Anda di halaman 1dari 2

Tahun baru 2014 belum mencecah sebulan, para guru dikejutkan dengan isu guru Bahasa Inggeris

di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak yang mendenda 2 orang murid yang tidak menyiapkan kerja
rumah (homework). Murid tersebut dirotan kemudian digantungkan loceng dan diugut makan
rumput. Selepas itu kedua-dua murid tersebut diejek kawan-kawannya sebagai LEMBU.

Hal tersebut menjadi kecoh selepas ibu bapa kepada murid tersebut membuat laporan polis dan kisahnya
mendapat tempat di Buletin Utama TV3.


Sebagai hukuman, guru itu menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan
Mohd Izat Iqbal Mohd Harith masing-masing, 10, serta memaksa mereka memakan rumput manakala
dua lagi murid tidak didenda dan difahamkan mereka tidak sihat serta mempunyai surat doktor -Berita
Harian


Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta
mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput,
Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain - mStar Online

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula
semangat mereka untuk ke sekolah.





Hasil siasatan oleh pihak Jabatan Pendidikan Perak dan PPD yang terlibat, KPM telah mengeluarkan
arahan supaya guru tersebut ditukarkan ke sekolah lain dan diberikan surat amaran.


Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Pelajaran

Selepas Ketua Pengarah Pelajaran membuat kenyataan akhbar, timbul pula isu lain.

Isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah
sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi
bimbingan berterusan - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Benarkah begitu?


Baca lagi:
1. Kecewa guru denda anak macam lembu
2. Murid dihukum jadi lembu
3. http://www.youtube.com/Guru denda pelajar seperti lembu
4. Guru denda murid makan rumput elak ditemui pemberita
5. Denda murid ibarat lembu, Perkasa desak guru dipecat

Anda mungkin juga menyukai