Anda di halaman 1dari 1

EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Tajuk : Isu dalam Etika Keguruan



Pengenalan

Bidang perguruan merupakan satu profesion untuk membentuk manusia yang
pelbagai latar belakang dan acuan rohaninya ke arah satu matlamat yang sama.
Sebagai seorang guru, kita sering lupa dengan kod dan etika yang telah digariskan.
Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan yang perlu dituruti oleh
seseorang yang bergelar profesional. Malangnya, kebanyakan guru hanya melihat
profesion keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
sahaja dan tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan dalam dunia
pendidikan dewasa ini. Sebagai warga pendidik, kita haruslah sedar bahawa
masalah yang kita hadapi sekarang dan membawa profesion ini kembali ke
landasan yang sebenar supaya tidak lari dari garis sempadan yang ditetapkan.

Pergerakan masa sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia
pendidikan. Sememangnya perubahan yang wujud dalam dunia pendidikan ini
merupakan satu aspek yang penting agar sistem pendidikan kita sentiasa sinonim
dengan keperluan semasa dan sejajar dengan pergerakan kemajuan dunia.
Hakikatnya perubahan tersebut turut mewujudkan pelbagai isu yang perlu ditempuhi
dan diharungi oleh warga dunia pendidikan khususnya barisan guru-guru. Antara isu
berkenaan dengan etika dan kod keguruan melibatkan tanggungjawab guru kepada
pelajar itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai