Anda di halaman 1dari 15

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS






PENDIDIKAN ISLAM
(MASALAH PEMBELAJARAN)


TAHUN SATU






2010
DRAF
DRAF




K A N D U N G A N MUKA SURAT

Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 2
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3
Komposisi Kurikulum 5
Fokus Mata Pelajaran 6
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 7
Pentaksiran 8
Dokumen Standard Pendidikan Islam 9


DRAF
1

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF
2

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras
dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian
murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.

DRAF
3

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta
menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa


STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
DRAF
4

iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri



















Bentuk Kurikulum Transformasi
DRAF
5

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1 Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard
Kandungan.











DRAF
6

FOKUS MATA PELAJARAN

6.1 Pendikan Islam

Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada
al-Quran dan As-Sunnah. Ini selari dengan kemahiran dan amalan yang disarankan dalam Tunjang Kerohanian iaitu
Sikap dan Nilai yang menyumbang ke arah melahirkan murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan
beramal soleh. Mata pelajaran Pendidikan Islam ini memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan,
kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan ketatanegaraan. Mata pelajaran ini
dibahagikan kepada tiga tajuk utama iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah.
Standard Kurikulum yang dinyatakan di dalam dokumen ini merupakan keperluan yang perlu dicapai oleh semua
murid.

6.2 Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdiri dari Modul Pengajaran dan Modul Pembelajaran

6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Islam

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada standard Kurikulum Teras Asas pendidikan islam untuk membantu
guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang
bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

6.2.2 Modul Pembelajaran Pendidikan Islam
DRAF
7


Modul Pembelajaran Pendidikan Islam juga disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran
kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran


PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi
mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Kaedah Hafazan
Kaedah Amali
Pelbagai Kaedah Terapi
Pembelajaran Masteri
Kaedah Simulasi
Kaedah Perbincangan
Pembelajaran Kolaborasi
Pendekatan Permainan
Belajar Melalui Bermain
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Pengalamian

DRAF
8

PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah
Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti
lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran
secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk
merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
















DRAF
9

DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
A. ASUHAN MEMBACA
AL-QURAN
1. Tilawah
al-Quran

1.1 Membunyikan huruf hijaiyah berbaris satu di
atas



















1.1.1 Menyebut huruf
1.1.2 Menyebut huruf
1.1.3 Menyebut huruf
1.1.4 Menyebut huruf
1.1.5 Menyebut huruf
1.1.6 Menyebut huruf
1.1.7 Menyebut huruf
1.1.8 Menyebut huruf
1.1.9 Menyebut huruf
1.1.10 Menyebut huruf
1.1.11 Menyebut huruf
1.1.12 Menyebut huruf
1.1.13 Menyebut huruf
1.1.14 Menyebut huruf
1.1.15 Menyebut huruf
1.1.16 Menyebut huruf
1.1.17 Menyebut huruf
1.1.18 Menyebut huruf
1.1.19 Menyebut huruf
1.1.20 Menyebut huruf
1.1.21 Menyebut huruf
DRAF
10

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN










1.2 Membaca Buku Iqra` 1



1.1.22 Menyebut huruf
1.1.23 Menyebut huruf
1.1.24 Menyebut huruf
1.1.25 Menyebut huruf
1.1.26 Menyebut huruf
1.1.27 Menyebut huruf
1.1.28 Menyebut huruf
1.1.29 Menyebut huruf
1.1.30 Menyebut huruf

1.2.1 Membunyikan huruf di muka surat 1
1.2.2 Membunyikan huruf di muka surat 2
1.2.3 Membunyikan huruf di muka
surat 3 seterusnya hingga habis Iqra 1

2. Hafazan


2.1 Menghafaz surah Al-Fatihah






2.1.1 Melafazkan ayat satu dan dua surah
Al-Fatihah
2.1.2 Melafazkan ayat tiga dan empat surah
Al- Fatihah
2.1.3 Melafazkan ayat satu hingga empat surah
Al- Fatihah
DRAF
11

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN








2.2 Menghafaz doa harian
2.1.4 Melafazkan ayat lima surah Al- Fatihah
2.1.5 Melafazkan ayat satu hingga lima surah
Al- Fatihah
2.1.6 Melafazkan ayat enam dan tujuh surah Al-
Fatihah
2.1.7 Melafazkan dari ayat lima hingga tujuh
surah Al- Fatihah

2.2.1 Melafazkan doa sebelum makan
2.2.2 Melafazkan doa selepas makan
B. ULUM SYARIAH
1. Aqidah



1.1 Menyatakan rukun iman










1.1.1 Menyebut rukun iman yang pertama
1.1.2 Menyebut rukun iman yang kedua
1.1.3 Menyebut rukun iman yang ketiga
1.1.4 Menyebut rukun iman yang keempat
1.1.5 Menyebut rukun iman yang kelima
1.1.6 Menyebut rukun iman yang keenam
1.1.7 Menyebut rukun iman yang pertama
hingga keenam


DRAF
12

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 Menyakini kekuasaan Allah SWT



1.2.1 Menyebut makhluk-makhluk ciptaan Allah
1.2.2 Menyatakan kejadian siang dan malam
1.2.3 Menceritakan kegunaan anggota badan
yang diciptakan oleh Allah
2. Ibadah

2.1 Mengenal anggota wuduk yang fardhu






2.2 Membasuh anggota wuduk yang fardu




2.3 Mengenal jenis-jenis air mutlak

2.1.1 Menunjukkan anggota wuduk muka dan
tangan
2.1.2 Menunjukkan anggota wuduk kepala dan
kaki
2.1.3 Menunjukkan keempat-empat anggota
wuduk yang disebut oleh guru

2.2.1 Menjirus air ke sekeliling muka
2.2.2 Menjirus air dari tangan hingga ke siku
2.2.3 Menyapu sebahagian kepala dengan air
2.2.4 Menjirus air ke kaki hingga buku lali

2.3.1 Menyebut dua jenis air mutlak untuk
bersuci
2.3.1.1 Air paip
2.3.1.2 Air sungai
DRAF
13

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

C. ADAB DAN AKHLAK
ISLAMIAH

1. Adab dan Akhlak


















1.1 Mengamalkan adab sebelum makan


1.2 Mengamalkan adab semasa makan


1.3 Mengamalkan adab selepas makan






1.1.1 Membasuh tangan
1.1.2 Duduk dengan tertib

1.2.2 Makan perlahan-lahan
1.2.3 Tidak bercakap dan ketawa

1.3.1 Basuh tangan
1.3.2 Baca doa
1.3.3 Membersihkan alatan dan tempat makan

Anda mungkin juga menyukai