Anda di halaman 1dari 19

THURSDAY, FEBRUARY 23, 2012

Pengurusan Murid
1.0 PENGENALAN
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di
sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan
peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Tajuk ini akan membincangkan bagai mana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan
khas (Pelajar Pelbagai Upaya). Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan
sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan social individu-individu
yang berkeperluan khas, khususnya pelajar cerdas yang memiliki pelbagai upaya.
Menurut Ormrod (2000) tidak semua manusia dilahirkan memiliki kesempurnaan dari segi fizikal,
mental, emosi, dan sosialnya. Mereka ini dikenali sebagai individu berkeperluan khas. Remaja yang di kategori
sebagai berkeperluan khas ialah; Masalah pembelajaran, cacat bahasa/percakapan, gangguan emosi, Autisma,
Kecacatan Mental, Anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan
serta termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas).
Pelajar pelbagai upaya atau pelajar pintar cerdas boleh belajar dengan cepat kerana mereka boleh
menggunakan kemahiran metakognitif terlebih awal. Mereka mungkin mempelajari kemahiran ini dengan
meniru perlakuan ibu bapa. Menurut Gardner (1983), berdasarkan Teori kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan
oleh beliau, ia membawa maksud kecerdasan yang berasaskan potensi biologi dan psikologi.
Sternberg & Zhang (1995) Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan pelbagai secara superior
seperti asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat dari ingatan yang tersimpan,
mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan masalah serta kemahiran metakognitif yang akan meregulasi,
mengawal penggunaan strategi menyelesaikan masalah.
Menurut Suppiah Nachiappan et al.(2009), selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan
mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan luar biasa dalam
kategori pintar cerdas atau pelbagai upaya. Golongan ini juga sering diabaikan kerana guru beranggapan mereka
sudah dapat menguasai isi pelajaran dengan cepat berbanding rakan-rakan yang lain. Ciri-ciri pelajar cerdas
adalah seperti berikut:-
I. Mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas berbanding rakan yang lain,
II. Mempunyai kematangan dari segi menggunakan sesuatu istilah dengan bermakna,
III. Mempunyai keistimewaan dalam matematik,
IV. Berusaha ke arah kesempurnaan,
V. Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang terlalu mudah,
VI. Selalu bertanya sesuatu perkara dengan lebih mendalam,
VII. Petah berkomunikasi.

Menurut Thunstone (1938), berpendapat kecerdasan meliputi tujuh keupayaan berasingan iaitu:-
1. Kelancaran nombor (verbal comprehension)
2. Kefahaman lisan (word fluency)
3. Kelancaran perkataan (numerical fluency)
4. Visualisasi ruang (spatial visualization)
5. Ingatan perkaitan (associative memory)
6. Kelajuan tanggapan (perceptual speed)
7. Penakulan (reasoning)

Oleh itu, pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan pelajar pelbagai upaya seharusnya diberi
perhatian dan seharusnya di ajar menggunakan modul yang sesuai bagi mereka. Guru-guru juga perlu
mengambil berat tentang persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi membantu perkembangan bakat dan
kepintaran yang mereka miliki.


2.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (PEMULIHAN)
Definisi Program Pemulihan Khas
Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran
3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di
ruang yang khusus.
Definisi Murid Pemulihan Khas
Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor
persekitaran dan bukan kognitif.
2.1 Konsep pemulihan
Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran
khususnya menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai menjadi Fokus Kurikulum
Baru Sekolah Rendah.
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di
peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru,
program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak
menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat,
pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau
terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi
pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat
dikenal pasti dan dipenuhi.

2.2 Matlamat
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M
yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.
2.3 Takrifan
Menurut AE Tanseley dan R. Culliford, kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai
intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, .Menurut M. F .
Clough pula, kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan
membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.
Selain itu, Sharifah Rahman Ali juga menggambarkan, kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran
dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras
sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).

2.4 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;
a. Emosi dan Tingkahlaku
#Perasaan rendah diri.
# Perasaan risau.
#Perasaan sedih, hiba atau duka.
#Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
#Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
#Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
#Pasif.
#Malas

b. Sosial
#Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
#Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
#Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
#Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
#Menangis enggan masuk darjah.
#Hyper aktif.
c. Kesihatan
#Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
#Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
#Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
#Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
#Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
#Kurang menjaga kebersihan diri.
d. Kesediaan Belajar
#Belum bersedia untuk belajar.
#Perbendaharaan kata kurang.
#Lemah pemahaman.
#Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
#Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan
#Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
#Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
#Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
#Lambat mengkelaskan benda.
#Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
#Tidak dapat menyelesaikan masalah.
#Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
#Tidak kreatif.
#Lemah pergerakan dan perbuatan.
#Lemah daya pemikiran/ingatan.
#Tidak boleh mengingat kembali.
f. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
#Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
#Rekod-rekod prestasi
#Rekod kesihatan
#Kerja-kerja harian murid
#Laporan Adab Belajar ( LAB )
#Melalui pemerhatian




