Anda di halaman 1dari 4

~Untungnya Berukhuwah Kerana Allah~

"Bilamana Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang, maka Allah akan


kurniakan pada dia sahabat (teman) yang soleh, bilamana dia lupa, sahabat itu akan
tolong ingatkan dia, bilamana dia dalam kesusahan sahabat itu bersamanya"

Nikmat ukhuwwah fillah katanya para ulama' adalah antara nikmat yang besar..

Dan disebut juga, salah satu golongan yang akan mendapat payungan naungan
pertolongan Allah ketika di hari sengsaranya Mahsyar kelak adalah mereka dua
orang saudara yang ketika dahalu di dunia bertemu mereka adalah kerana Allah dan
berpisah mereka adalah kerana Allah.. Subhanallah :')

Setiap pertemuan, pastinya adanya perpisahan.. . Begitu jugak bila mana kita
bersahabat dengan teman kita, pastinya suatu masa nanti kita akan terpisah jua
melalui kematian. Tapi nilai sebuah ukhuwwah kerana Allah tidak akan padam
walaupun jasad sudah tiada dan terpisah.. Jom ikuti suatu kisah yg sangat
mendalam dan besar maknanya

Dikisah oleh ulama':

Di Hari Mahsyar kelak yang mana kita maklum bahawa pada hari tersebut sangat
sengsara dan susahnya hisab sebelum menuju ke syurga... Hari dimana semua
manusia asyik memikirkan tentang diri.

Ketika itu terdapat seorang si fulan yang di hadapkan untuk dihisab. Lalu dia
amalnya dihisab pada timbangan Mizan, maka beratlah dosanya. Pada masa itu dia
telah terlihat akan seorang saudara yang pernah dia berukhuwah dengannya
semasa di dunia dahulu. Lalu dia pergi kepada sahabatnya itu lalu berkata dengan
nada sangat berharap ,

"Wahai sahabatku, sungguhnya aku sudah dihisab, dan berat timbanganku pada
dosaku, maka aku akan dimasukkan ke neraka. Sedangkan engkau seorang yang
banyak amal kebaikkan, maka aku ingin meminta belas daripadamu untuk beri aku
sedikit amal kebaikanmu kepada aku supaya berat timbangan amal pahalaku dan
aku dapat masuk ke dalam syurga "

Jawab sahabatnya, "Kalau dengan aku beri amal kebaikan aku ini boleh
memberatkan timbangan engkau dan engkau boleh masuk ke syurga, maka ambil
lah, aku beri pahalaku kepada engkau"

Disebabkan dengan pemberian amal pahala sahabatnya itu maka timbangan si fulan
itu tadi telah berat pada amal pahalanya, lalu si fulan itu dimasukkan ke dalam
syurga Allah.

Setelah sekian lama si fulan berada dalam syurga dek kerana terlalu asyik dengan
nikmat Syurga Allah, maka suatu ketika Allah berkata kepadanya,

"Wahai si fulan tidakkah engkau teringin mahu melihat dan bertemu dengan saudara
kamu yang telah memberi amal kebaikkannya kepada kamu supaya engkau dapat
masuk ke syurga dan terlepas dari masuk Neraka?"

Jawab si fulan, "Sungguhnya Ya Allah nikmat yang telah Engkau beri pada aku
dalam syurga ini sangat mengasyikkan sehingga aku sudah terlupa pada nasib
sahabatku yang telah menolong aku itu... Wahai Allah, dimanakah sahabat aku itu
berada sekarang?"

Kata Allah s.w.t., "Sesungguhnya saudara kamu itu sekarang berada di Neraka.
Amal kebaikannya yang banyak itu telah dia beri pada engkau supaya berat
timbangan pahala engkau lalu engkau boleh masuk ke syurga. Kemudian apabila
saat sahabatmu itu pula dihisab, timbangan dosanya lebih berat kerana ringannya
amal pahalanya disebabkan dia telah beri pada engkau. Lalu dia dimasukkan ke
dalam Neraka."

Dengan nada yang sedih si fulan berkata, "Wahai Allah, aku ingin sekali melihat
nasib sahabatku itu di neraka.

Lalu dia dibawa melihat sahabatnya yang diseksa dalam neraka. Melihat keadaan
nasib saudaranya itu maka si fulan terus berdoa meminta kepada Allah s.w.t.,

"Wahai Allah, sesungguhnya sahabatku itu telah memberikan aku pahalanya supaya
aku boleh masuk syurga, sedangkan sebelum itu timbangan aku berat dengan amal
dosa dan dihukum ke neraka, Disebabkan pemberian amal baiknya itu maka aku
telah masuk syurga. Kemudian dia pula dihisab lalu berkuranglah amal baikknya itu
dan beratlah amal dosanya, maka dia di masukkan ke Neraka sedangkan aku
masuk ke Syurga. Maka Ya Allah dengan RahmatMu, masukkanlah juga sahabatku
ini ke dalam syurga..."

Maka dengan Rahmat Allah s.w.t., Allah memerintahkan Malaikat mengambil
sahabat si fulan lalu dimasukkan ke dalam syurga..

* * * * * * * * * * *
-kisah dinukilkan daripada kuliah pengajian bersama dengan Ustaz Yussaine Yahya-

Anda mungkin juga menyukai