Anda di halaman 1dari 16

COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Bachelor (DistanceBPG)


[1]

KEMAHIRAN BERTUTUR.
Kemahiran bertutur merupakan kemahiran lisan yang ama tpenting, sama ada dalam situasi
formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan
oranglain. Pertuturan yang diadakan lazimnya membawa maksud tertentu.Menurut Roselan
Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan
memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah.Keupayaan
menuturkan sesuatu bahasa itu dapat mempercepatkan pemahaman pelajar, terutama yang
berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini
memerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila berhadapan dengan kumpulan pelajar
yang berlainan, seperti keperluan bagi mempelajari bahasa pertama ataupun bahasa kedua.
W.M. Rivers (1983) dan MalamahThomas (1987) yang menjalankan kajian tentang
aktiviti lisan mendapati unsur interaksi amat penting dalam aktiviti lisan. Unsur interaksi antara
penutur dengan pendengar, dan antara penutur dengan penutur, akan menghidupkan situasi
dan akan menjadikan simulasi lebih realistic seperti keadaan yang sebenarnya. Aktiviti lisan
merupakan aktiviti bahasa yang paling penting dalam kehidupan manusia sehari-hari.Maka,
dalam apa jua aktiviti bercakap yang dipilih oleh guru untuk melatih pelajar-pelajarnya, aspek
interaksi yang menggambarkan situasi dalam situasi lisan yang sebenarnya perlu wujud.
Satu kajian tentang kemahiran bahasa telah dijalankan oleh J.A.Rankin (1999). Beliau
telah menyelidik apa-apa yang telah dilakukan oleh orang dewasa pada setiap hari.
Dapatannya menunjukkan bahawa 70 peratus daripada masa orang dewasa digunakan untuk
salah satu kegiatan berkomunikasi, dan setelah diperinci didapati bahawa 42 peratus daripada
masa untuk berkomunikasi itu digunakan untuk mendengar, 32 peratus untuk bercakap, 15
peratus untuk membaca, dan 11 peratus untuk menulis.
Mengikut kajian Raminah Sabran (1991), jika seseorang itu ingin meluaskan ilmu
pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap membaca.
Seseorang itu juga perlu menguasai kemahiran menyebut bunyibunyi huruf yang tertera
didalam teks yang dibacanya, di samping dapat menyebut dalam gabungan yang didukung oleh
setiap perkataan mengikut konteks ayat dalam petikan yang dibacanya itu.Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan oleh Zamri Mahamod,


COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[2]


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran


Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayubertujuan:

(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-
hari sama ada di dalam atau di luar rumah.

(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam
perbagai keadaan perhubungan seperti perbualandengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan
sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain
menguasai kemahiran:

(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan
kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan
menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan.

(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain
mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan
supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang
lain.

(c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan
bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan.


(d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh
maklumat tertentu.
COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[3]


(e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ayat,
gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atautidak.

(f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang
dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat.

(g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan
secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan
suara secara berkesan.

(h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan
berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan,
rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas denganpenuh
perasaan; dan

(i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan
menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi,
sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Konsep kemahiran bertutur

(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan
bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkanmenghasilkan bunyi [batu].

(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan
memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya.

(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya.

(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi
boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[4]

(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.
Aspek-Aspek Pertuturan

(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap
huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut
dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi,
sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai
ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh
dibunyikan sebagai /semak/ dan/s_mak/ dan seumpamanya.

(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi
tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan
menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan.

(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab
disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu.

(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-
elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai
hentian sementara yang bolehmembezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya
ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan
seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan.

(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau
menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza
mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat
penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.

(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu
perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti
dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.
COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[5]


(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara
menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek
tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan.
Walaubagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam
dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya.

(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan
baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh
tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.

(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik,
lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat
dengan jelas, betul dan betul;
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid
menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini
penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

Objektif Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan alasan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
dan situasi.



COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[6]

Proses dan Bentukya

Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan
(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru
(c) Membina soalan berdasarkan bahan
(d) Memberi arahan kepada rakan
(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik
(f) Berbual melalui telefon
(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri
(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang
diajukan
(i) Permainan komunikatif
(j) Mengadakan perbahasan
(k) Perbincangan forum
(l) Memberi taklimat dan ceramah
(m) Main peranan
(n) Simulasi
(o) Teater bercerita dan
(p) Drama

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur

Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut
situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa
perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat
awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah
murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,
pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut
peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.



COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[7]


Aktiviti Peringkat Awal

(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
(b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(g) Memberi arahan.
(h) Membuat ayatr-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.