2.5 Fungsi guru dalam menjayakan kelas pemulihan
Setiap dari mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza, begitu juga dengan tahap kecergasan dan IQ
mereka.Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid- murid dengan penuh dedikasi akan
menjadi role model untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu
yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim
sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi
perkembangan personaliti yang positif. Oleh itu, guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berlainan mengikut personaliti murid-murid tersebut.
Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti seseorang murid melalui
pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya. Guru akan mengetahui mengenai personaliti murid-
muridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi
murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Oleh itu, satu peranan guru yang sangat penting ialah
menolong membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.Bagi mengajar murid-murid yang
berpersonaliti introvert, guru perlu sentiasa memberi motivasi dan galakan supaya murid sentiasa melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu sentiasa diberi peneguhan positif dan pujian agar timbul rasa
keyakinan dalam diri. Contohnya apabila murid berjaya mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul
ucapkan tahniah kamu memeng pandai,kamu berjaya mengeja dengan tepat! Namun, sekiranya mereka tidak
dapat menjawab dengan betul katakana cuba lagi, kamu pasti boleh mengeja!
Guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat dan minat murid
untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid- murid introvert ini sentiasa terlibat dalam
aktiviti kumpulan. Murid-murid yang mempunyai ciri ekstrovert perlu digalakkan untuk mengemukakan soalan
supaya mereka dapat terus berfikir. Guru boleh melantik mereka membimbing murid sekelas atau sekumpulan
yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka telah mengatasi kemahiran murid
yang lain, guru boleh memberi aktiviti pengayaan agar tidak mengganggu murid lain.
2.6 Penerapan kaedah inkuiri-penemuan
Guru juga boleh menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Merujuk kepada pengajaran murid pemulihan yang mempunyai ciri-ciri introvert, ekstrovert dan ambivert, guru
boleh menggunakan salah satu daripada teknik-teknik berikut seperti pengajaran kumpulan kecil dan pengajaran
rakan sebaya.Ekstrovert boleh dikelaskan sebagai individu yang gemar kepada kegembiraan,suka
berseronok,releks,aktif dan suka bercampur gaul dengan rakan serta masyarakat.Introvert pula bermaksud
individu yang pendiam,pasif,terlampau banyak berfikir dan kurang bertindak serta tindak tanduknya yang
kurang mahu menanggung risiko.Ambivert pula ialah cirri personalaiti yang dipunyai oleh seseorang yang
kurang jelas sama ada berpihak kepada ekstrovert atau introvert.
Pengajaran kumpulan kecil dapat dilakukan apabila guru membentuk kumpulan kecil yang ahlinya
terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza.
Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Contohnya, dalam kelas
pemulihan, Ali,Abu dan Atan belajar dalam satu kumpulan yang sama kerana memiliki kemahiran yang hampir
sama walaupun ciri-ciri personaliti mereka berbeza.
Pengajaran rakan sebaya pula terbahagi kepada dua iaitu guru boleh menetapkan seorang murid cepat
untuk membimbing dan guru juga boleh memilih seorang murid yang terbaik di kalangan murid pemulihan
untuk menggantikan guru mengajar rakan-rakan yang lain.Bagi penggunaan kaedah menetapkan seorang murid
cepat untuk membimbing, seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan bahan yang
disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan. Contohnya, dalam kelas pemulihan, Ali yang sudah
boleh membaca agak lancar membimbing dan membantu Abu yang masih belum lancar membaca.Manakala
guru boleh memilih seorang murid yang terbaik di kalangan murid pemulihan untuk menggantikan guru
mengajar rakan-rakan yang lain.Faedahnya guru dapat menambahkan keyakinan murid dan meningkatkan
motivasi bagi murid yang diajar oleh murid terbaik tadi.Melalui pengajaran individu, guru boleh menumpukan
perhatian kepada seorang murid tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan
menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Contohnya, Atan perlu diajar secara individu kerana ciri-ciri
personaliti yang dimilikinya. Abu pula suka diberi perhatian lebih dari rakannya sebagai dorongan untuk belajar
bersungguh-sungguh.
Untuk memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum, guru harus mengenal
pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strategi yang sesuai seperti mengikut ciri-ciri personaliti
murid tersebut. Bagi murid pemulihan khas, guru harus sedar bahawa setiap orang murid mempunyai tahap
kemahiran yang tidak sama. Ini menuntut berbagai-bagai jenis cara pembelajaran untuk mencapai keputusan
yang maksimum. Oleh itu, satu kaedah sahaja tidak sempurna untuk mengajar murid-murid pemulihan khas ini
walaupun mereka berada pada darjah,umur dan kelas yang sama.
Strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid dan bahan. Walaubagaimanapun,
strategi yang paling sesuai dan berkesan digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya
pembelajaran murid pemulihan khas ini ialah pembelajaran menitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui
secara induvidu atau perseorangan, berpasangan, kumpulan atau keseluruhan kelas.

3.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (PENGAYAAN)
3.1 Pengenalan
Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-murid yang
dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Dalam
program pengayaan, murid-murid akan dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang
berkaitan dengan unit pembelajaran berkenaan secara mendatar. Dengan cara ini, semua murid dapat
memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama-sama. Walau bagaimanapun, murid-murid yang mengikuti
kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan.



3.2 Konsep Pengayaan
Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid
pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar dan cerdas adalah cepat dalam
menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-
aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.
Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan keatas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang
memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang
kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat
melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
3.3 Objektif Pengayaan
Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih
mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke
arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk
belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur
hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Melalui aktiviti pengayaan juga, murid boleh menggunakan masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah
bagi mengikut keperluan, minat, serta bakat mereka. Bukan itu sahaja, aktiviti pengayaan juga akan
menyebabkan murid meminati dan menguasai bacaan yang meluas dengan membuat rujukan daripada pelbagai
bahan dan sumber pengetahuan di samping mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat
yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

