Anda di halaman 1dari 4

PANGGILAN HORMAT

Prinsip Penetapan Panggilan Hormat




Penetapan panggilan hormat ini berasaskan kepada kepada kesesuaian panggilan
kepada orang yang dipanggil atau dihormati, sebagai contoh :



Yang Amat Mulia / Yang Mulia

Anak-Anak Raja memerintah dan kerabat Raja yang dianggap oleh
masyarakat melayu sebagai golongan yang dimuliakan


Yang Amat Berhormat

Ketua Kerajaan dan Timbalan Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan
mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat (PM, MB)


Yang Berhormat


Yang Amat Berbahagia

Pembesar-pembesar Negara yang membawa gelaran Tun dan orang-orang
kenamaan yang menerima gelaran Tan Sri dan Datuk


Yang Berbahagia


Panggilan Hormat Semasa di Peringkat Persekutuan dan Negeri

Panggilan-Panggilan Diraja

Penyandang Panggilan Hormat
Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong Seri paduka Baginda
Raja memerintah dan Permaisuri
Permaisuri
Kebawah Duli Yang
Maha Mulia / Duli
Yang Maha Mulia
Tengku mahkota / Raja Muda dan Tengku
Ampuan Mahkota
Duli Yang Teramat
Mulia
Bekas Raja Permaisuri Agong dan
pemangku Raja
Duli Yang Maha
Mulia
Anakanda-Anakanda Raja yang
memerintah dan penerima-penerima
gelaran tertentu dalam perlembagaan
negeri
Yang Amat mulia

Keluarga Diraja Yang Mulia

Panggilan Anggota Badan Pentadbiran

Panggilan Penjawat Awam Eksekutif
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan &
Negeri
Yang Berusaha
Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan &
Negeri
Yang Berusaha



Perundangan
Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Semenanjung
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Yang Amat Arif
Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Persekutuan
Hakim Mahkamah Syariah
Presiden Mahkamah Sesyen
Majistret (di Negeri)
Yang Arif



Penerima-Penerima Darjah Kebesaran
Penerima Anugerah yang membawa
gelaran TUN
Yang Amat
Berbahagia
Penerima Anugerah yang membawa
gelaran Tan Sri dan Datuk
Yang Berbahagia
Penerima Anugerah Negeri Pahang Yang Hormat











Panggilan Keagamaan
Mufti Sahibus Samahah
Kadi Sahibul Fadillah
Guru-Guru Agama Al Fadil / Al Ustaz
Mereka yang telah menunaikan Ibadah haji Haji
Hajah

Masalah-masalah dalam Panggilan Hormat

Terdapat beberapa isu dan permasalahan yang timbul daripada ketidak seragaman
dalam panggilan hormat di setiap Negeri. Perkara-perkara yang tersebut ialah :



i. Penggunaan Tingkatan / Ketinggian Dalam Panggilan Hormat

Perkataan `AMAT pada panggilan hormat telah menjadi kebiasaan tetapi
penggunaannya hendaklah sesuai dan selari dengan kedudukan dan jawatan
seseorang seperti :

Yang Amat
Berhormat
Seseorang yang paling dihormati dalam
kumpulannya seperti Perdana Menteri /
Tim. Perdana Menteri, Menteri Besar &
Ketua Menteri
Yang Amat
Arif
Seseorang yang paling arif dikalangan
kumpulanya seperti Ketua hakim
Negara,Presiden Mahkamah Rayuan,
Hakim Besar Malaya, hakim Besar sabah
dan Sarawak
Yang Amat
Berbahagia
Isteri kepada YAB, YAA dan TYT.
Seseorang Kenamaan yang menerima
anugerah tertinggi yang membawa gelaran
TUN dan isterinya Toh Puan













ii. Panggilan hormat kepada penerima darjah yang memiliki gelaran
akademik

Panggilan hormat tertentu diperolehi kerana dianugerahkan sesuatu darjah
kebesaran, manakala gelaran-gelaran akademik diperolehi setelah mencapai
sesuatu tingkat dalam bidang akademik. Anugerah-anugerah tersebut
membawa panggilan hormat sedangkan gelaran-gelaran akademik tiada. Oleh
itu penggunaan panggilan hormat bagi golongan akademik ialah seperti berikut
:

Yang Berbahagia Datuk Prof. Dr. Ibrahim Bin Samad
bukannya
Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bin Samad

iii. Penggunaan kurang tepat panggilan hormat pada penulisan dan sebutan

Seringkali diucapkan atau ditulis dalam memo-memo jabatan panggilan hormat
seseorang dengan diikuti nama jawatannya tanpa menyebut atau menulis
nama penjawat jawatan tersebut.Perkara ini tidak tepat kerana penggunaan
panggilan hormat adalah untuk penjawatnya bukan jawatan yang disandang
seperti berikut :

Y.Bhg Datu Ose Murang
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
(Keselamatan, Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat)
bukannya
Y.Bhg Datu TSUK
Jabatan Ketua Menteri


PERINGATAN;

Pastikan Panggilan Hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu tepat dan
betul. Penggunaan Panggilan Hormat yang salah akan menyinggung perasaan
atau merendahkan martabat VIP yang berkenaan

Anda mungkin juga menyukai