalisasi yang
semakin pesat dan sentiasa berubah-ubah.

Anda mungkin juga menyukai