3.4 Prinsip-prinsip Program Pengayaan
Dalam menyediakan aktiviti pengayaan, prinsip-prinsip perlu diterapkan di dalam aktiviti tersebut bagi
memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu pengajaran yang diajarkan. Antara prinsip-prinsip tersebut
adalah bercorak seperti belajar sendiri. Melalui kaedah ini, ia mengandungi arahan yang jelas supaya murid
boleh melakukannya sendiri. Kaedah ini juga boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Selain itu,
dalam aktiviti pengayaan tersebut, ia mestilah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat
murid yang berbeza-beza.
3.5 Rasional Pengayaan
Dalam pengayaan ini, ianya mempunyai rasionalnya kepada kita semua. Antara rasional pengayaan
adalah guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara diketahui umum
ataupun hanya diketahui oleh guru sahaja. Selain itu, dalam rasional pengayaan juga ianya dibahagikan kepada
tiga iaitu kumpulan yang cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan cerdas dan kumpulan
sederhana akan berasa bosan terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran adalah tidak sejajar dengan minat
dan perkembangan mental mereka.
3.6 Jenis Pengayaan
Pengayaan dapat dibahagikan kepada dua kategori. Antara pengayaan tersebut adalah pengayaan
mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan
murid dalam sesuatu kumpulan. Seterusnya adalah pengayaan menegak. Pengayaan menegak ini adalah aktiviti
yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
3.6.1 Pengayaan mendatar
Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu
kumpulan. Aktiviti melalui pengayaan mendatar ini adalah ianya akan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan
kepada taraf pencapaian murid. Selain itu, murid di dalam kumpulan yang lambat akan diberikan aktiviti
pengayaan yang lebih mudah dan mencabar. Ianya berbeza dengan aktiviti yang diberikan kepada kumpulan
sederhana dan cerdas. Tujuan pengayaan mendatar ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan kemahiran
yang telah dikuasai.
3.6.2 Pengayaan menegak
Pengayaan menegak ini adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan
cerdas sahaja. Berdasarkan kepada konsep pengayaan menegak ini, aktiviti akan dirancang dan dilaksanakan
dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian murid
darjah biasa. Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan kegembiraan, mencungkil bakat dan kaerjasama
sesama mereka.
3.7 Perbezaan antara Pengayaan Mendatar dan Pengayaan Menegak
Pengayaan mendatar Pengayaan Menegak
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan
antara kaum
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid
kumpulan cerdas yang sama
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut
unit kemahiran yang diajar
Jenid aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas
projek, permainan, rekreasi
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan
menimbulkan minat dalam aktiviti
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti
pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan
menggunakan kemahiran yang sama
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang
lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana &
lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti
pemulihan


3.8 Contoh Aktiviti Pengayaan
Dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada bacaan, tulisan dan
kiraan. Aktiviti pengayaan melalui pembacaan adalah sumber-sumber bahan bacaan adalah terdiri daripada kad-
kad buku, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsurkan pendidikan. Tambahan pula, kad-kad buku bacaan
mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan
bacaan yang sesuai digunakan adalah dalam bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita.
Seterusnya, aktiviti pengayaan dalam bentuk penulisan pula adalah biasanya disediakan dalam bentuk
lembaran kerja. Bagi menarik minat murid-murid untuk mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan
dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.
Di samping itu, aktiviti pengayaan yang lain adalah mengira. Dalam aspek mengira ini terdapat
pelbagai cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah dalam bentuk permainan seperti permainan ular dan
tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda dan aktiviti jual beli. Ia juga boleh dilakukan melalui
teka-teki. Contohnya meneka nombor, operasi dan waktu. Cara yang lain adalah melalui projek di mana mereka
dikehendaki melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri bagi membina objek daripada tiga matra,
melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang. Selain itu, ia juga boleh dilakukan dalam pertandingan
seperti kuiz matematik dan petak ajaib serta dalam ujikaji. Contohnya, mencari rumus matematik melalui inkuiri
dan penemuan.

3.8 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara. Cara
yang pertama adalah aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. Seterusnya,
aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama-sama dengan kumpulan menjalankan aktiviti
pemulihan serta aktiviti pengayaan adalah untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Kumpulan lambat

Kumpulan cerdas
Kumpulan sederhana

Aktiviti pemulihan

Aktiviti pengayaan





3.9 Cara-cara mengelolakan Aktiviti Pengayaan
Terdapat beberapa cara bagi mengelolakan aktiviti bagi pengayaan ini. Antaranya adalah ianya
dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan di dalam jadual waktu tetap sekolah. Tambahan pula,
bimbingan guru juga mestilah pada tahap yang minima kerana aktiviti pengayaan adalah bercorak belajar
kendiri. Setelah itu, hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya. Kemudian, guru akan memberi
ganjaran supaya murid-murid merasasi yang semua usaha mereka hargai. Contohnya adalah dalam pengayaan
matematik seperti dalam rajah di bawah.
Mata pelajaran matematik



Pelajar menguasai kemahiran
pelajar lambat menguasai kemahiran

program pengayaan program pemulihan
Penilaian semula
Menguasai kemahiran
Program
pengayaan

Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Berdasarkan kepada rajah di atas, langkah bagi aktiviti pengayaan adalah dengan menilai penguasaan tertentu
sama ada sudah dikuasai oleh pelajar atau belum menguasainya. Sekiranya pelajar sudah menguasai kemahiran
yang dinilai, pelajar akan diberikan program pengayaan. Oleh itu, sekiranya pelajar belum menguasai kemahiran
tersebut maka mereka akan diberikan program pemulihan. Dalam pengajaran ini, pelajar yang lambat menguasai
kemahiran tidak diberikan program pengayaan.

4.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (BERKEPELUAN KHAS)
Semua manusia tidak memiliki kesempurnaan sama ada dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
Mereka dikenali sebagai pelajar berkeperluan khas. Menurut Garciulo (2003) pelajar berkeperluan khas
didefinisikan sebagai :
individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to
significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require
educational program customized to their unique needs
Manakala menurut Ormrod pada tahun 2000, beliau mengkategorikan bahawa pelajar berkeperluan
khas kepada beberapa kategori seperti pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran, kecacatan bahasa atau
percakapan, gangguan emosi, autisme, pelajar pintar cerdas, mengalami kecacatan mental, anggota,
pendengaran dan lain-lain.

4.1 Pelajar pintar cerdas
Pelajar pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek dan
kecerdasan yang tinggi. Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal
pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang
cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding
dengan rakan sebaya yang lain. Walaupun begitu, pelajar pintar cerdas ini boleh dikategorikan kepada beberapa
aspek iaitu konservatif, pelbagai dimensi dan fokus kepada potensi atau prestasi. Pelajar pintar cerdas ini
mempunyai potensi dan prestasi dari segi intelek, kreativiti, bakat kepimpinan dan kecemerlangan dalam bidang
akademik yang khusus.

Ciri-ciri pelajar pintar cerdas adalah seperti mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas
berbanding rakan-rakan yang lain, mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah, keistimewaan dalam
matematik, mencari kesempurnaan kendiri, tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah dan petah
berkomunikasi. Pelajar pintar cerdas ini boleh dikaitkan dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Hal ini
kerana, keperluan manusia merupakan unsur yang diperlukan untuk memenuhi kekurangan manusia sama ada
dari aspek fizikal, rohani dan sosial. Menurut Maslow lagi, keperluan manusia terdiri daripada lima tahap utama
iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan
kesempurnaan kendiri. Keperluan-keperluan ini merupkan aspek penting terhadap pelajar pintar cerdas.

Kurikulum untuk pelajar pintar cerdas sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah adalah
berasaskan kepada kurikulum akademik. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kurikulum untuk pelajar pintar
cerdas diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka. Perkara ini kerana, kurikulum yang sedia ada di peringkat
sekolah kurang sesuai untuk pelajar pintar cerdas kerana mereka memiliki IQ yang tinggi. Antara kurikulum
yang berkaitan dengan pelajar pintar cerdas perlu memasukkan proses berfikir secara kritis dan kreatif.
Kurikulum istimewa untuk pelajar pintar cerdas harus melibatkan kedua-dua bidang antara orientasi dan
disiplin. Perkara ini kerana pelajar pintar cerdas patut meneroka isu-isu ilmu dan pengetahuan.

Selain itu, pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran pelajar pintar cerdas juga perlu diambil kira.
Hal ini kerana kualiti pengajaran yang baik akan mencapai prestasi yang baik kepada pelajar. Prestasi yang baik
ini akan dibawa bersama oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Antara pemilihan gaya pembelajaran
dan pengajaran yang sesuai untuk pelajar berkeperluan khas adalah seperti fungsi pembelajaran adalah melebihi
tahap dalaman pelajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran formal dan tidak formal dalam pembelajaran.
Dengan adanya pemilihan gaya pembelajaran ini, pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar pintar cerdas
akan meningkat.

4.2 Autisme
Sebagaimana individu yang lain, pelajar-pelajar autisme juga berhak untuk mendapatkan pendidikan
yang sesuai dengan keupayaan dan keperluan mereka. Mengikut Persatuan Autisme Malaysia (NASOM),
autisme bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif,
bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Walau bagaimanapun, pelajar autisme ini boleh mendapatkan
pendidikan melalui tiga cara mengikut tahap masalah yang mereka hadapi. Hal ini kerana, pelajar autisme tidak
menghadapi masalah yang sama dan ada antara mereka menghadapi masalah autisme yang ringan, sederhana
dan berat. Bagi pelajar autisme ini mereka boleh mendapatkan pendidikan sama ada pendidikan di sekolah
kerajaan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat pendidikan swasta. Setiap sekolah ini memberikan
pendidikan yang berbeza kepada pelajar mengikut tahap masalah yang dihadapi oleh mereka.

Dari segi pembelajaran pula, pelajar autisme ini boleh dididik melalui program bersepadu dan
terancang. Pembelajaran secara bersepadu ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian masalah lain seperti masalah
tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial dan kognitif. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelajar autisme ini
guru-guru haruslah mengadakan hubungan yang baik antara ibu bapa pelajar. Hal ini kerana, kemahiran dan
pendekatan yang diajar di sekolah akan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah terhadap anak-anak yang
menghidap autisme ini. Antara pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar. Sesetengah
pelajar autisme sukar untuk menghentikan dan mengubah tingkah laku yang kurang sesuai semasa di sekolah.
Oleh sebab itu, guru haruslah bekerjasama dengan ibu bapa untuk menghentikan tingkah laku yang kurang
sesuai tersebut.

Selain itu, pendidikan inklusif juga perlu dijalankan terhadap pelajr autism ini. Melalui program ini, pelajar
autism yang menunjukkan pretasi yang baik di dalam kelas akan mendapat peluang untuk meningkatkan lagi
keupayaannya. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelas normal bersama-sama denga pelajar yang
lain. Pelajar-pelajar autism ini boleh belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka yang normal.
Sewaktu di awal kemasukkan mereka ke dalam kelas pelajar normal, mereka akan ditemani oleh guru
pendidikan khas supaya pelajar ini tedapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Justeru itu, pelajar
autism ini dapat diatasi dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Oleh sebab itu, kerjasama antara ibu
bapa dan guru amatlah digalakkan terutamanya dalam menyediakan maklumat yang berkaitan dengan anak-anak
mereka. dengan itu, anak-anak mereka akan dapat mengikuti program pendidikan yang sesuai dan program ini
dapat dirancang dengan mengambil kira keupayaan pelajar-pelajar autism ini.

4.3 Disleksia
Disleksia merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius.
Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Keadaan ini biasanya dikaitkan
dengan masalah urat saraf. Pelajar yang mengalami masalah disleksia ini biasanya berpunca dari kecelaruan
pada bahagian otak. Masalah disleksia ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu disparaxia (masalah
koordinasi motor-mata-tangan), diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik) dan disgrafia (merujuk kepada
bahasa).

Bagi mengatasi masalah pelajar disleksia ini pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang
paling sesuai. Hal ini kerana pendekatan multi sensori menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau
sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan
kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia. Contohnya, guru boleh menggunakan huruf yang dibuat daripada
kayu. Melalui huruf tersebut pelajar boleh mendengar guru menyebut bunyi huruf tersebut dengan betul. Selain
itu pelajar juga boleh melihat huruf tersebut kemudian menyebut kembali huruf tersebut dan menekapkan huruf
tersebut dengan menggunakan jari. Kaedah ini sesuai untuk mengatasi masalah pelajar disleksia atau pelajar
yang berkeperluan khas.
5.0 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA (TEORI KECERDASAN PELBAGAI)
Teori kecerdasan pelbagai telah diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Dr Howard
Gardner merupakan seorang profesor pendidikan di Harvard Universiti. Menurut beliau, kaedah lama untuk
mengukur tahap kecerdasan manusia iaitu melalui ujian IQ adalah terlalu terhad. Tambah beliau lagi, ianya
bukanlah cara yang baik kerana ianya hanya tertumpu terhadap penekanan kepada kecerdasan logikal matematik
dan bahasa sahaja. Oleh yang demikian beliau telah memperkenalkan teori kecerdasan pelbagai berasaskan
kajian beliau terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri termasuklah
kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Dr Howard Gardner kecerdasan bukanlah diwarisi
melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pemakanan, budaya,
persekitaran, peluang pendidikan, suasana pembelajaran dan banyak lagi. Oleh yang demikian Dr Howard
Gardner telah memperkenalkan sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan seseorang
individu. Beliau berpendapat bahawa cara yang terbaik adalah dengan melihat individu menyelesaikan masalah
dan menganalisis proses yang digunakan.
Dalam teori kecerdasan pelbagai ini, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu yang telah
dikemukakan oleh Dr Howard Gardner. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam kecerdasan pelbagai ialah setiap
individu mempunyai sembilan kecerdasan. Kecerdasan-kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dididik dan
dipupuk dan dipertingkatkan melalui pelbagai cara. Selain itu juga, kecerdasan ini tidak berkembang seiring
dengan kecerdasan-kecerdasan yang lain. kecerdasan-kecerdasan ini sebenarnya tidak boleh dinilai secara
berasingan. Selain itu juga, antara ciri-ciri kecerdasan pelbagai ialah satu atau dua kecerdasan tersebut boleh
berkembang sepenuhnya. Ini bermakna setiap pelajar boleh mengembangkan satu atau dua kecerdasan dalam
diri mereka .
Kecerdasan-kecerdasan ini boleh dirangsang. Ini bermakna kecerdasan yang ada dalam setiap individu
itu boleh dirangsang malah boleh diperkembangkan. Selain itu, ciri-ciri terakhir yang ada pada teori kecerdasan
pelbagai ini ialah kecerdasan ini boleh dipindah. Ini bermakna sekiranya seseorang individu itu mempunyai
sesuatu kecerdasan ianya boleh dipindahkan kepada kecerdasan yang lain. contohnya ialah memindahkan
kecerdasan daripada kecerdasan kinestetik badan kepada kecerdasan muzik. Seperti yang kita ketahui terdapat
sembilan jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan logik- matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan
kinetetik badan, kecerdasan muzik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal,
kecerdasan naturalis, dan kecerdasan eksistensialis.
5.1 Kecerdasan Logik-Matematik
Dalam kecerdasan ini, seseorang individu atau pelajar itu mempunyai kelebihan dalam ilmu matematik.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pasti memiliki kelebihan dalam mengenal dan menggunakan nombor,
menaakul, mengenalpasti pola abstrak serta perkaitan antara sebab dan akibat iaitu logik. Selain itu seseorang
yang memiliki kecerdasan ini dikatakan berupaya memiliki keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang
kompleks dan yang berkaitan matematik dengan begitu mudah jika dibandingkan dengan seseorang yang
mempunyai kecerdasan yang lain. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam membuat perkaitan, mengkategori,
mengklasifikasi, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira, pengujian hipotesis dan menggunakan komputer
dengan cekap.
Individu atau pelajar dalam lingkungan ini juga merupakan golongan yang mempunyai pemikiran yang
melibatkan pemikiran saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,
generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Golongan ini mempunyai kemahiran yang dominan di
bahagian otak kiri seterusnya memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak. Golongan ini
juga sering mempunyai semangat ingin tahu tentang sesuatu perkara. Oleh yang demikian mereka akan sering
tertanya-tanya fonomena-fonomena yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, golongan yang
mempunyai kecerdasan ini sering mencari jawapan tentang persoalan yang sering bermain di minda mereka.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini sangat menyukai aktiviti yang menguji minda dan
menggunakan daya pemikiran yang tajam seperti permainan catur, teka-teki dan kegiatan yang berbentuk
eksplorasi. Kecerdasan ini biasanya dimiliki oleh ahli matematik, ahli ekonomi, para ilmuan, programmer,
jurutera, saintis, akauntan dan sebagainya. Antara tokoh yang terkenal yang mempunyai kecerdasan logik-
matematik adalah Adi Putra, Isaac Newton, Al-Khawarizmi, Carl Friedrich Gauss dan ramai lagi.
5.2 Kecerdasan Verbal-Linguistik.
Golongan yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-
kata dalam menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada melalui lisan atau penulisan. Golongan individu
yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kelebihan dalam memanipulasikan ayat, gaya bahasa, serta
pengucapan dengan baik dan sempurna. Ini bermakna golongan individu ini mampu menggunakan bahasa
dengan baik sama ada dalam pengucapan ataupun melalui penulisan. Golongan individu atau pelajar yang
mempunyai kecerdasan ini juga mampu memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka
terhadap sesuatu perkataan. Golongan inidividu ini juga mampu mamahami dengan mudah setiap pengertian
ayat sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Mereka juga dikatakan sangat mahir dalam
memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa,
pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
Golongan ini biasanya sangat gemar melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa sama ada
membaca, menulis, mencipta puisi sama ada sajak ataupun syair, bercerita, bertutur, mendengar dan sangat
mudah mengigati lirik-lirik lagu. Golongan ini sangat mahir dalam berkomunikasi dan mempunyai kemahiran
bahasa yang sempurna dan tinggi. Golongan yang memiliki kecerdasan ini sangat pandai dalam
memanipulasikan serta mempengaruhi orang, kebolehan dalam mencuit perasaan dan emosi dengan hanya
menggunakan kata-kata. Golongan ini juga sangat mudah mengigati sesuatu perkara sama ada nama orang
mahupun istilah yang baharu. golongan pelajar atau individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat cenderung
untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti perbahasan, debat,bersajak, bersyair, penulisan
karya kreatif, bercerita dan berjenaka, ucapan formal dan lain-lain lagi. Antara kerjaya yang sering dikaitkan
dengan individu ini ialah penyajak, pemberita, pensyarah dalam bidang sastera atau bahasa, penulis,
penceramah dan banyak lagi. Golongan terkenal yang memiliki kecerdasan ini ialah Faisal Tehrani, A. Samad
Said, William Shakespears, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi.
5.3 Kecerdasan Muzik
Individu atau pelajar yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama
ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan
melalui muzik. Kecenderungan yang ada ini termasuklah kecenderungan dalam kepekaan terhadap ritma,
melodi, lirik-lirik lagu atau kelangsingan sesuatu hasil muzik. Golongan ini sangat sensitif terhadap muzik dan
juga suara atau bunyi yang ada disekeliling mereka. Mereka dari golongan ini juga sangat peka terhadap bunyi
nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh, angin, dan lain-lain lagi. Oleh yang
demikian mereka mempunyai kelebihan untuk menginterprestasikan, melahir dan membentuk sesuatu bunyi
atau suara secara lebih kreatif.
Menurut Dr Howard Gardner, kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan
kecerdasan bahasa. Ini dapat dilihat apabila golongan ini mampu mengubah kata-kata menjadi lagu, pandai
menggunakan kosa kata muzikal, peka terhadap ritma, ketukan, melodi dan warna suara dalam komposisi
muzik. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kecerdasan muzikal. Namun begitu hanya mereka yang
mempunyai kecerdasan muzikal yang mendalam sahaja mampu memahami serta menguasai dan menghayati
muzik dan bunyi-bunyian yang ada di sekeliling mereka. Golongan ini juga mampu menggunakan pengalaman
muzik mereka dalam kehidupan seharian mereka. Antara aktiviti yang sesuai dikaitkan dengan kecerdasan ini
ialah persembahan muzik, bunyi vokal, instrumental, nyanyian dan drama lagu. Kerjaya yang sangat sesuai bagi
golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah penyanyi, pengubah lagu, komposer dan pemain muzik. Antara
golongan terkenal yang mempunyai kecerdasan ini ialah Ajai, Aizat, P. Ramlee, Adnan Abu Hassan dan ramai
lagi


5.4 Kecerdasan Kinestetik Badan
Kecerdasan seterusnya ialah kecerdasan kinestetik badan. Dalam kecerdasan ini seseorang individu itu
mempunyia kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Kecerdasan ini sangat berkait dengan
pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi tubuh badan, keseimbangan, ketangkasan, dan kelenturan
tubuh. Individu atau pelajar yang mempunyai kemahiran ini biasanya mempunyai kebolehan dalam meluahkan
idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka. Selain itu juga mereka turut mempunyai kecekapan dalam
menginterprestasikan pergerakan tubuh badan mereka. Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan
fizikal dan mental.
Antara aktiviti yang dikatakan sesuai untuk individu yang memiliki kelebihan ini ialah aktiviti yang
berkaitan dengan pergerakan fizikal iaitu pendidikan jasmani, menari, gimrama, latihan fizikal, bersuka, seni
mempertahankan diri, drama dan tarian kreatif. Manakala kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang
mempunyai keceradasan ini ialah pakar bedah, olahragawan, ahli gimnastik, penari, poli atau tentera, pelakon,
penari, dan banyak lagi. Golongan terkenal yang memiliki keceradasan kinestetik badan ini ialah Tiger Wood,
Cesc Fabregas, Fernando Torres, Rosyam Nor, dan ramai lagi.
5.5 Kecerdasan Interpersonal
Individu yang memiliki kecerdasan ini biasanya memiliki kebolehan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi dengan baik. Oleh yang demikian, golongan yang memiliki kecerdasan ini mampu mendiskriminasi
pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan secara pragmatik. Selain itu
juga mereka mempunyai kemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan
tabiat orang lain. golongan ini juga dikatakan lebih sensitif terhadap perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku
dan harapan orang lain. oleh yang demikian, mereka mampu memberi respon terhadap sesuatu dengan baiknya,
dapat memberikan motivasi dan mudah bekerjasama dengan orang sekeliling mereka. Mereka yang mempunyai
kecerdasan ini juga mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dan perselisihan faham antara
individu. Oleh kerana mereka merupakan golongan yang mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada, mereka lebih disenangi dalam kelompok masyarakat.
Antara aktiviti yang sinonim dengan golongan yang mempunyai kecerdasan komunikasi antara
individu, latihan koloboratif, memberi maklum balas dan pembelajaran secara kooperatif. Golongan yang
mempunyai kecerdasan ini sangat sesuai dengan kerjaya sebagai ahli politik, pemimpin agama, jurujual,
pengacara, pakar jiwa, pekerja sosial, guru dan usahawan. Antara tokoh yang dikatakan mempunyai kecerdasan
ini ialah Mahatma Gandhi, Donald Trump, Aznil Hj Nawawi, dan Tun Dr Mahathir Mohammad. Kecerdasan ini
sangat penting dalam kehidupan kerana ia mampu mendidik kita untuk berhubung atau berkomunikasi dengan
baik dengan golongan masyarakat. Malah, pelajar yang memiliki kecerdasan ini dikatakan mampu belajar
dengan baik dan berkesan terutama melalui pembelajaran kooperatif.
5.6 Kecerdasan Intrapersonal
Golongan individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan
mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, berpengetahuan kendiri, serta mempunyai kesedaran
terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan dalam mendisiplinkan
diri serta membentuk jati diri. Golongan ini juga sangat memahami tentang diri sendiri sejauhmana kebolehan
dan kekuatan diri sendiri serta kelemahan yang ada dalam diri mereka. Oleh yang demikian mereka juga
berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik. Golongan ini biasanya mempunyai
keyakinan dan azam yang tinggi dalam diri mereka. Mereka biasanya tahu untuk menentukan hala tuju hidup
mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari dalam melakukan sesuatu perkara akibat pegangan
serta azam mereka yang sangat kuat. Golongan ini sangat suka bersendirian, bermonolog dengan diri sendiri dan
sukakan kesunyian.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.
Mereka juga turut mempunyai pemerhatian yang tajam, renungan yang mendalam serta sangat suka termenung
di persekitaran yang sepi. Golongan jenis ini sangat cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari
dan lebih suka bersendirian dalam mengejar sesuatu matlamat dan mempunyai keperibadian tertutup. Antara
aktiviti yang sesuai diaplikasikan bagi golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah strategi pemikiran,
proses emosi, penaakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Golongan yang mempunyai
kecerdasan intrapersonal ini sangat sesuai dalam kerjaya pengarah, penyajak, novelis, ahli psikologi, ahli
kaunseling, dan ahli falsafah. Manakala, antara golongan yang terkenal yang mempunyai kelebihan dan
kecerdasan ini ialah Sigmund Freud, Dr Fadhilat Kamsah, Howard gardner dan ramai lagi.
5.7 Kecerdasan ruang Visual
Golongan yang mempunyai kecerdasan ini merupakan seorang individu yang sangat memahami
hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi sehingga mampu
mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif serta luar biasa yang sukar difikirkan oleh orang lain. golongan ini
juga dikatakan mampu mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual dengan baik. Mereka juga sangat
peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka. Malah, golongan ini
juga turut peka dalam mengorientasi diri dalam sesuatu ruang. Mereka merupakan golongan yang mampu
berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat dan
betul serta mampu berfikir dengan tiga dimensi dalam bentuk gambaran atau bayangan.
Golongan ini sangat cenderung dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti melukis, mengecat,
mengendalikan skema warna, garis, bentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi dengan aktif,
menghasilkan peta, carta, lukisan dan gemar menguruskan peta minda. Antara kerjaya yang bersesuaian dengan
golongan yang mempunyai kecerdasan ini ialah pelukis, pengukir, arkitek, juruterbang dan banyak lagi. Antara
tokoh terkenal yang mempunyai kecerdasan ruang visual ialah Leonardo Da Vinci, Pablo Picasso, dan ramai
lagi.
5.8 Kecerdasan naturalis
golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori
pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Individu ini merupakan seorang yang sangat peka
terhadap alam sekeliling dan mereka ini mampu mengklasifikasikan serta mengenali flora dan fauna serta galian
dengan baik, cekap dan mudah. Mereka juga merupaka golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan
sangat selesa berada bersama alam terbuka seperti gunung, hutan, pantai. Mereka juga tidak kisah sekiranya
menghabiskan banyak masa bersama alam sekitar dan sangat peka terhadap bunyi-bunyian yang ada di
persekitaran mereka.
Golongan ini merupakan golongan yang sangat mencintai alam malah mereka juga dikatakan sangat
sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat. Individu yang
mempunyai kecerdasan ini juga merupakan golongan yang sangat berminat tentang unsur-unsur kejadian alam
seperti proses terjadinya awan dan hujan, asal usul binatang, tumbuhan, batu galian, serta banyak lagi. Oleh
