Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU (Fasa 2).

Tempat : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Nongkolud, Tuaran.


Tarikh : 08 September 2007
Masa : 8.00 am 5.00 pm
Apa yang berlaku / saya lakukan ( Fokuskan kepada pengalaman / aktiviti
yang penting)
Setibanya di SKPK Nongkolud, kami telah membahagikan kumpulan
kepada 3 kumpulan. Antara kumpulan-kumpulan tersebut adalah kumpulan
mengecat, menebas rumput dan membuat mural. Daripada 21 orang pelatih,
hanya 19 orang sahaja dapat hadir, manakala 2 orang lagi tidak dapat bersama
memandangkan ada urusan tertentu yang perlu disempurnakan. Kumpulan
pelatih lelaki dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan mengecat dan
menebas rumput, manakala kumpulan pelatih perempuan pula membuat mural.
Secara suka rela, saya mengambil tugas di bahagian menebas rumput. Setelah
selesai menebas rumput di seluruh kawasan yang telah ditetapkan, saya dan
beberapa orang rakan diamanahkan untuk menghias bilik gerakan sekolah
tersebut. Semasa berada di bilik gerakan tersebut, saya telah membuat hiasan
ukiran. Apabila kesemua kerja hampir siap, kami bersedia untuk mengemas
barang-barang yang dibawa.
Mengapa berlaku / saya lakukan.
Dalam mencapai kejayaan sesuatu program adalah penting untuk saya
memberi komitmen terhadap kerja-kerja yang diagihkan. Dalam hal ini, saya
perlu memastikan kesemua kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada
saya terlaksana dengan baiknya. Pada pandangan saya, sesuatu peranan yang
telah diberi perlulah disempurnakan dengan jayanya bagi mengelakkan
ketidakpuasan hati pihak tertentu yang boleh menjejaskan nama dan martabat
Institut Perguruan Kent. Oleh itu, kerjasama didalam kumpulan amat penting. Di
samping itu, saya juga dapat mempelajari sesuatu perkara baru apabila
bekerjasama dengan guru-guru di sekolah SKPK Nongkolud ini. Maka, terbentuk

satu komunikasi dengan orang yang baru dikenali serta memahami peranannya
didalam komunikasi tersebut.
Apakah hubungannya dengan saya ( perasaan, pemikiran, kepercayaan )
Sebagai bakal guru, saya perlu terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan
seperti ini. Hal ini adalah kerana, konsep hubungan komuniti yang amat berkait
rapat dengan kehidupan seorang guru amat penting. Dalam hal ini, guru adalah
antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat. Di
samping itu, didalam sesebuah organisasi adalah penting untuk membentuk satu
ikatan kerjasama yang kukuh dan utuh. Maka, apabila adanya ikatan seumpama
itu keharmonian didalam perhubungan akan terbentuk. Saya percaya, kerjasama
dan ikatan keharmonian adalah asas untuk membina sebuah persahabatan yang
berkekalan. Apatah lagi dalam kehidupan sebagai guru, bagi mencapai kejayaan
membentuk sebuah sekolah yang berketrampilan perlu ada saling mempercayai
dikalangan guru-guru. Pada masa yang sama, saya juga menunjukkan kreativiti
dalam berkarya, iaitu melalui ukiran dinding. Ukiran yang berunsurkan bumi
kenyalang

adalah

sebagai

sumbangan

saya

dan

tanda

saya

pernah

bekerjasama dengan guru-guru di sekolah tersebut.


Apakah yang saya pelajari ( pembelajaran baru, kesedaran baru, pemikiran
baru, falsafah baru)
Setelah mengikuti program khidmat masyarakat ini, saya mendapati
bahawa saya mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi dengan masyarakat
sekeliling. Hal ini dapat saya buktikan semasa berinteraksi dengan guru di
sekolah tersebut. Di samping itu, semangat bekerjasama hanya akan wujud
apabila kita saling mempercayai antara satu sama lain di dalam sesuatu
organisasi. Sesuatu perkara yang ingin dilakukan hanya akan terlaksana jika
adanya kerjasama. Dalam hal ini, hasil daripada aktiviti yang dilakukan adalah
mudah apabila ada seorang ketua sahaja yang memberi arahan. Selain perkara
yang dinyatakan tersebut, saya juga mempelajari bagaimana hendak mengurus

dan mengorganisasi kerja-kerja pembersihan di sekolah bagi menjamin


kebersihan dan keceriaan persekitaran.
Apakah yang akan saya lakukan ( peningkatan diri, penambahbaikan )
Dalam hal ini, beberapa penambahbaikan perlu diambil kira untuk
dijadikan panduan pada masa akan datang. Segala kekurangan yang berlaku
perlu dikenal pasti agar ianya tidak akan berlaku pada masa akan datang.
Sebagai seorang bakal guru, saya juga perlu bersedia untuk menerima arahan
daripada pihak atasan. Contohnya arahan daripada Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan. Justeru, melalui program Khidmat Masyarakat B.I.G

Fasa

Kedua ini dapat memberi pendedahan kepada saya untuk memperolehi


beberapa pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai