Anda di halaman 1dari 2

Pendakwah bebas tegur majlis perkahwinan Che Ta dan

Zain
KUALA LUMPUR- Di mana keberkatannya
sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang
Allah termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan
majlis.
Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum
berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan
tangan, kata pendakwah bebas, Zawiyah Hassan.
Menurutnya, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu
mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.
Bagaimanapun, katanya, apa yang membimbangkan apabila perkahwinan besar-besaran hingga
berlaku pembaziran seolah-olah menjadi trend ketika ini sedangkan pada masa sama terdapat
ramai lagi orang yang memerlukan.
Kahwin itu satu ibadat, tetapi kita buat perkara yang dilarang seperti membazir, bermegah dan
berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, bagaimana nak dapat keberkatan Allah, katanya
ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata,
sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.
Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak
pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah,
bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan, katanya.
Semalam, Metro Ahad melaporkan mengenai hari bahagia pelakon sensasi, Rozita Che Wan dan
pasangannya, Zain Saidin yang layak digelar Wedding of The Year atau Perkahwinan Paling
Gah Tahun Ini berikutan belanja keseluruhan majlis berkenaan dianggarkan mencecah RM1.21
juta.
Pasangan popular itu bertuah kerana sebaik mengumumkan akan berkahwin dalam masa
terdekat, pelbagai pihak tampil menawarkan diri untuk menaja hari bahagia mereka.
Tanpa mahu bergantung kepada penaja semata-mata, Che Ta dan Zain dilaporkan mengeluarkan
belanja kira-kira RM300,000 bagi merealisasikan majlis perkahwinan idaman mereka.

Anda mungkin juga menyukai