yang demikian, sekiranya mempunyai pelajar yang mempunyai kecerdasan ini, aktiviti luar kelas merupakan
salah satu aktiviti yang baik untuk dilaksanakan. Selain itu juga, aktiviti yang sesuai untuk golongan ini ialah
menyusun, mengenali dan mengkategorikan flora dan fauna. Kerjaya yang bersesuaian dengan golongan yang
mempunyai kecerdasan seperti ini ialah ahli biologi, ahli zoologi, ahli botani, renjer hutan, pendaki dan ahli
giologi. Antara tokoh terkenal yang dikatakan mempunyai kelebihan serta kecerdasan naturalis adalah Karan
Singh Walia,Charles Darwin, Edward D Cope dan lain-lain lagi.
5.9 Kecerdasan Eksistensialis
Kecerdasan yang terakhir merupakan kecerdasan eksistensialis yang merupakan aliran falsafah yang
fahamannya dikatakan berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan perkara
realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan mereka. Individu yang mempunyai kecerdasan ini
seringkali mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh
golongan manusia. Malah golongan ini sering tertanya-tanya tentang alam semesta. Golongan ini sangat gemar
membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini
juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai
tradisional ataupun nilai-nilai moden serta nilai-nilai baharu yang berkembang pada masa kini. Antara tokoh
yang dikaitkan dengan kecerdasan ini ialah Aristotle, Confusius, Plato, Socrates, Einstein, dan Emerson.
Golongan yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi ahli falsafah.
Kepentingan Ilmu Kecerdasan Pelbagai
Seperti yang kita ketahui, ilmu tentang teori kepentingan pelbagai sangat penting kepada seseorang
guru bagi mengenalpasti kecerdasan yang ada dalam diri pelajar. Kebanyakan guru yang hanya menekankan
aspek kognitif sahaja iaitu kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan ruang dan logik-matematik ketika proses
pembelajaran dan pengajaran. Manakala kecerdasan yang bukan kognitif seperti kecerdasan muzik, kecerdasan
kinestetik, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal kurang diberi penekanan dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran. Kaedah pengajaran yang agak membosankan serta penggunaan kaedah
pengajaran yang sama menjadikan seseorang pelajar mudah jemu dan tidak berminat untuk belajar. Oleh yang
demikian teori kecerdasan yang diketengahkan oleh Dr Howard Gardner ini mampu membantu para guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi lebih menarik seterusnya mampu menarik minat para
pelajar untuk belajar dengan penuh motivasi dan semangat.
Dalam teori kecerdasan pelbagai ini, terdapat sembilan jenis kecerdasan yang mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza-beza. Oleh yang demikian ianya mampu membantu guru dalam pelbagai perkara
antaranya membantu para guru dalam memahami faktor yang mengaktifkan atau menghalang perkembangan
kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang pelajar. Sekiranya para
guru mampu memahami faktor yang mengaktifkan diri pelajar, ianya akan memberi kelebihan kepada seseorang
guru itu dalam menyediakan teknik pengajaran yang lebih berkesan. Selain itu juga para guru juga dalam
mencetuskan satu pengalaman baru dalam diri pelajar yang boleh mencetuskan kecerdasan yang terpendam
dalam diri seseorang pelajar itu seterusnya meningkatkan kecerdasan itu kepada peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu juga, ilmu kecerdasan pelajar juga turut membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian ini mampu melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran
yang kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu juga, ia turut melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam
pelbagai bidang. Guru juga boleh menggunakan pendekatan baru dalam menyanpaikan ilmu serta pengetahuan
kepada anak didik mereka. Para guru juga seharusnya menggunakan pendekatan alat bantu mengajar daripada
bahan ICT yang mampu mendatangkan keseronokan dalam diri pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu seperti
penggunaan internet,penggunaan video dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaedah ini dapat mengurangkan pelajar
berasa bosan.
Selain itu, ia turut membantu guru dalam meberikan kefahaman kepada para guru bahawa kaedah
pengajaran yang pelbagai ini mampu mengembangkan kecerdasan yang berbeza. Contohnya, sekiranya
seseorang guru itu memberikan kerja berkumpulan kepada seseorang pelajar itu, ianya dapat memberikan
rangsangan serta meningkatkan kecerdasan interpersonal dan verbal-linguistik. Pelajar juga mampu memahami
perasaan, tabiat, motivasi, dan hasrat orang lain melalui interaksi dan komunikasi sesama mereka secara tidak
langsung. Mereka juga akan mampu berkomunikasi dengan lebih baik melalui aktiviti-aktiviti melalui
pendengaran atau pertuturan dalam kumpulan mereka. Dengan ini mereka mampu meningkatkan kemahiran
sosial mereka selain membantu mereka berkomunikasi dengan baik.
Ilmu kecerdasan pelbagai juga mampu membantu guru dalam menyediakan pelbagai kaedah
pembelajaran yang sukar dilupakan dan seterusnya ianya membatu pelajar dalam pembelajaran mereka dengan
lebih baik. Menurut teori ini, jika seseorang guru dapat menyediakan suatu modul pembelajaran yang ringkas
dan padat serta boleh difahami oleh semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai jenis
kecerdasan yang berbeza, maka minat terhadap diri pelajar akan bertambah setiap hari. Ini bermakna ia juga
turut membantu pelajar dalam memudahkan ingatan tentang ilmu dan perkara yang dipelajari.
Disamping itu juga, ilmu kecerdasan pelbagai ini menuntut agar guru memberikan tunjuk ajar dan
panduan kepada pelajar tentang cara menggunakan sepenuhnya kecerdasan yang ada dalam diri mereka. Ini
bermakna, seseorang guru boleh mengembangkan kecerdasan yang ada dalam diri seseorang pelajar
sepenuhnya. Seseorang pelajar akan cenderung mengetahui minat, kebolehan serta kecerdasan yang ada dalam
diri mereka sekiranya seseorang guru itu mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran dan
pengajaran mereka. Kesedaran pelajar tentang potensi diri yang ada dalam diri mereka amat penting kerana ia
mampu membantu pelajar dalam mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka. Malah pelajar juga
mampu menggunakan pendekatan yang sesuai dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.
Sekiranya seseorang pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu pelajaran, ianya sudah pasti akan
memberikan hasil yang memberangsangkan sekiranya minat tersebut dikembangkan.

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang
sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka
mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan
kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka.
Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai
untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa
ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi
tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.




Posted by SyiJu SaLjU at 7:54 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Picture Window template. Template images by borchee. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai