Anda di halaman 1dari 2

Resepi Nasi Ayam Penyet

Kredit : Buku Resepi


Share : Resepi Ummi
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
--------------------------------------------------------------------
Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam potong 8 bahagian,
(rebus selama 8- 10 minit dan toskan )
jika korang suke air rebusan ayam ni boleh digunakan untuk masak nasinya..
sudu besar Jintan Manis sangai / goreng tanpa minyak
sudu besar Jintan Putih sangai / goreng tanpa minyak
3 1/2 sudu besar Biji Ketumbar sangai / goreng tanpa minyak
secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1/2 sudu besar Serbuk Kunyit
sudu besar Serbuk Lada Putih
2 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng
--------------------------------------------------------------------
Bahan Untuk Sambal :
Sedikit minyak masak
12 batang Cili merah
8 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil /merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
6 biji Tomato, potong wedges
1 inci Belacan
Segenggam Ikan Bilis digorerng
2-4 sudu besar gula merah atau melaka
Garam /secukup rasa
--------------------------------------------------------------------
Bahan Untuk Nasi :
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
1 btg Kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit mentega atau marjerin
garam
1 kiub pati ayam
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam
atau
3 cawan Beras dibasuh dan ditoskan
6 cawan Air
2 helai Daun Pandan
--------------------------------------------------------------------
Cara Membuat Ayam penyet
1.Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.- paling cepat 2 jam,
kalau ade kes-kes urgent!
2.Goreng ayam hingga garing dan ketuk apabila telah siap digoreng!
3.Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu..
Setelah perap semalaman, campurkan pula pada tepung beras.digolek-golekan
yea..Kemudian-
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
--------------------------------------------------------------------
Cara Membuat Sambal Penyet :
1.Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng pula belacan sekejap aje tau.
2.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul
rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng.
3.Kemudian, Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk
sehingga separa hancur.Dan masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan
panaskan,lepas tu masukkan gula merah dan gaul rata, tambah garam atau gula merah jika
perlu mengikut citarasa.
--------------------------------------------------------------------
Cara Membuat Sup :
1.Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup
semasa disajikan.
--------------------------------------------------------------------
Cara Membuat Nasi Ayam Penyet :
1.Panaskan mentega atau marjerin. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan
buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 4-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam Tunggu sehingga menggelegak
kemudian bolehlah pindahkan ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa ea..
atau
1.Masak macam nasi biasa, letak daun pandan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai