Anda di halaman 1dari 3

Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan

umpama melukut di tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan


kehadiran mereka, sekali gus menerima nasib seperti pungguk rindukan
bulan. Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang
apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Ada juga yang
menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota
badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana
kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu
pekerjaan. Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita
haruslah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti
mereka yang normal.

Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk
mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran
tersebut sangat penting untuk melatih OKU menguasai bidang kraftangan,
membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini mereka akan
mudah untuk bekerja dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun
cacat. Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan amat diperlukan untuk
membangunkan pusat-pusat latihan kemahiran OKU ini seperti Program
Semai Bakti Pusat (PDK) di bawah pengawasan Felda di seluruh Negara
berjaya melatih kira-kira 7,700 orang OKU dalam pelbagai bidang. Jelaslah
kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU berdikari dan
menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara
kita.

Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan
khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya
ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-
anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah
ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar
yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat
atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini
akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup
mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang
dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih
kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka.
Mereka perlu bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut.
Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator
pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja
sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus
memuji Pasaraya Besar Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada
pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kira-
kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU
untuk membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan
keluarga mereka.

Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan
sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah
terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan
mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat
OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai
contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9 kerajaan telah memperuntukan
sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU
dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua OKU yang
berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan
daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau
modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan
ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang
lain.

Intihannya negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah
merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020 yang memerlukan sumbangan dan komitmen semua pihak
termasuk golongan OKU untuk memberikan sumbangan kepada negara
dalam menjayakan impian berkenaan. Kita hendaklah percaya golongan
OKU juga ada peranan dan mampu memberi sumbangan bermakna andai
diberi peluang dan ruang sewajarnya. Semua pihak perlu berganding bahu,
bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi
membela nasib dan masa depan golongan OKU. Sekiranya kita tidak
bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan
terus tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti.

Anda mungkin juga menyukai