Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU SAINS


SK BAKRI BATU 5

2013


TARIKH :
15 JULAI 2013 - 19 JULAI 2013

TEMPAT :
SK BAKRI BATU 5

ANJURAN :
PISMP SAINS
DENGAN KERJASAMA
GURU-GURU PELATIH
AMBILAN JANUARI 2010
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU











KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU SAINS
SK BAKRI BATU 5

1.0 Rasional
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin
direalisasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran
program minggu sains ini para murid dapat menukar persepsi mereka yang
salah terhadap subjek sains yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti ini
dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata
pelajaran sains dalam kalangan murid. Maka, harus ditanam sejak awal lagi
kerana sains merupakan mata pelajaran yang mempunyai pengaruh yang
amat besar dalam kehidupan murid-murid kelak.

2.0 Matlamat
Matlamat program minggu sains adalah untuk menyemai minat murid
terhadap mata pelajaran sains dan memberi asas pengetahuan dan
kemahiran sains kepada murid-murid. Justeru, murid mempunyai landasan
untuk mengaplikasikan konsep sains dalam kehidupan harian untuk
mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping
mengamalkan budaya sains ke arah pembentukan masyarakat bersifat
prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta
melahirkan masyarakat yang produktif.

3.0 Objektif
Selepas menyertai program ini adalah diharapkan agar murid akan dapat:
3.1 Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.
3.2 Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran
Sains.
3.3 Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains
dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.


4.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua murid SK Bakri Batu 5

5.0 Butiran Pelaksanaan
Program Minggu Sains yang dicadangkan mengandungi butiran seperti
berikut:
5.1 Tarikh : 15 Julai hingga 19 Julai 2013
5.2 Hari : Isnin hingga Jumaat
5.2 Masa : Waktu Persekolahan
5.3 Lokasi : SK. Bakri Batu 5
*( Tentatif Perasmian dan Butiran Pelaksanaan bagi setiap aktiviti
dilampirkan. Rujuk Lampiran 1 dan 2 )

6.0 Strategi Pelaksanaan dan Aturcara Aktiviti
Pelaksanaan Program Minggu Sains mengikut butiran berikut:
6.1 Strategi :
6.1.1 Kelulusan daripada pentadbiran
6.1.2 Mesyuarat
6.1.3 Pelaksanaan aktiviti yang dirancangkan.
6.1.4 Penyediaan laporan.

7.0 Aktiviti
Aktiviti yang dilaksanakan dalam minggu sains ini adalah:
7.1 Pertandingan Kuiz Sains ( Tahap 2 SK Bakri Batu 5 )
7.2 Pertandingan Mewarna Bertemakan Dunia Sains dan Teknologi
(Tahap 1 SK Bakri Batu 5 )

8.0 Anggaran Belanjawan dan Keperluan
8.1 Belanjawan
- Semua perbelanjaan dan tanggungan adalah sepenuhnya ditanggung
oleh guru-guru pelatih dan peruntukan panitia sains.


8.2 Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Kertas A4 (1 rim) (RM 11.90 x 1 ) = RM 11.90
2. Fotostat ( 250 keping ) (RM 0.04 x 250) = RM 10.00
3. Hadiah / Cenderamata (RM 5x 20) = RM 100.00
JUMLAH RM 121.90

8.3 Pendapatan
BIL PERKARA JUMLAH
1. Sumbangan guru-guru pelatih
(RM 10 x 8 orang= RM 80)
RM 80.00
2. Peruntukan Panitia Sains RM 70.00
JUMLAH RM 150.00




















9.0 JAWATANKUASA PROGRAM MINGGU SAINS
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU SAINS 2013

PENAUNG
PUAN HAJAH MAZNAH BINTI AMIR
(Guru Besar SK. Bakri Batu 5)

PENASIHAT
ENCIK ZAINI BIN HJ KORIS
(Guru Penolong Kanan Kurikulum SK. Bakri Batu 5)

PENYELARAS
PUAN ROZIANA BINTI ABD AJIS
(Guru Panitia Sains SK. Bakri Batu 5)

PENGERUSI
CIK DIONG HUI HUI

NAIB PENGERUSI
ENCIK KAMARUZAMAN BIN SEMIN
ENCIK MOHD MAKNON BIN MARDI
PUAN AFIDAH BINTI MAILAN
ENCIK AIS BIN MD SULBIDIN

SETIAUSAHA
CIK TEE JOO KUN

BENDAHARI
CIK ARIFAH SALEHAH BINTI MAT YASEN






JAWATANKUASA KECIL:

PERALATAN DAN BAHAN
ENCIK MOHD SHAFIQ BIN ZULKIFLEE
CIK DIONG HUI HUI
CIK TEE JOO KUN

PERSEDIAAN TEMPAT
CIK NURUL HANIS BINTI HEZALI

DOKUMENTASI
CIK DIONG HUI HUI
CIK TEE JOO KUN

HADIAH / CENDERAMATA
CIK SITI NOR AIN BINTI KAMARUDDIN
CIK NUR HISHMAH ADILAH BINTI HAMID
CIK SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN



10.0 Penutup
Program Minggu Sains dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan
penguasaan murid-murid serta menarik minat mereka dalam mempelajari
subjek sains ini dengan lebih baik lagi. Pihak kami amat berharap program
ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya sekali gus mendapat
kelulusan daripada pihak puan, agar segala perancangan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan program ini akan memberi manfaat
kepada banyak pihak samada kepada pihak institut, para peserta dan murid-
murid sekolah yang bakal dididik oleh peserta ini kelak.






Disediakan oleh : Disemak oleh :

.
(CIK TEE JOO KUN) (PN. ROZIANA BINTI ABD AJIS)
Setiausaha, Penyelaras,
Program Minggu Sains, Program Minggu Sains,
PISMP SN, Guru Panitia Sains,
Institut Pendidikan Guru, SK Bakri Batu 5,
Kampus Tun Hussein Onn, KM 8 Jalan Bakri.
Batu Pahat, Johor. 84000 Muar, Johor.





Diluluskan / Tidak Diluluskan


(ENCIK ZAINI BIN HJ KORIS)
Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK. Bakri Batu 5

IPG Kampus Tun Hussein
Diluluskan / Tidak Diluluskan



(PUAN HAJAH MAZNAH BINTI AMIR)
Guru Besar
SK. Bakri Batu 5






LAMPIRAN 1

PERASMIAN PROGRAM MINGGU SAINS

TARIKH : 15 JULAI 2013 (Waktu Perhimpunan)


MASA

AKTIVITI
0720 Permulaan Perhimpunan
0725 Ucapan Guru Besar
0740 Perasmian Program Minggu Sains
0750 Bersurai




















LAMPIRAN 2

AKTIVITI MINGGU SAINS

PERTANDINGAN KUIZ SAINS
Sasaran Kumpulan Murid Tahun 4, 5 dan 6 (Tahap 2 ) SK Bakri Batu 5
Butiran Perlaksanaan


Tarikh : 16 Julai 2013
Hari : Selasa
Masa : 11.10pagi- 12.10tengah hari
Tempat : Kelas SK Bakri Batu 5
(Kelas masing-masing)

PERTANDINGAN MEWARNA BERTEMAKAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

Sasaran Kumpulan Murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap 1) SK Bakri Batu 5
Butiran Perlaksanaan


Tarikh : 18 Julai 2013
Hari : Khamis
Masa : 11.10pagi- 12.10 tengah hari
Tempat : Kelas SK Bakri Batu 5
(Kelas masing-masing)

Anda mungkin juga menyukai