Anda di halaman 1dari 11

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER
(PPBK)


DEFINISI PPBK

Computer Assisted Learning
Computer Assisted Instruction
Computer Based Instruction
Computer Aided Learning
Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk
tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus
belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej
tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan
kognitif pelajar

CIRI-CIRI PPBK

Berasaskan individu
Boleh diulang
Bahan disediakan oleh guru
Ramah pengguna
Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
Interaktif

KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PPBK



MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN
|
V
------> CUBAUJI / UJICUBA <--------------
| | |
| V |
!------> TAMBAHBAIKAN |
| |
V |
LAKSANA PENGAJARAN <-----------!



MENGHASILKAN PERISIAN PPBK
Verbal
Latih tubi
Simulasi
Inkuiri
Tutorial
Penyelesaian Masalah
Permainan

VERBAL
Pengajaran terancang
Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada
pelajar
Pelajar memberi respon jawapan pilihan
Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul
Komputer memberi jawapan secara verbal


LATIH TUBI


-------> MASALAH <--------------> SOALAN <--------
| |
--------------------> ULANGAN <--------------------

SIMULASI
Lebih berbentuk permainan
Sesuai dalam pengajaran matematik
Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan
output yang berbeza

INKUIRI
Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur
mengenai masalah pelajaran
Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik
diselesaikan
Ia sangat kompleks untuk disediaka
Ia sesuai untuk matapelajaran sains

TUTORIAL
Isi pelajaran tersusun
Pelajar boleh menjawab soalan
Komputer beri maklumbalas


PENYELESAIAN MASALAH
Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

PERMAINAN
Permainan berorientasikan pembelajaran
Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab
berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

KELEBIHAN PPBK
Penumpuan kepada pelajaran
Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan
kendiri (self-paced) dan multiple intelligent
Interaktif
Kolaboratif
Individu

KELEMAHAN PPBK
Kos tinggi
Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian


PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MELALUI CD
Contoh Bahan:-
o Pengenalan Kepada Komputer
o Pengajaran Al-Quran Tajwid
o Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware
o Bahan Pengajaran Dari Internet
Binaan sendiri :-
o Membina Papan Cerita 1
o Membina Papan Cerita 2
Cara Bina Bahan Dari CD Satu Demo
Teknologi Pengimbas



























Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi
yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan.
Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran
pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu
mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses
pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell
(1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek
pendidikan.
Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah
lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan
komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic
Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti
Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di
sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan
melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada
tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan
dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan
utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer
juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana
merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan
oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat
ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan
bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan
semasa.
Jenis-jenis PPBK
Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi,
permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan
masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah,
menengah dan tinggi.
Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk
meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan
merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat
memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang
kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut tahapnya
sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di
sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan.
Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas.
Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru,
mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau
pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan
memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.
Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan perana
masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan
tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk
pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran
seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul
yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.
Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk
pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan
peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama
semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat
memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian
masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi
juara.
Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah
permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh
pelajar. Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Pembinaan
bahan PPBK Apabila hendak membina bahan PPBK, beberapa aspek perlu diambil
kira seperti ahli-ahli kumpulan dan jenis perisian yang sesuai digunakan
supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mula-mula lagi.
Menurut Tay Vaughan (1994) ahli kumpulan yang akan membina bahan perisian
akan terdiri dari :
i) seorang ketua projek,
ii) pakar pedagogi,
iii) pakar pengaturcara,
iv) pakar grafik,
v) pakar audio dan
vi) pakar video.
Terdapat dua pilihan untuk pembinaan bahan perisian iaitu :
i) bahasa pengatucaraan atau ii) alat pengarangan.
Peringkat-peringkat pembinaan yang perlu di ambil ialah:
i) Perancangan perlu dikenal dibuat seperti tajuk, anggaran perbelanjaan
dan tarikh-tarikh mengikut jangkaan fasa yang perlu disiapkan.
ii) Peringkat menyediakan rekabentuk skrin seperti skrip, storyboard .
iii) Menjalankan pengaturcaraan di dalam komputer.
iv) Apabila selesai dibina, bahan PPBK tersebut hendaklah diuji
kesesuaiannya. Segala kekurangan perlulah diperbaiki semula.
v) Membuat dokumentasi.
vi) Seterusnya barulah ianya dapat digunakan oleh pelajar-pelajar.

