Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Mendengar dan bertutur

1. Definisi Konsep kemahiran Mendengar dan bertutur.


Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur,
berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan
dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang
terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini
bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang
pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat.

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan
seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat
yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat
menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

2. Objektif kemahiran mendengar dan bertutur
Objektif kemahiran bertutur
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan al asan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;\
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.
Objektif kemahiran mendengar
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,
iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang
terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.


3. Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar
Peringat awal
Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi;
Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;
Melakukan sesuatu yang disuruh;
Menjalankan perintah dan permintaan;
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.
Peringkat pertengahan
Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci;
Mengenal maklumat khusus;
Mengesan urutan;
Mengenal sebab dan akibat;
Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi;
Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.
Peringkat maju
Mengenal isi-isi penting;
Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap;
Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;
Mentafsirkan maksud orang yang bercakap;
Mengikut aliran dialog atau perbualan;
Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar,
Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk tatabahasa.

Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat daripada gambar.
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa
bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah;
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan sebagainya;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamasi puisi;
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan


4. Unsur dan faktor keberkesanan
Unsur
* Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu
pic (pitch) - tinggi rendah nada suara
kekuatan, atau kenyaringan suara
kualiti suara
* Bunyi atau respons adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai
sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya
lemah atau pun terlalu nyaring.
* Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-
bunyi bahasa.
* Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh
mengganggu komunikasi.
Faktor keberkesanan
a) Kecerdasan:
-Tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai
dan memproses maklumat ;
-Aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa.
b) Kesihatan:
-Tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-
murid;
-Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan
bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan.
(c) Fizikal:
-Berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti
telinga dan alat artikulasi yang boleh menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan
tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan;
-Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan
seumpamanya akan mengehadkan pergaulan dan kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam
proses pertuturan.
(d) Persekitaran:
-melibatkan ahli keluarga, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan (bandar atau luar
bandar), tahap dan status sosioekonomi;
-Kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad
berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar.
(e) Jantina:
-Menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berbeza-beza.
-Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan
kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki.
-Urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat
berbanding kanak-kanak lelaki.
(f) Dwibahasa:
-Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan
kanak-kanak dwibahasa kerana dalam proses pertuturan kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami
gangguan daripada bahasa ibundanya.

5. Prinsip Pengajaran
(a) Penuturan yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
(b) Pengajaran hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengari oleh pendengar
yang lain.
(c) Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan murid.
(d) Adakan rangsangan yang membolehka murid-murid bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.
(e) Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
(f) Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri.
(g) Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja.
(h) Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk
memperkukuhkan ingatan murid-murid.
(i) Semasa murid-murid meniru sebutan, guru hendaklah membimbing mereka dan jika terdapat
kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan

Anda mungkin juga menyukai