Aktiviti Peringkat Pertengahan

(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
(e) Membaca iklan dan peraturan.
(f) Memberi ucapan pendek dan mudah.
(g) Memberi komen secara mudah.
(h) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa
bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
(i) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Aktiviti Peringkat Maju

(a) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[8]

(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
(g) Memberikan ceramah atau syarahan.
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-
lain.
(i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
(j) Mendeklamasi puisi.
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.


Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Untuk Murid.

Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua
pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi
bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan
komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa
mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah
pengajaran yang dicadangka sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.
Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

1- Kaedah terus
2- Kaedah fonetik/ linguistik
3- Kaedah eklektik
4- Kaedah audio-lingual
5- Kaedah komunikatif


KAEDAH TERUS

Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa
pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan
terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan
bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan
sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu di ajarkan dengan
COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[9]

menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan
menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka).
Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah
diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk
mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan
ayat yang telah diajarkan sebelumnya.

Contoh ayat :
- Saya minum (ayat sebelumnya)
-Saya minum susu (ayat baru)

Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah,
kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-
murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.


KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK

Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian
diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan
bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini
kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan
biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [ma?] untuk perkataan emak. Nahu
atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu
dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui
kaedah ini juga murid murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau
dibaca.

KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya.
Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada
pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran
COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[10]

bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek
tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan
kuat dan bersoal jawab.


KAEDAH AUDIO LINGUAL

Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio)
dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar
berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam.
Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi
sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan
sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak daripada
pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut
perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi.
Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara
berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat
maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar
semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.


KAEDAH KOMUNIKATIF

Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang
melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan
bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna
terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.
Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru
melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang
bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif
ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan
sebagainya.

COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[11]

TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR UNTUK MURID.

Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik
dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah
selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang.
Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Berikut ialah
teknik-teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh digunakan oleh guru.

Teknik soal jawab
Teknik main peranan
Teknik lakonan/drama
Teknik permainan bahasa
Teknik hafazan
Teknik latih tubi
Teknik perbincangan
Teknik penyelesaian masalah


TEKNIK SOAL JAWAB

Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu
memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
- untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
-untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
-untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.


COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[12]


TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan
skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi
kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang
berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid
dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan
sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan
main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan
mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.


TEKNIK LAKONAN/DRAMA

Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran
bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada,
intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam
sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan
merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang
dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.

*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip


TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan.
Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini
dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan
COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[13]

konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat
beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu :
Permainan menyampaikan pesanan
Permainan tekalah saya
Permainan memerhati dan mengingat
Permainan berpasangan
Permainan slip undian


TEKNIK HAFAZAN

Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1
(1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa
atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan
yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan
membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga
ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan
secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran
diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.


TEKNIK LATIH TUBI

Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini
adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini
boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami
proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima
aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :




COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[14]



Aspek kebolehan menggunakan bahasa Huraian
Sebutan (accent)

menyebut perkataan atau suku
kata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi

Tatabahasa (grammar)

penggunaan bahasa yang tepat
berdasarkan hukum-hukum bahasa
daripada semua aspek

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya dengan
penggunaan imbuhan yang sesuai
berdasarkan konteksnya dalam situasi
tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan lain-
lain dengan cara spontan tanpa
menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan
mengemukakan jawapan yang wajar




TEKNIK PERBINCANGAN

Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat
dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru.
Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :

1- Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
2- Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.
3- Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan
semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya
terarah.
4- Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.
COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[15]


TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang
kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori
yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini
melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti
ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan
menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa
prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini :

1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu
pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.

2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas
murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid
memahami dan mengenal pasti masalah itu.

4- Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru
hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara
individu.

Kesimpulan
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam
kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan
memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang
penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi tersebut.


COURSE: ELB 4263: Mengajar Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Bachelor (DistanceBPG)


[16]


BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Bachman Lyle F. (1990). Fundamental consideration in language testing. Oxford: Oxford
University Press.

Brown James Dean, Hudson Thom. (2002 ). Criterion-reference language testing. Cambridge:
Cambridge University Press.

Kiely, Richard (2005). Program evaluation in language education. Basingstoke: Palgrave
Macmillan.

Lynch, Brian K. (2003). Language assessment and programme evaluation. Edinburg: Edinburgh
University Press.

McGrath, Ian. (2002). Materials evaluation and design language teaching. Edinburg: Edinburgh
University Pre

Anda mungkin juga menyukai