Penilaian
PPBK Menurut Alessi and Trollip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa
langkah iaitu :
i) Melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting
ii) Mendapatkan maklumat tentang perisian kursus dari dokumentasi yang
dilampirkan untuk di salin ke borang penilaian.
iii) Menggunakan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir
sambil meneliti ciri yang sedia ada.
iv) Melakukan kesilapan menaip dengan sengaja. Lihat apa terjadi.
v) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.
Menurut Douglass E. Wolfgram (1994) ciri-ciri bahan kursus yang baik ialah
:
i) Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajarandan tahap
kognitif pelajar .
ii) Arahan yang mudah digunakan dan jelas.
iii) Penggunaan grafik yang menarik.
iv) Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi.
v) Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklumbalas
dapat diberi secara serta merta.

http://azmims.tripod.com/ppbk.htm











Pengajaran Berbantukan Komputer
Edit 0 38
Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi
yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas kepada Pembentukan Kurikulum
Pendidikan Malaysia. Pengajaran berbantukan komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara.
Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk
mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman
web dan kemudian guru dan pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Sebagai
contoh, laman web yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
iaitu, http://spp.moe.edu.mymengandungi pelbagai nota dan latih tubi yang amat berguna buat guru
dan pelajar.
Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para
pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di
dalam kelas.
Pengajaran berbantukan komputer
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu proses yang dapat membantu
menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar. Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan
perisian pembelajaran yang sesuai dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio,
video, animasi dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar
menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis maklumat
dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia berteknologi tinggi.
Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia mereka. Pada masa
depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan memandangkan
kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.
Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah
sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang
berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer
yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan
program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini
jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.

Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai
satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubahdaripada sesuatu yang berdasarkan
kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan
teknologi terkini.
Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan komputer
untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan penggunaan teknologi
masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah yang
dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di
samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa yang di sampaikan.
Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.
3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar disamping setiap
kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.
Assalamualaikum w.b.t
Pada pendapat saya, dalam dunia pendidikan yang semakin moden ini pengajaran berbantukan
komputer amat perlu bagi menarik minat pelajar di dalam satu-satu subjek. Perkembangan IT
telah membawa implikasi yang sangat besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Antara
satu yang sering diaplikasikan adalah seperti permainan pendidikan yang berorientasikan
pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah pelajar dapat
mempelajari sesuatu konsep itu secara tidak langsung di mana terdapat unsur-unsur hiburan
dan keseronokan dalam mereka menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama pelajar
mempelajari kemahiran baru dalam sistem pembelajaran mereka. Pengaplikasian pengajaran
komputer di sekolah membawa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun, sejauh mana keberkesanannya serta penggunaanya dapat digunakan
oleh semua sekolah di Malaysia. Adakah ada cara lain untuk membantu sekolah pedalaman
yang tidak mempunyai kemudahan komputer? Mereka akan jauh ketinggalan daripada pelajar
yang berada di bandar yang sememangnya mahir dalam penggunaan komputer. Di sini, kita
akan melihat jurang pendidikan itu sendiri mengalami suatu ketidakseimbangan dalam
pendidikan.
Ia di sini berdasarkan pengalaman saya mengajar di Miri, walaupun kemudahan disediakan
ianya hanya pelajar-pelajar dari Kelas KRK yang dibenarkan menggunakan kerana termasuk
dalam jadual waktu mereka dan biasanya pelajar-pelajar KRK ini datangnya dari SES yang baik.
Bagaimana pula bagi pelajar-pelajar kelas lain yang mungkin datang dari SES yang
rendah..sudahlah di rumah mereka tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet, di
sekolah pula seperti di anak tiri kan oleh pihak sekolah. Seterusnya golongan ini akan terus
ketinggalan dan pengajaran berbantukan komputer ini hanya dipelopori dan di kuasai oleh
sebahagian kecil sahaja.


Pelajar-pelajar yang datang daripada SES yang rendah selalunya mempunyai pencapaian
akademik yang rendah tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti kognitif dengan memuaskan dan ini
menyebabkan mereka memperolehi markah yang rendah.Kajian-kajian yang telah dijalankan
oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah
utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat
kembali maklumat yang penting. Mereka juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan
jangka pendek. Tetapi, kajian Jones et al. (1988) membuktikan bahawa masalah seumpama ini
boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai.
Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti
membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan,
mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine
1992). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran berbantukan komputer (PBK) kerana
dengan menggunakan kaedah PBK pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih
baik dan berkesan.
Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran berbantukan komputer.Menurut Yakop
(1985) kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk
mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-
pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut
tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan
berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk
meningkatkan prestasi mereka.
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap
pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah
kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti
visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat
dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar
dengan peribahasa Cina yang berbunyi,saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan
saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham. (Hizamnuddin Awang 1997 dalam
Fazilah 1998).
Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti
penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil menyatakan
empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran
dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu
digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah
menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara
sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan
pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Dewasa kini, Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya
dalam konteks pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk membantu
guru-guru mengajar dengan lebih effektif. Bentuk pengajaran ini dikenali sebagai Pengajaran
Berbantukan Komputer (PBK)
PBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular
dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran Berbantukan
Komputer (PBK) dikenali sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan
menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan
pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar
sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer
untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
PBK ialah perisian pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif seperti teks,
bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan computer serta
menerima maklum balas darinya. Pendidikan secara konvensional perlu digantikan dengan cara
yang lebih menarik, seperti PBK. Melalui PBK ia seharusnya dapat memberikan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif. Murid- murid lebih tertarik
dengan pengajaran yang diajar dan mereka dapat menumpukan perhatian didalam
pembelajaran mereka. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai
beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian
PBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi
perisian bersifat komersial.
Akan tetapi guru perlu memastikan teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian
pendidikan tersebut tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak
disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan
pengguna meneruskan pembelajarannya.
PBK iaitu pengajaran berbantukan komputer adalah salah salah satu medium terkini yang
sedang digunakan disemua sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran didalam kelas. Ini
memberi kelebihan kepada guru-guru dalam sesi P & P dan memudahkan murid lebih mudah
memahami dengan bantuan alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru.


Akan tetapi ada sesetengah sekolah dipedalaman masih tidak dapat menggunakan kemudahan
yang disediakan oleh pihak kerajaan ini. Ini kerana kemudahan prasarana seperti kemudahan
elektrik tidak dapat menampung penggunaan elektrik. Ini menjejaskan sesi P & P dan
menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan juga kepada pelajar. Berbalik kepada matlamat
kerajaan untuk memastikan rakyat celik IT tidak tercapai dan pelajar di pedalaman tidak dapat
didedahkan dengan IT dengan sepenuhnya serta menyebabkan jurang pendidikan semakin jauh
berbanding pelajar di bandar yang majoriti terdedah dengan kecanggihan IT.


Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu memandang serius dan perlu mengatasi masalah ini
dengan kadar segera untuk membuat sesuatu perubahan supaya masalah pelajar di pedalaman
dapat diatasi. Oleh itu, mereka dapat merasai segala kemudahan seperti apa yang dirasai oleh
pelajar di bandar dan jurang pendidikan itu juga dapat diselesaikan.

http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Pengajaran+Berbantukan+Komputer

Anda mungkin juga menyukai